Bagi mengetahui makanan yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang dimakan dan peka kepada makanan tersebut agar tidak mengambilnya lagi.
Ini kerana katanya, jika anda tidak peka dengan keadaan tubuh sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri daripada terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.
Ingin ditekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.
“Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Ads
Contohnya, jerawat akan tumbuh jika kurang tidur, menyedut udara tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.
Ads
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:
Makanan berlemak dan bergoreng – Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
Makanan daripada produk tenusu – Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
Makanan daripada karbohidrat yang diproses – Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
Minuman berkafein dan berkarbonat – Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Makanan yang diproses atau ditinkan – Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Ads
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti ramai je yang selalu memakai pakaian tidur berulang kali kan. Percayalah pajamas yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat, haaa…dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini..
Bangun pagi yang lemah
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Badan berbau
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Dah faham kan? Selamat beramal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman pagi merupakan antara perkara wajib yang harus anda lakukan sebelum anda pergi kerja. Ini senaman yang boleh anda lakukan setiap pagi. Sekurang-kurangnya tak ada lah anda rasa bersalah sangat apabila anda telan semua makanan yang penuh dengan kalori itu.
Push up
Kami nasihatkan anda luangkan masa 2 minit untuk lakukan senaman ini. Anda pun tahu kelebihan push up kan? Ia dapat membantu mengurangkan lemak di perut dan kuatkan otot pada lengan. Untuk beri efek yang menarik pada gambar OOTD anda pump sedikit badan anda. Baru banyak like!
High knee
Sebelum anda ke tempat kerja, ataupun melakukan apa-apa aktiviti harian, apa kata anda lakukan senaman ini sebanyak 3 set dengan 15 rap. High knee boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak secara berterusan walaupun anda sedang melakukan kerja menaip di pejabat.
Burpees
Senaman ini berfungsi sama seperti High Knee. Ia dapat meningkatkan metabolisme di samping membakar lemak secara berpanjangan. Jadi jika anda sedang menikmati nasi lemak atau nasi berlauk di waktu makan tengan hari pun, lemak anda masih membakar.
Squats
Senaman ini anda boleh lakukan semasa mandi. Ataupun ketika badan anda penat duduk menghadap pc di pejabat. Ambil masa sikit untuk anda bersenam. Tak banyak pun dalam 30 rap dah cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda buka peti sejuk di rumah tapi bila pintunya dibuka bau yang kurang enak mula singgah di hidung?
Masalah peti sejuk berbau mungkin datang daripada pelbagai jenis makanan yang tersimpan. Tapi jangan risau ada cara untuk kurangkan bau yang tak enak ini di dalam peti sejuk dan juga di ruang dapur anda.
Roti
Caranya keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5-14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
Esen Vanilla
Caranya ialah bersihkan peti air, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susuk kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
Caranya ialah letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais. Anda juga boleh meletakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut.
Soda bikarbonat
Caranya ialah ambil beberapa sudu soda bikarbonat dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.
Kulit Nenas
Letakkan beberapa kepingan kulit nanas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nanas kecut lalu gantikan dengan kepingan kulit nanas yang baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.