Baru mendaftar jadi ahli gym? Jangan lakukan kesilapan-kesilapan ini.
Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
Warm Up Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut. Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
Ads
Tak Tahu Kelemahan Diri
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
Ads
Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
Ads
Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di sebalik transisi fizikal yang dimiliki, tersembunyi seribu satu cerita suka dan duka yang ingin dikongsi. Bukan ingin mendabik dada namun sekadar mahu meluah rasa akan sebuah mimpi yang kini nyata menjadi realiti. Mencetus inspirasi buat semua insan yang punya mimpi.
Dia diberi nama Amirul Agam Iryadi, lahir dengan segenggam cita-cita dan impian yang cukup tinggi. Punya pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekatronik dari Institut Kemahiran Malaysia (IKM) Johor Baharu, dia melangkahkan kaki ke dalam dunia kerjaya bukan semudah yang digambarkan. Pernah bekerja di beberapa buah syarikat swasta dalam bidang elektrikal, dia mulai sedar keadaan fizikal yang dimiliki ketika itu menjadi penghalang untuk dia merasai momen kerjaya dan gaya hidup yang lebih baik. Kini, dia mampu menghembuskan nafas lega kerana telah berjaya mencipta perubahan dan mempunyai sebuah gimnasium yang beroperasi di Bangi, Selangor.
Persepsi
Saya boleh digelar sebagai penghidap obesiti. Fizikal saya pada tahun 2012 mencecah 100 kilogram. Pada ketika itu, segalanya bagi saya serba tidak kena. Manakan tidak, jika mahu berfesyen semua yang disarungkan ke tubuh tampak tidak sesuai. Belum lagi dikaitkan soal cinta yang ditolak. Pada awalnya ketika di alam persekolahan, fizikal saya hanyalah normal bahkan sangat aktif di dalam sukan olahraga dan bola sepak sehinggalah saya melangkahkan kaki ke kolej. Faktor tidak menjaga pemakanan, tidak bersukan kerana masa terluang yang singkat menjadikan saya menjadi malas untuk bergiat aktif dalam sebarang aktiviti. Perubahan drastik terhadap peningkatan berat badan menjadikan saya tidak sedar tergolong dalam golongan obesiti.
Stigma yang tercetus dek kerana rupa fizikal saya yang gemuk dan tidak terurus menjadikan saya hilang daya keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Persepsi wanita terhadap fizikal saya paling jelas kala sering kali ditolak apabila ingin mencuba memulakan ikatan persahabatan. Penerimaan yang negatif terhadap diri saya ketika itu menjadikan saya lemah dari aspek penampilan, gaya, keyakinan serta masalah komunikasi dengan khalayak. Menjadi salah seorang daripada penghidap obesiti nyata suatu beban yang terlalu berat untuk dipikul menjadikan saya benar-benar nekad untuk melaksanakan suatu perubahan.
Transformasi
Anjakan paradigma dalam hidup bermula pada tanggal 4 Februari 2013. Tekad untuk berubah dan menurunkan berat badan lahir tatkala sudah letih untuk memiliki saiz yang besar serta berat badan berlebihan. Ditambah lagi keyakinan diri yang semakin merudum menjadikan saya kuat untuk meneruskan matlamat menguruskan badan. Antara sebab lain saya fokus dengan impian ini adalah saya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pelakon. Sedar akan hakikat dunia seni yang melihat pada paras rupa yang hadir seiring dengan bakat, saya akur untuk mencipta sasaran memiliki bentuk badan yang ideal.
Saya tidak pernah bercinta sepanjang melalui proses menurunkan berat badan. Fokus saya cuma satu adalah untuk menjadi kurus. Saya menjalani latihan senaman dan diet yang cukup ekstrem pada peringkat permulaan. Menjalani latihan di gimnasium enam kali dalam seminggu pada waktu pagi dan waktu petang. Pada waktu pagi saya akan ke gimnasium untuk menjalani latihan ‘functional’ dan di sebelah petang saya lebih mengutamakan latihan kardio dan ‘abs’. Hasilnya saya dapat menghilangkan lebih daripada tiga puluh kilogram sehingga ke hari ini.
Selain daripada faktor mental, saya mencipta motivasi melalui tontonan video-video ‘workout’ melalui saluran internet. Melihat cerita tentang transformasi ramai figura di luar Negara menjadikan saya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menjalani latihan dan mengamalkan diet setiap hari. Jika mereka boleh masakan saya tidak mampu untuk melakukan perkara yang sama. Apabila saya mula memperlihatkan hasil ‘mind set’ saya berubah.
“The reason I started this lifestyle is to inspired and motivate people.”
Oleh sebab yang demikian, saya mengalih fokus ke arah dunia kecergasan. Pada pertengahan tahun 2014, saya telah mula mendapat bentuk fizikal yang ideal dengan berat cuma sejumlah 70 kilogram. Saya memulakan aktiviti ‘outdoor training’ serta ‘personal training’ untuk berkongsi ilmu serta membantu mereka yang punya impian untuk mengurangkan berat badan. Sehingga kini, hasil daripada usaha yang berterusan, saya berjaya membuka sebuah gimnasium yang kini mempunyai lebih daripada 300 orang keahlian. Saya menjalankan kelas dan menjadi jurulatih peribadi untuk setiap ahli yang berkunjung ke gimnasium saya. Saya menjadikan Dr. Shazril Shaharuddin sebagai idola kerana melihat kepada konsistensi dia menjaga bentuk dan berat badan lantaran punya kerjaya dan kekangan masa yang cukup tinggi.
Prinsip dan matlamat
‘Selesaikan apa yang dimulakan’. Prinsip saya cukup mudah, capai setiap apa yang saya letakkan sebagai impian. Letakkan matlamat dan jangan berhenti sebelum ia membuahkan hasil. Saya akui proses menurunkan berat badan bukanlah semudah seperti dibicarakan dan senang seperti yang dilihat. Ia memerlukan sebuah mental dan fizikal yang benar-benar bersedia dengan cabaran yang datang. Oleh sebab yang demikian, ramai yang saya lihat hanya berhenti dipertengahan jalan. Kegagalan itu berpunca dari diri sendiri. Tiada siapa yang mampu untuk menolak kamu ke hadapan, selain diri kamu sendiri. Apa yang saya lakukan, saya tidak mahu fikir apa yang orang sekeliling mahu katakan. Mungkin dahulu saya tidak mendapat sokongan daripada faktor sekeliling. Saya lakukan hanya berseorangan. Bagaimana saya berjaya? Itu adalah diri saya sendiri. Nyahkan segala perasaan negatif, lepaskan segala pandangan buruk serta luaskan ilmu serta pemikiran agar diri sendiri bisa menolak kamu untuk melakukannya. Percaya akan diri sendiri adalah kunci untuk berjaya.
Masa depan
Saya puas apabila melihat hasil yang cukup sempurna serta mampu membantu mereka yang benar-bena ingin berubah. Sehingga kini, saya berjaya membantu hampir 700 orang untuk mengurangkan berat badan dan kekal fit. Oleh sebab yang demikian, hasrat baik ini saya akan perkembangkan dengan membuka lebih banyak pusat gimnasium agar budaya sihat dan kecergasan ini menjadi gaya hidup masyarakat di negara ini.
Tip Diet
Diet seimbang adalah elemen yang paling penting untuk diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan. Hal ini kerana, dalam tubuh kita adalah terkandung sejumlah mineral yang berasal daripada bahan makanan. Oleh itu, diet adalah suatu perkara wajib untuk dijaga agar proses menurunkan berat badan berjaya. Seperti saya semasa melaksanakan proses menguruskan berat badan, sarapan adalah wajib dengan mengambil sepotong sandwich telur untuk membekalkan tenaga ke gimnasium. Menu tengah hari akan disajikan dengan ‘chicken wrap’ disertai dengan makan malam bersama ayam tandoori. Saya mengamalkan makan malam sebelum jam 8 malam dan akan mengambil snek seperti buah-buahan di setiap selang masa waktu makan. Sebelum tidur, saya akan memastikan pengambilan ‘protein shake’ untuk membekalkan sejumlah tenaga baru dan memperbaiki otot.
Kini menu diet saya kian berubah disebabkan faktor stamina dan metabolsime yang dimiliki. Saya kan mengambil lima biji telur untuk sarapan disertai dengan salmon, dada ayam dan nasi perang untuk menu tengah hari. Makanan saya akan disajikan dengan dada ayam dan juga salmon. ‘Protein shake’ adalah wajib untuk ‘supper’ dan buah-buahan sebagai snek tambahan.
Musim perayaan ini, ramai yang buat open house, jemput rakan taulan dan sanak saudara. Namun di sebalik kemeriahan itu ada sahaja cerita kurang enak akibat tingkah laku anak-anak yang tidak menyenangkan. Jadi adakah salah membawa anak kecil ke rumah terbuka? Ini 13 adab yang perlu anda tahu untuk ke open house.
1.Adab mengundang. Jika kita menjadi tuan rumah, eloklah jemputan itu dibuat secara adil, meliputi semua peringkat. Jangan pula kita beria mengundang rakan sepejabat tetapi terlupa jiran sebelah rumah. Atau kita sibuk mengajak rakan sepejabat tetapi terlupa saudara mara terdekat. Atau kita bersungguh mahu mengundang saudara mara yang tinggal jauh tetapi mengabaikan kawan-kawan yang berdekatan. Dalam hal ini, eloklah kita beri keutamaan kepada orang yang utama dari segi jarak dan hubungan.
2.Tuntutan memenuhi undangan. Memenuhi undangan adalah sunat kerana ini dapat menggembirakan orang yang mengundang kita. Sekiranya kita sudah berjanji untuk hadir, eloklah penuhi janji itu. Jangan gunakan kata-kata “Insya-Allah” sekiranya kita memang tidak mahu pergi. Sekiranya tidak dapat hadir kerana masalah tertentu, lebih manis kita maklumkan kepada tuan rumah supaya dia tidak terharap-harap.
4.Pergaulan yang baik sesama tetamu juga digalakkan. Beramah mesra, berbual sopan dan tidak menunjuk-nunjukkan kehebatan diri walaupun siapa pun kita. Umpamanya dalam berbual, apabila tiga orang berbual, tidak seharusnya dua orang bercakap perkara yang mereka sahaja tahu sehingga menyebabkan yang seorang lagi rasa terasing. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah Mas’ud, Rasulullah menasihatkan, “Jika kamu bertiga, maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap dan meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begitu akan mendukacitakannya.”
5.Tidak menganggap diri lebih penting daripada orang lain sehingga berkehendakkan layanan istimewa. Umpamanya dengan menyuruh orang yang datang dahulu bangun memberikan tempat duduk kerana kita mahukan tempat duduk istimewa. Namun begitu sekiranya kita datang awal dan sudah selesai makan, malah kita tahu majlis itu mempunyai ruang makan yang terhad, adalah lebih manis sekiranya kita bangun beredar ke sudut lain untuk memberi laluan kepada tetamu yang baru datang untuk makan pula.
6.Perbualan yang baik dengan tetamu yang lain. Pergaulan dengan tetamu yang lain juga hendaklah berlangsung dalam suasana harmoni. Antara adab bercakap, kita digalakkan menggunakan bahasa yang betul, tenang dan bercakap mengikut kefahaman orang yang berbual dengan kita. Berbuallah topik yang difahami oleh orang lain dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk pandai. Tumpukan juga perhatian apabila orang lain bercakap, dan apabila bercakap, halakan percakapan kepada semua orang, bukan orang tertentu sahaja.
Rasulullah sendiri apabila bercakap dengan para sahabat, akan memberikan sepenuh perhatian kepada setiap mereka sehingga masing-masing rasa diri mereka penting. Dalam hadis riwayat Tabrani daripada Amru al-As, dikatakan, “Rasulullah menghadapkan muka dan kata-kata sehingga kepada serendah-rendah kaum dan menyenangkan hati mereka. Baginda pernah menghadapkan muka dan percakapannya kepadaku (Amru) sehingga aku rasa akulah yang terbaik. Aku bertanya, “wahai Rasulullah, saya lebih baik daripada Abu Bakar? Abu Bakar juga bertanya: “Rasulullah, saya lebih baik daripada Umar?” Umar juga bertanya, “Rasulullah, saya lebih baik daripada Uthman?” Kemudian Uthman berkata, “ketika aku hendak bertanya, Rasulullah berpaling dariku, maka aku rasa lebih baik kiranya aku tidak bertanya.”
7.Sederhana dalam bergurau. Bagi orang yang suka bergurau, bersederhanalah ketika bergurau dalam majlis orang. Selalunya kita bergurau kerana ingin mendapatkan perhatian atau mungkin mahu menghiburkan orang lain. Namun begitu apabila terlalu banyak bergurau, akan menghilangkan kredibiliti seseorang dan menampakkan dia bukan orang yang serius. Rasulullah berpesan dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Baihaqi, “Aku bukan daripada kalangan orang yang suka bersuka-suka dan berseronok, mereka bukan daripadaku.”
Gurauan juga disunatkan tetapi jangan sampai menyakitkan hati orang lain atau memperolok-olokkan orang lain sehingga sampai ke tahap memalukannya. Umpamanya, seseorang yang latah, pantang dicuit, dia akan melatah dan kemudian menari serta menyanyi dan orang yang melihat akan ketawa gembira melihatnya. Itu mungkin sekadar untuk hiburan tetapi jika keterlaluan, boleh menjatuhkan maruah manusia pelatah itu dan menjatuhkan nama baiknya.
8.Makan minum. Makan dengan penuh beradab, basuh tangan sebelum dan selepas makan, mulai makan dengan ucapan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. Hal ini bukan kita amalkan tetapi juga patut diajar kepada anak-anak apabila bertandang ke rumah orang.
9.Jangan membazir makanan. Hidangan di rumah terbuka selalunya disediakan secara bufet. Makanan buffet ini selalunya memberi kita peluang merasakan kepelbagaian makanan. Jangan tamak, ambil secukupnya sahaja untuk elakkan pembaziran.
10.Tidak mengkritik makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Elok juga menjaga mulut ketika berada di majlis orang terutamanya dalam mengkritik hidangan yang dijamu kepada kita. Kadangkala ketika berbual dengan tetamu, kita tidak sedar akan hal ini. Rasulullah menunjukkan contoh teladan melalui hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, “Rasulullah tidak pernah mencela sebarang makanan, kalau makanan itu menyelerakan baginda makan, kalau tidak, ditinggalkan.” Di rumah terbuka, biasanya ada banyak makanan, jadi sekiranya tidak suka mana-mana makanan, diam sahaja dan pilihlah yang kena dengan selera sahaja.
11.Adab meninggalkan majlis. Apabila hendak meninggalkan majlis, seelok-eloknya beritahulah tuan rumah supaya tuan rumah tahu hal itu. Itu sebagai cara untuk menghormatinya dan menyatakan terima kasih. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya dijadikan meminta izin itu adalah untuk mengelokkan pandangan.”
12.Apabila membawa anak-anak kecil. Lazimnya kita juga membawa anak-anak apabila ke rumah terbuka anjuran teman atau saudara mara. Inilah peluang untuk mereka berkenalan dengan saudara mara atau rakan-rakan ibu bapa mereka. Oleh itu wajar mereka diajar tentang adab yang perlu apabila berada di rumah orang. Penampilan fizikal mereka juga perlu diberikan perhatian. Ajarlah mereka berpakaian sopan dan menutup aurat. Penampilan fizikal mereka itu sebenarnya turut memberikan gambaran siapa ibu bapa mereka.
13.Cara bertingkah laku anak-anak. Anak-anak juga perlu diajar menghormati majlis, seperti bersalaman dengan tuan rumah dan bergaul dengan tetamu yang lain. Anak-anak kecil jangan dibiarkan terlalu seronok bermain dalam majlis orang sehingga mengganggu ketenteraman. Makan minum mereka juga perlu diperhatikan supaya tidak keterlaluan mengambil makanan sehingga membazir. Pendek kata, tingkah laku anak-anak dalam majlis juga mencerminkan cara ibu bapa mendidik dan menjaga mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai yang sudah dengar tentang diet tanpa nasi ni kan. Tapi boleh ke kita melupakan makanan ruji kita ni dengan sekelip mata. Sebenarnya boleh je kalau kita ada sedikit ilmu dan keazaman untuk kurus tu. Ramai kalangan rakan kita sendiri mahu pun selebriti berjaya menurunkan berat badan melalui cara mengelakkan makanan ruji ni.
Tapi masalahnya sebahagian daripada tidak sanggup melakukannya kerana bimbang akan kelaparan jika tak mengambil nasi atau sumber karbohidrat utama ini.
SEBENARNYA JIKA KAMU PANDAI MENGATUR HIDANGAN TEPAT MASALAH KELAPARAN INI MUNGKIN DAPAT DIKURANGKAN
Antaranya anda boleh mengikut pelan diet tanpa nasi berikut yang juga tidak menjejaskan tahap kesihatan anda. Perlu diingat, awal diet anda mungkin sukar menahan lapar tapi percayalah bila tubuh dibiasakan dengan makanan sikit tiada lagi masalah untuk anda.
Sebagai tempoh percubaan, praktikkan selama seminggu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.
Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak atau sandwic bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda menggunakan roti whole grain.
Sediakan sebiji buah epal mengalas perut sebelum tengah hari. Lagi pun memang amat disarankan ambil buah sebelum makan.
Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi TANPA nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh ambil setengah biji kentang rebus.
Tak dapat dinafikan waktu petang mulalah kita teringin mengunyah kudap-kudapan. Boleh saja puaskan keinginan itu tapi ambil kacang atau pun kismis yang mana kudapan ini rendah kalorinya. Pastikan ia tidak berlebihan ya.
Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pear. Boleh juga oat bersama susu yang boleh memberi rasa kenyang. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak makan kerana berasa lapar di tengah malam.
Sumber : vanillakismis.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia hiburan yang semakin berkembang, pilihan terlalu banyak kadangkala membuatkan kita keliru. Platform berbeza, bil berbeza dan kandungan yang berselerak boleh membuat pengalaman...