Bak kata orang tua-tua benda sedap memang biasanya akan membawa keburukan. Begitu juga tabiat meletup jari, Sebagai contoh di saat anda kepenatan menaip di komputer pasti rasa nak sangat regangkan tangan serta jari sambil lakukan aksi letup.

Bukan sahaja anda malah kami di MASKULIN pun kadangkala melakukannya secara tanpa sedar kerana ia sudah sebati dan tabiat sejak dulu. Ia seakan satu tindakan refleks yang memberikan rasa lega kepada kita.

Tapi tahukah anda kesan jangka masa panjang jika ia dilakukan secara berterusan?

Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi tersebut terhasil.

IKLAN

Kajian daripada Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang di isi gas. Bila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi ‘pop’ terhasil.

Kenapa Jadi Ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan. Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak anda akan ‘trik’ untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.

Apa Yang Meletup?
Setiap kali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.

Risiko Penyakit Tulang Arthritis?


Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan. Ternyata, tangannya yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang Arthritis dan ini membuktikan tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari itu membawa keburukan buat manusia.

Jejas Kekuatan Tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekaligus menjadikan tulang haus dari masa ke masa.

Tulang Jari Melebar Buat Cincin Tersekat
Meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan manakala kebanyakan orang lain menganggapnya suatu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.

Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) telah melebar sehingga kadang-kala menyekat cincin untuk masuk secara lacar pada bahagian jari. Jadi, kalau tak mahu tulang buku jari melebar, sila elak meletupkan jari.

Untuk anda yang selalu letup-letupkan jari tak rasa ngilu ke?