
Foto : Mekanika
Dalam hidup ni, kita semua pernah rasa ‘koyak’ sikit dari segi bajet.
Tengah bulan, duit dah ciput, tapi kereta pulak mintak servis. Macam mana tu?
Ada sesetengah orang akan buat keputusan untuk “lajak dulu servis, nanti-nanti lah buat”.
Tapi, persoalannya boleh ke sebenarnya lajak servis kereta ni?Jawapannya boleh, tapi kalau berani tanggung risiko!
Sebab bila lajak servis, kereta korang pun mula la buat hal sikit-sikit. Nak tahu apa risikonya?
@altimatsaujana Suka lajak mileage servis punca kereta rosak !! Bahaya !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepair #bengkelservis #bengkelaircond #bengkelaircondkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #aircondkereta #bengkelaircondkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia ♬ original sound – Altimat Saujana Utama
Minyak enjin ni ibarat darah dalam badan kereta. Bila dah lama tak tukar, minyak tu jadi pekat dan kotor, sampai dah tak mampu melincirkan bahagian dalam enjin dengan baik.
Bila pelinciran kurang, geseran meningkat enjin pun makin panas.
Haba berlebihan ni bukan main-main, boleh menyebabkan kerosakan dalaman yang mahal nak baiki.
Setiap kereta ada beberapa jenis penapis oil filter, fuel filter, air filter, dan sebagainya.
Bila lajak servis, filter ni tak ditukar. Kotoran akan terkumpul sampai boleh tersumbat, dan bila tu jadi, prestasi kereta terus merudum.
Enjin semput, pembakaran tak sempurna minyak pun makin kuat makan!
Ramai yang abaikan bahagian tayar masa tak servis. Tekanan angin? Kondisi bunga tayar? Semua tu penting.
Bila tak diperiksa, kita pun tak tahu sama ada tayar tu masih ‘roadworthy’ atau tidak. Bayangkan tengah hujan, jalan licin brek lambat makan. Bahaya weh!
Kereta bukan hanya perlukan minyak enjin. Ada banyak lagi cecair penting macam minyak brek, coolant, dan minyak power steering.
Bila dah lama tak diservis, paras cecair mungkin dah rendah atau dah tak berfungsi dengan baik. Komponen yang bergantung kepada cecair-cair ni pun boleh rosak kalau tak dijaga.
Kalau lajak servis sebab bajet sempit, faham sangat. Tapi sekurang-kurangnya, ambil langkah bijak periksa sendiri minyak, cecair, dan tayar.
Kalau tak mampu full servis, buat servis asas dulu. Jangan tunggu sampai enjin rosak, barulah nak berlari ke bengkel.
Ingat, kereta ni macam pasangan juga kena jaga, baru dia sayang kita balik atas jalan raya.
BACA LAGI : Jangan Terkejut, Punca Kereta Lemau Boleh Datang Dari Benda Kecil Je!