Melakukan road trip atau jelajah secara solo bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi jika perjalanan itu meliputi kawasan luas seperti seluruh Semenanjung Malaysia.
Namun itulah cabaran yang digalas penuh semangat oleh Mohamad Asyraf Mohamad Radzi, seorang lelaki berusia 34 tahun dari Kemaman, Terengganu yang nekad merealisasikan impiannya.
Lebih menarik, jelajah solo ini tidak dilakukan pada waktu biasa, tetapi ketika bulan Ramadan. Satu tempoh yang mencabar dari segi fizikal dan mental bagi seorang pengembara solo.
Niatnya cukup menarik dan unik – ingin merasai sendiri kemeriahan Ramadan di pelbagai masjid di seluruh negara. Dari suasana berbuka puasa hingga ke solat tarawih bersama komuniti tempatan di setiap lokasi.
“Saya sudah lama terfikir untuk melaksanakannya kerana ingin merasai suasana berbuka puasa di masjid yang berbeza. Bukan apa, misi jelajah masjid ini juga untuk merasai suasana berbuka dan tarawih di tempat orang,” jelas Asyraf dalam satu temu bual bersama SinarPlus.
Lebih istimewa, seluruh perjalanan ini dilakukan dengan kereta Perodua Kancil miliknya. Sebuah model kereta ikonik dunia automotif tempatan yang sarat nostalgia rakyat Malaysia.
Ads
Dengan kelajuan sederhana, namun semangat luar biasa, Kancil itu menjadi teman setia merentasi 2,100 kilometer dalam masa 11 hari. Perjalanannya bermula dari Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan pada 10 Mac lalu.
GUNA SIMPANAN SENDIRI
Dalam tempoh itu, Asyraf sempat menjejakkan kaki ke pelbagai negeri termasuk Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan akhirnya menamatkan perjalanannya di Masjid Sultan Idris Shah II, iaitu Masjid Negeri Perak.
Apa yang lebih mengagumkan, seluruh projek ini dibiayai sendiri hasil wang simpanan peribadi.
Menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM600 untuk hotel dan RM442 untuk minyak sepanjang perjalanan. Satu jumlah yang cukup berpatutan untuk sebuah pengembaraan yang penuh kenangan dan nilai spiritual.
Ads
“Pada masa yang sama, saya ingin menunjukkan budaya berbuka puasa di masjid yang berlainan. Secara tidak langsung, ia dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk bersama mengimarahkan masjid,” tambahnya lagi.
Bagi Asyraf, ini bukanlah kali pertama dia menguji kekuatan jentera kecilnya itu. Sebelum ini, dia pernah melakukan perjalanan sejauh 3,700 kilometer ke Khao Yai, Thailand. Di mana ketika itu mewakili Retrojavoc Malaysia—satu komuniti pencinta kereta retro.
“Kereta Kancil ini sebenarnya sangat dekat di hati majoriti rakyat Malaysia dan walaupun sudah diubah suai, ia masih mampu bergerak jauh.
Ads
“Kos pun murah dan mampu milik. Bagi saya, ini lebih kepada minat dalam dunia sukan permotoran, tetapi pada masa yang sama mahu menunjukkan kebolehan kereta sambil beribadah,” tambahnya dengan bangga.
Jelajah Ramadan Mohamad Asyraf bukan sahaja membuktikan ketahanan mental dan fizikal seseorang, malah menyerlahkan bagaimana minat terhadap permotoran boleh selari dengan amalan ibadah.
Ia adalah pengembaraan spiritual dalam bentuk yang cukup unik—berpaksikan semangat, keberanian dan keikhlasan hati seorang lelaki bersama kereta kecilnya yang membawa misi besar.
Kredit: SinarPlus
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertubuhan Pendidikan Kesedaran & Minda Prihatin Malaysia atau dikenali sebagai Youth Care Malaysia (YCM) buat julung kali mengadakan satu gabungan acara kebajikan terbersar seluruh Malaysia yang akan dilancarkan pada 25 Julai 202 bertempat di Studio Live Boxx, Petaling jaya.
Acara symposium kebajikan penstriman digital mereupakan inisiatif kemanusiaan dan kebajikan hasil cetusan idea daripada komuniti belia YCM setelah mengambil kira semua belia dalam golongan sasarf yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pembangunan kendiri mereke.
Sejajar dengan inisiatif norma baharu Malaysia, YCM menitik beratkan usaha kerajaan untuk sentiasa nmemantuhi prosedur kendali standard yang telah diperkenalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Acara ini telah mendapat sokongan daripada beberapa artis tempatan yang turut serta memberi sumbangan dan membantu dalam menyebarkan informasi berkenaan dengan sumbangan antaranya Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Lisa Surihani dan Syafi DFKL. Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk DR. Noor Hisham juga menunjukkan sokongan kepada Youth Care Malaysia.
Turut melancarkan perjalanan acara ini dengan kehadiran belia selebriti media sosial atau kini lebih di kenali sebagai instafamous seperti Zafir Karipap, Nazafee, Nurhayati Thair, Da’I Danial, Da’I Hamidah, Da’I Saiful dan Faris Azri.
Menurut President Youth Care Malyasia, YC Jabir Meftah, menerusi acara ini YCM ingin menjadi contoh teladan terbaik kepada seluruh komuniti belia di Malaysia.
“Kami percaya dengan sedikit suntikan usaha dan sokongan moral yang kami laksanakan ini mampu membantu golongan belia sasar untuk terus bangkit dalam memajukan diri dan seterusnya menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana” Ujarnya.
Dibawakan khas oleh Anas dan Ainaa Beauty bersama Live Boxx, PJ, Chibol Gila Dwell Property Consultant dan Mohd Zaidi Enterprise selaku penaja bersama acara ini berjaya mengumpul hasil kutipan barangan terpakai seperti sejumlah 25,789 helai pakaian harian dan pakaian menyebut Raya Aidil Adha dan beberapa barangan yang lain.
Kesemua hasil ketipan barangan terpakai ini akan disalurkan kepada belia asnaf terdiri daripada 637 buah isi rumah belia asnaf dan 6 buah rumah badan kebamasyarakat yang telah di kenal pasti seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) nama figura ini sering mencuri perhatian.
Kegigihannya menjalankan kerja amal membantu rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama telah menambat hati orang ramai dengan keikhlasannya. Itulah Ustaz Ebit Lew insan yang kini dianggap antara insan yang paling disegani terutamanya sepanjang negara berdepan krisis Covid-19.
Perkongsian yang dilakukannya di laman media sosial telah banyak memberikan inspirasi dan mendorong untuk lebih ramai tampil ke hadapan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew mengumumkan bahawa dia dalam usaha untuk membangunkan rangkaian pasar raya elewsMart.
Menariknya pembukaan 10 elewsMart ini bukan hanya semata untuk perniagaan sahaja namun beliau dalam misi untuk terus membantu golongan kurang berpendapatan.
Perkongsian yang dilakukan di laman Instagram kendaliannya telah mendapat respons yang cukup baik daripada warganet.
“Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.
Jelasnya beliau ingin membuka 10 cawangan pasar raya ini sebagai salah satu jalan untuk membantu orang susah secara berterusan.
“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga.
“Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
“Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.”
Tambah beliau lagi sejak dari kecil dia telah bercita-cita ingin jadi manusia yang boleh buat kebaikan. Beliau yang pernah berdepan kesusahan hidup ingin membantu orang ramai agar tidak berdepan nasib sepertinya pada suatu ketika dulu.
10 cawangan ebotlewsMart yang bakal dibuka adalah di beberapa lokasi utama Lembah Klang seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini sentiasa mendapat sokongan orang ramai. Tahniah Ustaz!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac yang lalu, pelbagai cara dilakukan oleh selebriti serta warga untuk mengisi masa terluang.
Antara aktviti yang paling popular dilakukan ialah melakukan senaman di rumah. Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana memerlukan komitmen serta kesungguhan yang tinggi.
Bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah ini merupakan cabaran yang cukup besar untuk mengagihkan masa melakukan tugasan, kerja rumah dan pelbagai hal lain lagi.
Namun bagi Dato’ Hans Isacc masa ini telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan misinya menurunkan berat badan.
Menerusi satu hantaran di Instagram beliau berkongsi bagaimana menggunakan 28 hari dari tempoh PKP dengan melakukan senaman di rumah serta mengikuti diet tersendiri.
Selain itu Dato’s Hans Isaac juga mengamalkan meminum air yang mencukup setiap masa. Hasilnya berat badan beliau telah turun dari 85kg kepada 81kg. Dan kini beliau hanya tinggal 1kg lagi untuk mendapat berat sasarannya.
Ternyata senaman di rumah serta mengamalkan diet yang baik oleh Pengerusi FINAS ini mencuri perhatian daripada warganet terutamanya pengikut beliau di Instagram.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tidak lupa juga minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Sasaran nak turun samapi 80kg,” jelasnya menerusi kapsyen foto menamilpkan dirinya berpeluh selepas bersenam.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.