Dunia moden menyaksikan ramai individu berjaya yang memiliki kekayaan luar biasa hasil usaha gigih, kepintaran strategi, dan pelaburan bijak.
Berikut adalah senarai 10 lelaki terkaya dunia yang aset mereka mencecah berbilion dolar. Mereka ini bukan sahaja ikon kejayaan, malah menjadi inspirasi untuk ramai usahawan di seluruh dunia.
10 ORANG TERKAYA DI DUNIA
1. Bernard Arnault
Lelaki terkaya
Orang pertama yang menjadi orang terkaya di dunia ialah Bernard Arnault. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat barangan mewah terbesar di dunia iaitu Moët Hennessy Louis Vuitton (LVHM) yang memiliki 70 jenama fesyen dan kosmetik terkenal.
Pada usia 74 tahun, beliau telah berjaya mengumpul nilai bersih sebanyak AS$207.
Kekayaan Arnault melonjak apabila saham LVHM meningkat sebanyak 16% pada 26 Januari 2024. Walau bagaimanapun, sebaliknya, saham Tesla mengalami penurunan yang agak besar iaitu 14% pada masa yang sama.
2. Elon Musk
Lelaki terkaya
Sebelum ini, Elon Musk berada di tempat pertama dalam senarai orang terkaya di dunia. Ketika ini dia mempunyai aset bernilai AS$204.7 bilion.
Diketahui umum bahawa Elon Musk memiliki 6 syarikat terkenal. Beberapa daripadanya ialah kereta elektrik Tesla, startup Boring Company dan pengeluar roket SpaceX. Kebanyakan kekayaan Elon Musk disokong oleh kejayaan Tesla.
Beliau pernah menjadi topik trending pada Oktober 2022 apabila membeli Twitter dengan harga AS$44 bilion.
3. Jeff Bezos
Lelaki terkaya
Jeff Bezos ialah CEO Amazon dan Blue Origin. Pada usia 59 tahun, beliau berada di tempat ketiga sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$181.3 bilion.
Walau bagaimanapun, pada 2021 beliau memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO e-dagang Amazon dan hanya mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat.
Ads
Usahawan dari Medina, Washington ini juga memiliki syarikat angkasa lepas iaitu Blue Origin dan The Washington Post. Beliau pernah mereka roket dan melarikan diri ke angkasa pada tahun 2021.
4. Larry Elison
Lelaki terkaya
Larry Elison adalah orang keempat terkaya di dunia. Beliau memiliki 35% gergasi perisian Oracle dan merupakan pengerusi, ketua pegawai teknologi dan pengasas syarikat tersebut.
Bagaimanapun, pada 2014 beliau melepaskan jawatannya sebagai CEO Oracle. Beliau berpindah ke Lanai, Pulau Hawaii dan membelinya pada harga yang tinggi iaitu $300 juta.
Beliau juga membeli 3 juta saham Tesla dan menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah pada Disember 2018.
5. Mark Zuckerberg
Lelaki terkaya
Mark Zuckerberg adalah orang terkaya dan termuda dalam senarai Forbes orang terkaya di dunia. Pada usia 39 tahun, beliau sudah mempunyai nilai bersih AS$139.1 bilion. Beliau juga dikenali sebagai jutawan perniagaan besar Amerika, usahawan internet, pengaturcara komputer dan dermawan.
Mark menjadi salah seorang pengasas laman media sosial, Facebook dan syarikat induknya, Mata Platforms. Jawatan beliau dalam syarikat adalah sebagai pengerusi eksekutif, pemegang saham kawalan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
6. Warren Buffett
Ads
Lelaki terkaya
Di tempat seterusnya ialah Warren Buffett yang juga dikenali sebagai “Oracle of Omaha” dengan nilai bersih AS$127.2 bilion. Dia adalah salah seorang pelabur yang paling berjaya dalam sejarah.
Pelabur dari Omaha, Nebraska ini adalah ketua Berkshire Hathaway dan sebuah konglomerat pelaburan dengan koleksi portfolio yang agak pelbagai dari banyak syarikat. Contohnya termasuk insurans Geico, rangkaian restoran Dairy Queen dan pengeluar bateri Duracel.
7. Larry Page
Lelaki terkaya
Larry Page ialah seorang tokoh perniagaan Amerika yang mengasas enjin carian paling popular iaitu Google pada tahun 1998. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pencipta algoritma ranking carian dan PageRank di Google.
