Saban hari kerana terlalu banyak dan sibuk dengan urusan pekerjaan, amalan suami isteri peluk-memeluk semakin pudar.

Paling kurang pun cium tangan dan dahi sebelum ke tempat kerja. Tambah-tambah pula bagi yang dah ada anak, memang tak cukup masa.

Namun begitu sebagai suami yang romantik dan takkan curang dengan isteri, amalan peluk-memeluk isteri ini harus dijadikan sesuatu yang wajib.

Ini kerana semasa pelukan terjalin, banyak manfaat yang suami isteri akan terima seperti :

1. Mencegah Stres

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

IKLAN

3. Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

IKLAN

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI