Selalunya bila anda memakai kasut baru, mesti kaki melecet, rasa pedih di hujung jari ataupun di belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki anda jenis ‘kembang’, makin sakit kaki dibuatnya.

Pasti anda pernah mendengar petua lama untuk mengelak kasut ‘menggigit’ tuannya, iaitu dengan menggigit bahagian belakang kasut baru. Kini anda tak perlu lagi nak gigit belakang kasut kerana 10 trik mudah ini boleh elak kaki melecet.

1. Pakai plaster

Mungkin cara ini paling biasa, namun cara inilah paling mujarab untuk mengelak kaki melecet. Tampalkan siap-siap plaster di bahagian yang anda jangka akan melecet terutamanya di belakang tumit kaki. Pastikan plaster luka anda lebih besar daripada zon geseran agar plaster itu tidak bergerak.

2. Tabur bedak talkum

Geseran akan berkurangan kerana adanya permukaan lembut yang mengurangkan potensi untuk kaki melecet. Jika anda memakai kasut tanpa stoking, cara mujarab ialah dengan menaburkan bedak di dalam kasut. Bukan sahaja elak kaki melecet, kasut dan kaki anda pun berbau wangi.

IKLAN

3. Sapu deadoran di kaki

Selain ketiak, deodoran juga boleh digunakan pada kaki untuk mencegah kaki melecet. Elak pakai jenis semburan, sebaliknya anda pakai deodoran jenis roll-on untuk melicinkan permukaan.

4. Masukkan bungkusan air ke dalam kasut

Anda juga boleh masukkan bungkusan air ke dalam kasut baru. Kemudian masukkan kasut ke dalam ruang sejuk beku selama satu malam agar air tadi bertukar menjadi ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian kasut baru yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kasut baru anda rasa lebih selesa apabila anda menyarungkannya.

IKLAN

7. Alkohol dan kertas

Semburkan alkohol pada bahagian kasut yang ketat supaya ia basah. Kemudian masukkan seberapa banyak mungkin kertas renyuk ke dalam kasut. Keluarkan kertas tersebut pada waktu pagi dan pakai kasut tadi supaya ia boleh mengambil bentuk kaki anda.

8. Krim pelembap

IKLAN

Kaedah ini hanya sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada kulit asli. Sapukan krim pelembap di dalam kasut terutamanya pada bahagian tumit dan jari kaki. Krim pelembap ini akan melembutkan kulit kasut. Apabila anda memakai kasut pada keesokkan harinya, kasut akan membentuk mengikut saiz kaki anda.

9. Kentang

Helah ini dapat membantu untuk meluaskan kasut sukan ataupun loafers. Masukkan kentang yang bersih ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Kentang tidak akan meninggalkan sebarang bau, namun untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang sisa kentang di dalam kasut pastikan anda lap dengan kain lembap.

10. Tukang kasut

Ini merupakan pilihan yang boleh anda percayai. Kebanyakkan tukang kasut memiliki peralatan khas untuk mengubah suai kasut anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, tukang kasut boleh meregangkan kasut supaya ia tidak lagi menyakitkan kaki anda.