Beliau berkhidmat sebagai CEO Google dari 2011 hingga 2015. Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Alphabet, syarikat induk Google.
Pada usia 50 tahun, beliau hidup dengan kekayaan bersih AS$127.1 bilion. Salah satu sumber terbesar ialah Google.
8. Bill Gates
Lelaki terkaya
Ketika ini, Bill Gates berada di tempat ke-7 dalam senarai orang terkaya di dunia. Kekayaan semasa beliau datang daripada pelaburan dalam tenaga sifar karbon dan Microsoft dengan jumlah AS$122.9 bilion.
Ads
Microsoft diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen pada tahun 1975. Pada Mac 2020, beliau hanya memiliki 1% saham daripada syarikat perisian itu.
Namun, pada masa ini beliau memiliki banyak saham dalam beberapa syarikat terkenal seperti AutoNation dan Canadian National Railway. Selain itu, Bill Gates juga mempunyai keluasan tanah pertanian terbesar di Amerika Syarikat.
9. Sergey Brin
Lelaki terkaya
Senarai seterusnya orang terkaya di dunia ialah Sergey Brin, merupakan salah seorang pengasas enjin carian Google dengan Larry Page. Beliau ialah presiden syarikat induk Google, Alphabet Inc.
Bagaimanapun, pada 2019 beliau melepaskan jawatan ini dan menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah dan pemegang saham kawalan. Pada usia 50 tahun, Sergey Brin telah berjaya mengumpul nilai bersih AS$121.7 bilion.
10. Steve Ballmer
Lelaki terkaya
Dalam senarai 10 terkaya di dunia ialah Steve Ballmer. Beliau seorang usahawan dan pelabur Amerika yang pernah berkhidmat sebagai CEO Microsoft dari tahun 2000 hingga 2014.
Steve Ballmer ialah pemilik Los Angeles Clippers bagi Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan. Pada usia 67 tahun, Steve Ballmer mempunyai aset bernilai AS$118.8 bilion.
Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini meluahkan rasa bangganya apabila dijemput oleh legenda MMA, Khabib Nurmagomedov, untuk berlatih bersama di Dagestan, Russia.
Khabib, yang baru-baru ini melawat Kuala Lumpur, sempat bertemu dengan Jojo dan menjemputnya untuk menyertai kem latihan yang terkenal dengan latihan disiplin ketat serta persiapan mental dan fizikal yang tinggi.
Jojo, seorang pejuang Muay Thai yang semakin dikenali di arena seni bela diri tempatan dan antarabangsa, menyatakan rasa syukur atas peluang ini. “Saya bersyukur dan tak akan lepaskan peluang ini.
“Bagi saya, Khabib dan Muhammad Ali adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Mereka merupakan petarung Muslim yang ikonik,” katanya dengan penuh semangat.
TAWARAN LAKONAN
Selain perkembangan kerjaya dalam Muay Thai, Jojo turut berkongsi dia turut menerima tawaran untuk lakonan. Namun, buat masa sekarang, dia ingin fokus pada perkembangan karier pertarungannya.
“Buat masa sekarang, saya mahu beri sepenuh perhatian pada Muay Thai dan seni bela diri. Mungkin bila kerjaya ini sedikit perlahan, saya akan mempertimbangkan tawaran berlakon. Tapi, berlakon bukan mudah. Ia perlukan tenaga, masa, komitmen, dan latihan yang intensif, terutamanya bagi saya yang tak ada latar belakang bidang lakonan,” jelas Jojo.
Apabila ditanya tentang watak impiannya jika berpeluang berlakon, Jojo tanpa ragu-ragu menyebut: “Kalau boleh pilih, saya mahu berlakon watak seperti Tom Cruise.”
Dalam dunia sukan pula, Jojo mengidolakan Cristiano Ronaldo, atlet yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya dengan kerja keras dan dedikasi luar biasa.
Baru-baru ini, Jojo turut mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan baju Melayu ketika perlawanan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Ditanya mengenai pemilihan pakaian tradisional itu, Jojo menjelaskan, “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya mahu tunjuk kepada dunia budaya kita”.
Menjelang setiap perlawanan, Jojo mempunyai rutin tersendiri. Walaupun tidak tetap, dia berkongsi bahawa solat hajat dan solat sunat sering menjadi amalan sebelum melangkah ke gelanggang.
“Sebenarnya saya tak ada rutin yang sama sebelum perlawanan tapi saya akan lakukan solat – solat sunat, solat hajat untuk kosongkan minda bagi persiapan mental,” tambahnya lagi.
SUKAN MENCABAR
Untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan sukan Muay Thai, Jojo memberikan pesanan ringkas tetapi mendalam.
“Sukan ini bukan mudah. Ia antara yang paling mencabar. Sukan ini menyakitkan dan boleh menyebabkan kecederaan serius, berbahaya dan memerlukan fokus sepenuhnya. Tak boleh buat separuh-separuh.”
Jojo terus memberikan inspirasi kepada ramai peminat sukan dan seni bela diri dengan ketekunan, dedikasi, dan semangat juangnya.
Sebagai seorang atlet yang terus berkembang, Jojo melambangkan gabungan kekuatan, disiplin, dan rasa bangga terhadap akar budaya serta agama yang dipegang teguh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Rasanya sudah lama kita semua selaku rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton tidak berasa teruja menonton perlawanan badminton.
Semalan satu lagi sejarah sukan badminto telah tercipta. Nama Lee Zii Jia terpahat dalam lipatan sejarah sebagai antara pemain unggul negara kita yang berjaya menjaddi juara perseorangan All England Open Badminton Championship.
Menjuarari kejohanan yang dianggap sebagai antara paling berprestij tersebut merupakan satu pencapaian luar biasa bagi anak muda berusia 22 tahun tersebut. Mahkota kejuaraannya dikecap selepas menumpaskan lawan yang bukan calang-calang dari Denmark, Viktor Axelson yang juga pemain di ranking nombor 2 dunia.
Pertarungan sengit yang berlangsung dalam 3 set tersebut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Kejayaan ini pastinya lebih manis untuk Lee Zii Jia yang bakal menyambut hari lahirnya pada 29 Mac ini.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga sebelum ini telah meramalkan bahawa Lee Zii Jia bakal menjadi pertaruhan utama untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik jika meneruskan prestasinya seperti semalam.
Jom kita kenali pemain yang bakal membawa panji Jalur Gemilang berkibar lebih megah di persada sukan badminton negara ini.
– Berasal dari Alor Star, Kedah
– Ketinggian – 185cm
– Kini berada pada ranking pemain ke-10 dunia
– Pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019
– Ibu bapanya merupakan guru dan juga bekas pemain bola keranjang
– Minatnya dalam sukan badminton sejak usia 5 tahun
– Mendapat pendidikan awal di SJKC Keat Hwa, Alor Star dan Sekolah Sukan Bukit Jalil
– Pernah tular dengan skil backhand ketika berdepan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota
Bermula minggu ini, kerajaan telah mula menkreditkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 yang layak.
BPN merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang rata-rata terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Bantuan dalam bentuk tunai tersebut mampu membantu ramai rakyat menampung perbelanjaan dalam mengharungi waktu yang cukup mencabar.
Menerusi Pakek Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada golongan yang tercicir untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.
Tapi apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini cukup menarik sekali. Jejaka bernama Rinizan Razali telah berkongsi menerusi satu hantaran di Facebook kendaliannya tentang proses bagaimana dia memulangkan semula wang BPN yang ‘tersilap masuk’.
Jelasnya, wang BPN yang dikreditkan ke dalam akaunnya dipulangkan semula kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana terdapat kesilapan pada data yang sedang dikemas kini olehnya.
“Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak.”
Tambahnya lagi dia harus memulangkan wang itu kerana ada yang lebih berhak. Bukan tidak boleh diamkan diri tetapi tambahnya lagi Allah itu Maha Mengetahui.
Beliau turut berkongsi cara-cara untuk memulangkan semula wang bantuan BPN kepada LHDN.
“Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:- a) Buat draf bank atas nama akauntan negara b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26) c) Pos balik ke MOF
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.”
Menerusi satu lagi posting, Rinizan turut berkongsi foto surat rasmi yang ditulis olehnya berserta cek di atas nama Akauntan Negara Malaysia.
Beliau juga menyeru orang ramai tidak menyalahkan LHDN kerana berlaku rapat pada sistem itu perkara biasa.
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui 2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:- a) Buat draf bank atas nama akauntan negara b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26) c) Pos balik ke MOF
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.
Ternyata tindakan yang diambil olehnya mendapat pujian ramai dari warganet. Ada juga berkata bahawa ini merupakan satu tindakan yang sangat patriotik dan cintakan negara.
MASKULIN juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabar buat saudara Rinizan Razali. Semoga lebih ramai yang mencontohi apa yang dilakukan oleh beliau.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...