“Kau makan bukan main banyak tapi badan maintain je kurus!”
Anda ada tak kawan yang mempunyai badan kurus tapi makan memang tak ingat dunia. Segala macam makanan disumbatnya tetapi tak berikan kesan langsung terhadap berat badan.
Kadangkala rasa cemburu juga lihat orang seperti ini. Anda sendiri bagai nak rak jaga badan sebab takut berat badan naik.
Tapi sebenarnya anda tak perlu cemburu kerana orang yang berbadan kurus itu tak semestinya sihat!
Banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal luaran dan dalaman seseorang itu. Jangan ingat badan kurus atau memiliki berat badan ideal seseorang itu bebas daripada dijagkiti penyakit merbahaya.
Terdapat satu kondisi dikenali sebagai TOFI iaitu Thin Outside, Fat Inside. Perkara ini turut diulas page Public Health Malaysia menerusi satu perkongsian yang cukup berguna untuk kita semua.
Ads
Kondisi TOFI ini menjelaskan bagaimana orang yang kurus turut menghidap penyakit metabolik seperti; KENCING MANIS, DARAH TINGGI, TINGGI KOLESTEROL & PENYAKIT JANTUNG & STROK.
Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.
Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.
Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.
Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.
Ads
Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,
Kencing Manis
Darah Tinggi
Tinggi Kolesterol
Penyakit jantung dan strok
Kredit: Public Health Malaysia
Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.
TOFI sukar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.
Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain. . Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan.
Semoga perkongsian Public Health Malaysia ini memberikan manfaat yang tidak ternilai untuk kehidupan anda yang lebih sihat dan sejahtera.
Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal yang kini bersama Al-Nassr, dijangka terus mengukuhkan statusnya sebagai pemain dengan gaji tertinggi di dunia.
Laporan terkini menyebut Ronaldo bakal menerima kontrak baharu bernilai lebih £167.9 juta (RM923 juta), melanjutkan perjanjiannya bersama kelab Liga Pro Saudi itu untuk tempoh setahun lagi.
Superstar berusia 39 tahun ini menyertai Al-Nassr pada Januari 2023 selepas meninggalkan Manchester United akibat konflik dalaman.
Foto : The New Yorker
Kehadiran Ronaldo di Arab Saudi bukan sahaja meningkatkan prestasi pasukan tetapi juga menyumbang kepada perkembangan bola sepak negara itu.
Pendapatan Mencecah RM1.17 Bilion Setahun
Ketika ini, Ronaldo menikmati pendapatan tahunan sekitar £164 juta (RM901 juta) hasil sumbangannya di atas padang.
Selain itu, beliau meraih tambahan £49 juta (RM269 juta) daripada aktiviti luar seperti promosi Hari Kebangsaan Arab Saudi dan kempen pelancongan tempatan.
Dengan kontrak baharu, gaji mingguannya dijangka sekitar £3.19 juta (RM17.5 juta), bersamaan £419,800 (RM2.3 juta) sehari atau £291 (RM1,600) seminit.
Angka ini menjadikan Ronaldo sebagai salah satu atlet terkaya dalam sejarah sukan.
Foto : Variety
Ganjaran Tambahan dan Kepentingan Dalam Kelab
Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, Al-Nassr bersedia memberikan ganjaran tambahan kepada Ronaldo atas sumbangan besarnya kepada kelab.
Antara tawaran istimewa termasuk lima peratus kepentingan dalam pasukan, satu langkah yang menunjukkan penghargaan tinggi terhadap pengaruh Ronaldo.
Perjanjian baharu ini juga dijangka meningkatkan daya tarikan Liga Pro Saudi dalam menarik lebih banyak bintang bola sepak global ke negara itu.
Sejak menyertai Al-Nassr, Ronaldo telah mencetak 75 gol dalam 84 penampilan, satu rekod yang membuktikan beliau masih berada di tahap tertinggi meskipun usia mencecah 39 tahun.
Prestasi ini bukan sahaja membantu Al-Nassr meraih kejayaan tetapi turut memperkukuhkan kedudukan Ronaldo sebagai ikon global bola sepak.
Dengan lanjutan kontraknya, Ronaldo dijangka terus memahat namanya sebagai salah satu legenda sukan paling berpengaruh dalam sejarah.
Sumber : Buletin TV3
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmyRyan Bakery masih tetap disokong meskipun zamannya telah berlalu. Kalau ingat waktu PKP dulu, semua video dia memang lawak! Tak pernah tak mencuit hati. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pucuk ubi adalah sejenis ulam kampung yang segar. Jika anda tergolong dalam kalangan penggemar pucuk ubi masti anda sering menjadikan pucuk ibu ini sebagai ulam-ulaman sewaktu makan bersama nasi panas.
Dalam pada rasanya yang pahit, rupanya banyak khasiat ingin terkandung dalam pucuk ubi. Ia merupakan sejenis sayur-sayuran organik 100 peratus menerusi cara pertumbuhannya.
Selain itu, ubi kayu boleh ditanam di merata-rata tempat dan boleh membesar tanpa penjagaan khusus, dibaja mahupun disembur dengan racun.
Selain mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan, ini adalah rahsia khasiat yang terkandung dalam ulaman ini, MASKULIN dah kumpulkan maklumatnya untuk anda.
Bila bercakap tentang kulit, semua orang berlumba-lumba nak makan vitamin C. Namun tahukah anda, vitamin C juga diperlukan ketika badan anda stres?
Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama. Rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 1000mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semula jadi, organik atau sintetik, ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali.
Umpama mengandaikan vitamin C semula jadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik adalah perahan jus dengan penambahan gula dan perisa manakala vitamin C sintetik pula adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin C diambil, selebihnya adalah dicipta!
MANFAAT VITAMIN C
Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, kemalangan atau terbakar. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Membantu menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
Secara amnya, ia membantu meningkatkan imun sistem badan.
Membantu melindungi daripada pelbagai serangan kanser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan kanser terjadi). Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
Bertindak sebagai julap semula jadi. sapa yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
Merendahkan risiko terkena darah beku dalam salur darah.
Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa.
Meningkatkan kadar penyerapan iron
Mengurangkan alahan/ alergi.
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Menghasilkan kulit yang halus, cantik berseri.
TIP MEMILIH VITAMIN C
#1 : Pilih Vitamin Semula Jadi
Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C Complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.
#2 : Pilih Vitamin C Yang Bersifat Sustained Release
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stres, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambIl suplemen yang mempunyai teknologi sustained release.
Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.
Tanpa teknologi sustained release ini, vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur dalah dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.
#3 : Halal Dan Lulus KKM
Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C yang ada di pasaran. Oleh itu, anda haruslah bijak mencari vitamin C yang mempunyai sijil Halal sama ada Halal Malaysia atau pengiktirafan Halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan pada label botol tertera hologram nombor kelulusan KKM.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.