Ramai yang memandang rendah kepada kesihatan paru-paru. Ada diantara anda alpa dengan masalah ini dan masih lagi melakukan gelaja yang membolehkan kesihatan paru-paru terjejas. Lebih daripada 70% rakyat Malaysia tak kira jantina merokok, dan ia bukan saja boleh menjejaskan kesihatan individu, malah ia boleh menjejaskan kesihatan orang disekeliling. Untuk mengawal daripada aktiviti ini berleluasa, berikut adalah cara untuk anda elak dari kesihatan anda terjejas.

 

 

Berhenti merokok

 

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

kami tidak menyatakan bahawa merokok merupakan punca utama kerosakan paru-paru anda, Cuma kaedah penyelidikan baru-baru ini mengesahkan bahawa berhenti merokok akan menjadikan paru-paru anda lebih sihat. (Rokok ringan jangka panjang masih membawa risiko tinggi untuk penyakit paru-paru.) Kabar baiknya, jika anda berhenti sebelum 35 tahun, paru-paru anda biasanya boleh pulih pada usia 50 tahun.
Ia bukan sahaja rokok, malah Vaping, yang dikatakan sebagai alternatif “selamat” kepada rokok, telah dikaitkan dengan penyakit yang disebut “paru basah,” memberi keutamaan kepada remaja.

 

 

Ganti penapis udara anda

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

 

IKLAN

Ada sebab mereka tidak menyebutnya “The Great Indoors.” Udara di dalam rumah anda boleh menjadi lima kali ganda lebih kotor dari udara luar. Walaupun penapis udara HEPA bukan satu keperluan kerana salah satu faktor ia agak mahal, namun jika digunakan setiap hari ia boleh membantu mengurangkan masalah kualiti udara bagi mereka yang mengalami alergi. Sekurang-kurangnya, tukar penapis di udara sebulan sekali.

 

 

Ambil makanan berkhasiat

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

 

makan makanan yang sihat dan seimbang juga menjadi faktor utama untuk mendapatkan paru-paru yang sihat. Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa buah dan anggur sangat baik untuk kesihatan paru-paru, dalam jangka masa yang lama, kerana flavonoid atau nama lainnya antosianin. Diet yang kaya dengan  serat seperti epal, pear, sayur-sayuran dan lada dapat mengurangkan risiko penyakit paru obstruktif kronik (COPD), penyakit paru-paru yang boleh membuat anda sukar untuk bernafas.

IKLAN

 

 

Minum air secukupnya

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

 

kembalilah kepada alam semulajadi dimana, segelas air dapat menghindari anda dari pelbagai penyakit. Hidrasi ini membantu menjaga lapisan lendir paru-paru nipis, dan itulah yang diperlukan untuk fungsi yang optimum. Sekiranya anda kurang mengambil air masak, paru-paru anda boleh rosak walaupun anda tidak merokok.

 

IKLAN

 

Elakkan Pencemaran Udara

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

 

Mungkin sukar untuk anda menghalang orang ramai dari mencemarkan udara di bumi tercinta ini, namun anda boleh mengawalnya dengan elak daripada kawasan yang mempunyai pencemaran udara yang melampau. Sekurang-kurangnya anda dapat selamatkan diri anda. Kajian secara konsisten memperlihatkan kesan buruk hidup berhampiran jalan raya dan di sekitar pencemaran udara tertumpu pada umumnya, untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan orang dewasa yang sihat. Sekiranya anda boleh, elakkan jam sibuk dan ambil jalan sampingan yang kurang padat, dan elak dari berjalan di zon perindustrian.

 

Dapatkan suntikan vaksin

Jangan Hanya Salahkan Rokok Kalau Paru-Paru Anda Rosak! Ini Antara Punca Lain

Jangkitan pernafasan adalah gangguan setiap hari, dan anda tidak dapat mengubah fakta tersebut.Tetapi sesiapa yang mempunyai fungsi paru-paru yang kurang baik terutama mereka yang mempunyai COPD, asma secara umumnya berisiko, mereka amatlah dinasihatkan untuk mendapat suntikan selesema tahunan dan vaksin pneumokokus untuk pencegahan.
Sumber: mom.me

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI