Bayangkan tengah bawa kereta waktu hujan, lalu lorong kanan nak potong lori.

Tapi bila tekan pedal minyak, kereta macam tak mahu gerak laju. Rasa berat, perlahan, dan kadang-kadang enjin pun berbunyi lebih kuat daripada biasa.

Memang boleh buat naik darah, terutama bila kita dalam keadaan tergesa-gesa.

Masalah ini bukan satu perkara asing, dan ia boleh berlaku pada mana-mana jenis kereta, tak kira manual atau automatik.

Bila kereta jadi ‘lemau’, ia biasanya berpunca daripada beberapa komponen penting yang gagal berfungsi dengan baik.

Sensor Pedal Minyak Bermasalah

Jangan Terkejut, Punca Kereta Lemau Boleh Datang Dari Benda Kecil Je!

Sensor pedal minyak ni tugas dia adalah untuk menghantar signal kepada ECU (Engine Control Unit) tentang sekuat mana kita tekan pedal.

Kalau sensor ni rosak atau tak berfungsi seperti sepatutnya, signal yang dihantar jadi tak tepat.

Akibatnya, walaupun kita tekan minyak, ECU tak tahu kita nak pecut. Enjin pula tak bertindak balas, dan kita rasa macam bawa kereta yang “tak faham bahasa.”

Dalam jangka masa panjang, masalah ini boleh buat kita buang banyak minyak dan rasa prestasi enjin makin teruk.

Ads

Penapis Udara Tersumbat

Enjin perlukan udara yang cukup bersih untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna.

Bila penapis udara (air filter) dah terlalu kotor atau tersumbat, udara susah nak masuk ke ruang enjin. Ini akan menyebabkan campuran bahan api dan udara jadi tak seimbang.

Macam mana nak kenal pasti? Kadang-kadang enjin akan berbunyi lebih kasar daripada biasa, dan anda mungkin rasa prestasi kereta merosot terutama masa nak naik bukit atau potong kenderaan lain.

Jangan Terkejut, Punca Kereta Lemau Boleh Datang Dari Benda Kecil Je!
Foto : BateriHub

Tukar penapis udara setiap 20,000 – 30,000 km, atau lebih awal jika sering memandu di kawasan berhabuk.

Penapis Minyak Tersumbat

Fungsi penapis minyak (fuel filter) adalah untuk menapis kekotoran dari bahan api sebelum ia masuk ke enjin.

Tapi kalau penapis ni dah lama tak tukar atau tersumbat, pengaliran minyak jadi perlahan. Enjin pun tak dapat minyak secukupnya.

Sebaiknya tukar penapis minyak mengikut jadual servis biasanya setiap 40,000 hingga 60,000 km.

Ads

Pam Minyak Lemah atau Rosak

Pam minyak bertanggungjawab untuk menghantar bahan api dari tangki ke enjin dengan tekanan yang betul.

Kalau pam ni gagal berfungsi, minyak tak dapat disalurkan dengan lancar.

Ini menyebabkan enjin kekurangan tekanan bahan api sama macam kita minum air tapi straw bocor.

Jangan Terkejut, Punca Kereta Lemau Boleh Datang Dari Benda Kecil Je!
Foto : Carsome

Masalah Pada Gearbox

Gearbox automatik khususnya sangat bergantung pada torque converter untuk tukar gear dengan lancar.

Bila komponen ni rosak, gear susah nak tukar dan enjin akan kekal pada gear rendah walaupun kita tekan minyak.

Kesannya, kereta jadi berat dan bunyi enjin macam menjerit tapi kelajuan tak naik.

Ads

Minyak gearbox yang kotor atau kurang pun boleh jadi punca, jadi pastikan ia diperiksa secara berkala.

BACA LAGI : Tabiat Memandu Boleh Jadi Punca Kereta Cepat Rosak

Masalah kereta lemau atau berat bila tekan minyak bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada keselesaan memandu, malah boleh membahayakan keselamatan jika berlaku di jalan raya sibuk.

Penting untuk kita kenal pasti simptom awal dan lakukan penyelenggaraan secara berkala.

Jadi, sayangi kereta anda seperti anda jaga badan sendiri – jaga dari dalam, prestasi pun mantap luar biasa!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI