
Mana tak gelabah beli telefon mahal-mahal lepas tu terkena air pulak kan. Ini caranya mengatasi masalah telefon yang terkena air ini? Jangan panik, semak 3 langkah-langkah berikut ini.
1. Matikan Telefon
![]()
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah mematikan telefon mudah alih yang terkena air. Kemudian asingkan bateri jika telefon anda menggunakan bateri yang boleh ditanggalkan atau bateri yang boleh dimatikan. Walau bagaimanapun, jika bateri telefon tidak boleh dikeluarkan. Segera matikan telefon dengan menekan butang kuasa untuk mengelakkan kerosakan pada litar.
2. Keringkan Di Luar
Segera lap dengan tisu atau kain untuk menjaga bahagian luar telefon agar kering. Pastikan benar-benar kering! Kerana, air dari luar juga dapat masuk ke dalam litar pada telefon.
3. Keringkan Di Dalam
Selepas bahagian luar kering, untuk mengeringkan dalam telefon adalah dengan menggunakan beras atau silika gel. Letakkan telefon dalam beras atau sillica gel dan biarkan selama 24 jam. Walau bagaimanapun, untuk keputusan maksimum boleh biarkan selama 48 jam.



Itulah caranya untuk menyelamatkan telefon yang terkena air. Namun, jika telefon anda terendam dalam air laut atau air soda. Kaedah ini tidak dapat membantu anda. Kerana kedua-dua jenis air ini mempunyai sifat-sifat yang mudah membuat logam rosak.
LAIN-LAIN TIPS
*boleh juga gunakan beberapa pek silica gel, tapi kuantitinya perlu berpadanan. Lebih lama terendam, lebih banyak silica gel diperlukan.
*jangan gunakan hair dryer sebab suhu yang tinggi sebenarnya boleh menambah burukkan kerosakkan.
*kalau jatuh dalam air laut, lepas handphone off, basuh handphone dengan lalukan bawah air paip. Air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan ia akan crystalize di bahagian dalam & board cepat berkarat. Selepas tu barulah ikut langkah-langkah di atas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Pakai Sarung Tangan Di Pasar Raya Lebih Bahaya”, Dr. Say Kongsi Input Sangat Berguna

Mahu atau tidak kebanyakan daripada anda yang merupakan ketua keluarga harus keluar untuk membeli barangan makanan dan keperluan asas yang lain. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan namun kerajaan masih membenarkan kita untuk keluar untuk hal yang sangat penting sahaja.
Jika anda ke pasar raya dalam tempoh waktu terdekat ini pasti akan terlihat ramai yang mula menggunakan sarung tangangetah atau plastik. Secara logiknya ia mampu melindungi tangan anda daripada menyentuh sesuatu objek yang ada kemungkinan terdapat virus COVID-19.
Tapi sejauh manakah anda terlindung daripada virus tersebut selepas memakai sarung tangan. Adakah ia betul-betul melindungi anda?
Doktor personaliti dan selebriti televisyen popular. Dr Say Shazril berkongsi informasi dan padangannya yang cukup berguna untuk kita kongsikan bersama berkenaan isu ini.
Jelas Dr. Say, penggunaan sarung tangan sebenarnya lebih bahaya kerana ia dikhuatiri menjadi pengangkutan dan penyebaran virus.

“Pemakaian gloves pun cukup popular bila saya keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19?”
“Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA.”
“Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yg anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.”
Dr. Say turut menjelaskan bahawa terdapat dua sebab utama mengapa penggunaan sarung tangan ketika membeli-belah barangan dapur di pasar raya lebih berisiko.
SEBAB PERTAMA
“Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?”
SEBAB KEDUA
“Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves?
“Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!”
IKUT SARANAN WORLD HEALTH ORGANIZATION
“In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yg ternyata efektif, mudah & murah ni:”
1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER
2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA
3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER
Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita
4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH
Terima kasih Dr. Say kerana memberikan perkongsian yang cukup berfaedah untuk kita semua. Semoga dengan perkongsian beliau kita dapat sama-sama melindungi diri dan keluarga daripada bahaya vrisu COVID-19.
Jika tiada hal yang penting, patuhlah arahan kerajaan untuk duduk di rumah. MASKULIN merayu kepada anda supaya tidak terlalu banyak bergerak di kawasan luar dan orang ramai. Sama-sama kita berjuang untuk flatten the curve!
Stay safe guys!
Kredit: Dr. Say Shazril
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bruce Willis Umum Bersara Akibat Afasia, Kenali Penyebab & Cara Rawatan Penyakit Melibatkan Otak Ini

Pelakon disegani ramai yang terkenal menerusi filem aksi ‘Die Hard’, Bruce Willis telah mengumumkan persaraannya dalam bidang lakonan. Pada pengumuman semalam yang turut dikongsikan menerusi Instagram anak perempuannya, Rumer Willis mengatakan Bruce sedang berdepan dengan penyakit afasia yang boleh menjejaskan kemampuan kognitifnya.
“Disebabkan kondisi ini dengan berat hatinya Bruce mengumumankan persaraan dari bidang lakonan yang cukup besar maknanya kepada beliau.
“Ini merupakan tempoh yang cukup mencabar bagi keluarga kami dan sangat menghargai sokongan daripada anda semua.
“Cabaran ini akan dihadapai keluarga kami sebagai sebuah unit yang kuat dan memberikan sokongan sewajarnya,” jelas Rumer lagi.

Foto kredit: Yui Mok/PA
APA ITU AFASIA?
Menurut laman sesawang myhealth.gov.my yang dikendalikan oleh Kementarian Kesihatan Malaysia menjelaskan Afasia merupakan sejenis gangguan bahasa. Apabila ia berlaku seseorang itu hilang keupayaan samada satu atau lebih kemahiran iaitu memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi serta menulis dan membaca.
Namun, secara umumnya intelektual pesakit afasia tidak terjejas. Pesakit masih boleh berfikir dan sedar dengan keadaan sekeliling.
Banyak orang menerangkan dengan bahasa mudah sebagai ‘Tidak Boleh Bercakap’. Tetapi dari segi terma perubatan ianya dikenali sebagai AFASIA.
PENYEBAB UTAMA AFASIA
Menurut mereka lagi, penyebab utama penyakit atau kondisi afasia adalah disebabkan oleh strok. Didapati kira-kira 25 hingga 40 peratus pesakit strok akan mengalami afasia.
Akan tetapi afasia juga boleh disebabkan oleh penyakit atau kerosakan/kecederaan pada bahagian otak yang mengawal bahasa. Ini termasuklah kecederaan serius pada otak disebabkan oleh kemalangan, ketumbuhan otak, jangkitan pada otak dan penyakit juga saraf.
Afasia didapati sering berlaku di kalangan individu dewasa. Didapati 15 peratus individu dewasa berumur kurang dari 65 tahun dilaporkan mengalami afasia dan peratusan meningkat 4 peratus bagi individu berumur 85 tahun ke atas.
Walaupun begitu, afasia masih boleh berlaku ke atas semua individu pada pelbagai peringkat umur, bangsa, warganegara dan jantina. Ia juga bergantung kepada masalah kesihatan yang dihadapi seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Pesakit afasia boleh berdepan dengan masalah melibatkan semua aspek bahasa. Keupayaan untuk membaca dan menulis bagi individu yang mengalami afasia juga mungkin berkurang.
Malah ada juga kes dilaporkan di mana individu hilang keupayaan tersebut sepenuhnya. Mengeja perkataan atau membentuk ayat juga boleh menjadi masalah. Memahami nombor, mengira dan berurusan dengan wang juga sukar. Memahami dan menyatakan idea-idea yang abstrak dan kompleks juga mungkin mustahil.
AFASIA BOLEH DISEMBUHKAN
Walaupun kedengaran agak serius namun sebenarnya afasia boleh dipulihkan. Ia dapat dilakukan dengan pesakit menjalani rehabilitasi dalam tempoh 6 bulan pertama selepas mengalaminya. Namun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Bilangan serangan strok/ kecederaan otak: individu yang mengalami serangan strok lebih dari sekali mungkin memerlukan tempoh yang lama untuk pulih
- Lokasi kecederaan otak
- Saiz kecederaan pada otak : semakin besar kecederaan/ kerosakan pada otak, semakin teruk afasia yang dialami
- Umur: semakin tua, semakin lambat proses pemulihannya
- Awal menjalani pemulihan : pemulihan awal akan mempercepatkan proses pemulihan
- Motivasi pesakit : motivasi tinggi memberi impak yang cepat dalam pemulihan
- Motivasi ahli keluarga : sokongan keluarga yang kuat dan berterusan akan meningkatkan motivasi pesakit dan mempercepat proses pemulihan
Jangan lupa subscribe Youtube MASKULIN!
Kredit: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak Salah Graduan Kejuruteraan Kimia Jadi Tukang Gunting

BAMBANG SUTRISNO SOTETO
Pakar pendandan rambut, Bambang Sutrisno Soteto ada idea tersendiri. Jarinya rancak bergerak bersama ideologi tentang dunia dandanan rambut.
KEMAHUAN
Saya pernah tidak bercakap dengan ayah sewaktu melahirkan hasrat untuk menjadi hairdresser dan bukannya jurutera kimia. Akhirnya saya menerima respon positif dari keluarga apabila saya berjaya buktikan bahawa impian saya ini bukan omongan yang kosong.
Mungkin dulu, kerjaya ini bukan kerjaya sesuai untuk seorang lelaki dan ada juga yang rasa segan mengakui minat mereka tetapi kini segalanya berbeza. Asalkan ada minat, perniagaan yang halal dan kita ikhlas menjalankan perniagaan, jadi segalanya OK!
RAHSIA RAMBUT
Orang pertama yang menjadi ‘mangsa’ saya adalah seorang sahabat karib sewaktu masih belajar di asrama penuh, Ali Imran. mungkin kerana kepercayaannya kepada saya, dia membenarkan saya mendandannya dan respon? Not bad!

SIFU
Di awal penglibatan, saya pernah menjalani latihan di Mannheim, Germany, London, dan Vienna selama lima tahun berturut-turut. Semua latihan ini saya ambil sebagai pengalaman dan pengajaran untuk saya menghadapi masa hadapan. Kesempatan dan peluang yang saya terima mungkin sukar diperolehi jadi saya gunakan sebaiknya. Selepas tamat latihan, saya juga pernah bekerja di salah sebuah salon dandanan rambut terkenal di Vienna bernama Headquarters selama dua setengah tahun. Sepanjang berada di sana untuk menjalani latihan dan bekerja, saya mendapat banyak pengalaman hebat dan kemahiran dandanan rambut lazim masyarakat Eropah, pengaruh dari gaya rambut geomatrik zaman 60-an dan 70an. Sedikit demi sedikit saya mula yakin dengan kebolehan yang saya ada dan saya bawa ilmu serta pengalaman ini ke Malaysia.

TERGUNTING JARI
Ya! Saya pernah tergunting jari sewaktu melakukan pertunjukan dandanan rambut di Indonesia. Siapa sangka, ada juga golongan profesional yang melihat kebolehan saya. Saya dihantar ke Jakarta untuk membuat pertunjukkan rambut di hadapan beratus-ratus hairdresser dari seluruh Indonesia. Sewaktu rancak menggunting rambut di pentas utama, saya tergunting jari sendiri! Sakit memang tidak dapat diluah dengan kata-kata tetapi saya teruskan aksi lincah di atas pentas dan cuba menahan sebaik mungkin kerana walau apa pun terjadi, the show must go on!

DETIK TERINDAH
Kelahiran Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara dan juga dipilih menjadi duta jenama Schwarzkopf.
PETUA
Saya akui bidang ini mula menarik perhatian ramai. Ramai yang datang bertanya bagaimana untuk terus maju ke hadapan? Rasanya tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan malah saya akan menjadi orang yang lebih rajin. Saya akan lebih rancak mencari idea baru untuk diketengahkan. Apabila ada saingan yang sihat, saya perlu pastikan saya sentiasa up-to-date dengan trend terkini. Sesungguhnya, kekuatan saya terletak pada pengalaman bekerja di luar negara dan menjadi duta Schwarzkopf. Hubungan yang baik di antara saya dan pelanggan juga merupakan antara sebab saya masih menjadi pilihan mereka dan terus mencipta nama.

IKUT RESMI PADI
Untuk terus mengembangkan sayap dan dikenali lebih meluas, kita perlu sentiasa merendah diri. Teruskan mengambil tahu mengenai perkembangan semasa, jangan ketinggalan dan paling penting jadilah pendengar yang baik. Kadangkala, ada hairdresser yang tidak menghiraukan permintaan pelanggan, hanya ikut kepala sendiri. Jika kena pada gaya, tidak mengapa tetapi sekiranya tidak sesuai dengan kehendak pelanggan, kita juga yang akan dapat nama buruk. Yang penting, kita perlu tahu apa yang kita lakukan!
Biodata & Profile:
Nama: Bambang Sutrisno Soteto
Jawatan: Pedandan Rambut
Pendidikan Kepakaran: Mods Salon, Mannheim, Germany & Headquarters Academy and Salon,Vienna, Austria.
Tahap Pendidikan: Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Fachochschule Mannheim, Jerman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

