Foto: freepik.com

Kemeja merupakan salah satu jenis pakaian yang MASKULIN merasakan lelaki wajib milikinya sekurang-kurangnya dua pasang.

Kemeja kini bukan lagi menjadi pakaian formal untuk bekerja di pejabat semata kerana ia telah berevolusi menjadi item fesyen dan gaya cukup versatil.

Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.

Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.

ELAK PAKAI KOLAR KETAT 

Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik.

Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.

10 PASANG KEMEJA 

Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi.

Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.

Jangan Pandai Pakai Saja, Ini Tip & Trik Bergaya Dengan Kemeja Serta Cara Menjaganya
Image by wirestock on Freepik

WHITE BUTTON DOWN SHIRT 

White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah.

Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.

CUCI DENGAN TANGAN 

Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan.

Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.

Jangan Pandai Pakai Saja, Ini Tip & Trik Bergaya Dengan Kemeja Serta Cara Menjaganya
Image by teksomolika on Freepik

ELAK KEMEJA BUTTON DOWN 

Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).

BIJAK PADANKAN KEMEJA 

Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap.

Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.

Selamat mencuba!

Semoga tip ini mampu membantu anda dalam penggayaan harian menjadi lebih menarik. Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI