Kita selalu menyalahkan protein atau seafood jika terkena gout. Tetapi tahukah anda sebenarnya faktor terlebih pengambilan gula juga boleh aktifkan gout?

Ya, perkara ini telah dikongsikan oleh salah seorang Pakar Transformasi Badan, Coach Fadzilshar.

Artikel berkaitan: Ruginya Kalau Tak Makan Betik & Nenas, Sebab Ia Antara Sumber Baik Untuk Atasi Masalah Gout!

Artikel berkaitan: Kongsi Doktor Ini, Berdampinglah Dengan Vitamin C Kalau Nak Turunkan Risiko Penyakit Gout!

 

View this post on Instagram

 

GULA PUNCA GOUT . Kadang-kadang kita asyik salahkan makan protein lebih or seafood boleh kena gout. Tapi kita lupa salah faktor penyebab gout adalah lebihan pengambilan gula. Renung-renungkan & selamat beramal . MIND TRAINING FOR HEALTHY EATING HABITS. Coach fadzilshar📲+60123453425 CERTIFIED PERSONAL TRAINER . #teamfadzil #misimengecil #stayathome #nakkurus #neelofa #ctdk #dudukrumah #kitajagakita #singapore #raya #coachkurus #healthydiet #teamnickhinhussien #pkp #Malaysiafood #newnormal #igshopmalaysia #tipsdiet #bazaarpaknil #kurusraya #tipsramadhan #viral #kakimakan #homeworkout #fadzilsharofficial #KualaLumpur #plussize #malaysia #bajubesar #thegraceofnowandcertainway

A post shared by 💪SLIM KURUS @ HOME (@fadzilsharofficial) on

Sebelum itu, jom kita tengok apa itu gout sebenarnya. Bagaimana gout boleh terjadi dan apakah punca-puncanya?

IKLAN

Jangan Salahkan Seafood Je, Terlebih Pengambilan Gula Juga Boleh Aktifkan Gout!

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis arthritis atau keradangan yang menyebabkan serangan yang amat sakit secara mengejut, kemerahan, rasa sakit disebabkan sentuhan dan pembengkakan di sendi.

Ibu jari kaki merupakan sendi yang paling kerap terlibat tetapi gout juga boleh menjejaskan sendi lain di kaki (lutut, pergelangan kaki, kaki). Kawasan di lengan (tangan, pergelangan tangan dan siku) bagaimanapun kurang kerap terlibat manakala tulang belakang jarang terjejas.

Simptom-simptom gout

Simptom gout adalah seperti sakit sendi yang mendadak, yang sering kali berlaku pada awal pagi:
– Bengkak, sendi sakit;
– Sendi kemerahan;
– Kehangatan di sekeliling sendi

IKLAN

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, silalah berjumpa dengan doktor.

Jangan Salahkan Seafood Je, Terlebih Pengambilan Gula Juga Boleh Aktifkan Gout!

Antara faktor Gout adalah obesity, tekanan darah tinggi, fungsi buah pinggan yang tidak normal, ubat-ubatan tertentu seperti pil air, sejarah perubatan, selepas pembedahan atau trauma dan jangan terkejut ya, dehidrasi juga boleh menyebabkan anda terkena Gout!

Jika dicari apakah punca gout, ia sebenarnya disebabkan oleh bahan kimia dalam darah yang dipanggil asid urik (urat). Asid urik biasanya tidak berbahaya dan dihasilkan di dalam badan. Kebanyakannya dilepaskan bersama air kencing manakala sesetengahnya melalui najis.

Jangan Salahkan Seafood Je, Terlebih Pengambilan Gula Juga Boleh Aktifkan Gout!

IKLAN

Bagi pengidap gout, jumlah asid urik dalam darah bertambah dari semasa ke semasa. Jika mencapai tahap terlalu tinggi, grit kecil menyerupai kristal daripada urik asid boleh terbentuk. Kristal biasanya terkumpul di dalam sendi dan boleh menyebabkan keradangan, bengkak dan sakit.

Namun sehingga kini, tiada penawar kekal untuk gout tetapi ia boleh dikawal agar tidak berulang lagi atau mengurangkan sakit yang dirasai dengan tabiat hidup yang sihat.

Jangan Salahkan Seafood Je, Terlebih Pengambilan Gula Juga Boleh Aktifkan Gout!

Rawatan utama gout ialah ubat-ubatan yang terdiri daripada:

– Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAIDs) untuk merawat serangan gout yang mengejut dan teruk;
– Steroid boleh digunakan sebagai alternatif untuk NSAIDs;
– Colchicine membantu mengurangkan risiko serangan gout daripada berulang;
– Ubat yang mengawal tahap asid urik dalam darah seperti allopurinol, probenecid dan febuxostat.

Harus diingat ya, apa pun anda perlulah mendapatkan nasihat dan rujuk pada pakar atau doktor yang bertauliah.

Sumber: HelloDoktor.Com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI