Bagi wanita kasut merupakan antara aksesori kaki yang menyerlah personaliti mereka. Disebabkan itu jugalah mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit demi sepasang kasut.
Anda pula jangan sangka lelaki tidak kurang hebatnya. Malah ramai pengumpul sneakers yang obses dengan kasut mempunyai himpunan koleksi bernilai ratusan ribu ringgit dengan nilai pasaran sekarang.
Namun sebagai pengguna kasual anda harus tahu beberapa trik menggunakan kasut. Ada yang formal, kasual, sporty dan hipster, semuanya berlandaskan kepada identiti masing-masing.
Namun, kasut bukanlah sekadar kasut ataupun pelengkap gaya. Ia lebih dari itu. Sebelum membeli, jom tahu 7 trik pakai kasut ini. Ingat, jangan main sarung je!
ELAK SANDAL DALAM ACARA FORMAL
Jangan jadikan sandal sebagai kasut harian anda untuk ke bandar atau berjumpa dengan si dia. Elak mengeluarkan kata-kata seperti, “I have no sense of style”.
Inilah masanya untuk anda mengubah keseluruhan penampilan. Lupakan seketika sandal Crocs, Nike slides mahupun Reef flip-flops anda. Sebaiknya sarungkan kasut ala formal yang menjadikan anda lebih bergaya dan matang. Kan lebih stailo!
KELEBIHAN KASUT KULIT
Kajian mengatakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki yang memakai kasut kulit. Ini kerana bagi wanita, lelaki yang memakai kasut kulit lebih maskulin dan tampak lebih moden.
Kasut kulit juga menjadikan anda lebih formal, sesuai digayakan dengan apa-apa baju dan juga aksesori. Malah dengan menyarungkan kasut kulit, ia menyenangkan anda untuk pergi ke mana-mana majlis atau acara kerana kasut kulit sesuai dipakai pada bila-bila masa.
REKAAN BUT
Anda mungkin menganggap dengan memakai kasut jenis boots mampu menampakkan anda lebih manly, confident, protective and seksi. Sebenarnya, pemakaian boots menjadikan gaya fesyen anda ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi boots anda itu jenis yang sedikit lama.
Anda jangan jadikan boots sebagai kasut wajib yang ada di wardrobe. Salah tu! Anda akan kelihatan seperti lagak cowboy jika terlalu obsesi dengan boots, selain boleh mengganggu gaya fesyen anda.
BIAR SESUAI DENGAN KEADAAN
Jenama Vans dan Converse dikira OK untuk anda yang gemarkan gaya “stylish casual”. Tetapi jika anda menyarungkan kasut jenis athletic (sukan) seperti kasut mendaki ataupun aktiviti lasak, anda telah menyebabkan wanita tidak lagi memandang ke arah anda.
Jika anda seorang kaki sukan, jangan jadikan alasan untuk anda memakai kasut ke gym saat ingin makan malam bersama si dia. Sekurang-kurangnya, pakailah kasut sneakers yang menjadikan gaya anda lebih sporty dan hipster.
BACA: Tak Perlu Lagi Gigit Kasut, Ini 10 Trik Mudah Nak Elak Kaki Melecet!
USAH MEMBAZIR DUIT
Tidak bermaksud jika anda membeli kasut yang mahal, ia melambangkan gaya fesyen anda. Sama sekali tidak benar! Anda seharusnya bijak bermain dengan rekaan dan juga harga.
Ada sahaja kasut harga mahal yang tidak menepati cita rasa anda. Malah, kasut yang murah itu sebenarnya lagi sesuai dan anda lebih selesa memakainya. Oleh itu, jadilah pembeli yang bijak!
KASUT YANG LEBIH ‘JANTAN’
Anak muda khususnya kerap kali berfikir bahawa kasut yang sedikit bereksperimentasi ataupun sedikit stail menjadikan mereka tampak feminin. Tahukah anda, wanita lebih sukakan lelaki yang stylish dan dressy. Bagi wanita, lelaki yang berkasut kulit lebih manly dan maskulin.
Ia mampu membuatkan lelaki tampak lebih sexually experienced, more mature dan seorang yang better untuk melindungi wanita. Jadi usah takut untuk cuba sesuatu yang baru.
ADA USAHA UNTUK BERGAYA
Sesetengah lelaki berfikir bahawa mereka harus berpakaian kasual dan cool untuk berjumpa orang ramai terutamanya apabila pertama kali keluar dengan si dia. Anda hanya melepaskan peluang keemasan anda!
Seharusnya anda letakkan nilai intergriti dalam pemakaian khususnya saat menyarungkan kasut. Tunjukkan kesungguhan anda kepada orang ramai untuk anda tampil segak dan bergaya dengan memakai kasut yang elok dan smart! Anda pasti tidak akan rugi apa-apa!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI