BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan jentera BMW K 1600 B baharu, sekali gus meluaskan lagi portfolio motosikal berkuasa tingginya di peringkat tempatan bagi segmen jelajah.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Untuk mengalu-alukan tahun yang baharu, kami berbesar hati untuk membawakan sebuah jentera yang menawan, menyelesakan lagi berkuasa tinggi sebagai pendamping bagi para pengembara di Malaysia. Dengan BMW K 1600 B baharu, para pelanggan kami dapat mengalami sendiri sebuah jentera mewah berprestasi tinggi yang sebenar, yang tidak mengkompromikan mana-mana ciri kemudahan yang sinonim dengan model-model jelajah kami.
“Jentera ‘Bagger’ baharu ini benar-benar merangkap ‘The Spirit of the Open Road’, kerana ia menjadikan setiap jalan raya, penjelajahan, dan detik – tersemat dalam ingatan anda.”
Generasi jentera ini yang terbaharu hadir bersama gaya yang tersendiri, disinambungkan dengan pengoperasian dan anjakan kuasa yang serba lancar, disumbang oleh enjinnya yang luar biasa. Menggandingkan prestasi cemerlang enjin sebaris enam silinder dengan kelengkapan dan kemudahan yang canggih, BMW K 1600 B baharu menjadikan sesi tunggangan jarak jauh anda lebih menyelesakan dan mengagumkan.
DUNIA BAHARU BMW K 1600 B
BMW K 1600 B baharu mempersembahkan bahasa reka bentuknya yang tersendiri, dirumus untuk menyusur dari destinasi ke destinasi. Didatangkan dalam warna Black Storm Metallic dan Manhattan Metallic Matte (Style Exclusive), jentera ini menggayakan cermin hadapan yang lebih singkat serta seksyen belakang yang lebih menonjol bersama indikator LED dan lampu brek pada peti sisinya.
Ads
Enjin sebaris enam silinder berwarna hitam dengan Perisai Perlindungan Enjin turut menyempurnakan imej jentera ini yang gah. Berbekalkan bar hendal tempaan yang serba istimewa, motosikal ini dapat dikemudi dengan begitu mudah.
BMW K 1600 B mencahayakan haluan yang terbentang dengan lampu hadapan LED yang menampilkan Ikon Cahaya serta Lampu Membelok Adaptif, lengkap dengan Lampu Sampingan LED dan juga Pencahaya Aras Lantai.
KEKUATAN ENJIN MANTAP
Enjin sebaris enam silinder empat lejang yang disejukkan dengan minyak/air menjadi jantung jentera ini, ia hadir bersama dua aci sesondol overhed yang terletak di atas aci pacuan, menggalang kapasiti 1,649 cc, yang mampu menjana 118 kw (160 kk) pada paras 6,750 rpm.
Ads
Nilai tork maksimum mencecah 180 Nm pada paras 5,250 rpm mampu menjana kuasa tujahan yang mengagumkan, membolehkan motosikal ini mencapai kelajuan maksimum berkadar 200km/j (180km/j jika bersertakan Panel Pemijak). Penunggang juga dapat memanfaatkan Bantuan Mengundur yang didatangkan sebagai standard.
Kadar penggunaan bahan api BMW K 1600 B direkodkan pada paras 5.9 liter bagi setiap 100 km. Dikemas kini mengikut piawaian EU-5, daya kawalan emisi akan dibekalkan melalui penukar katalitik bercabang tiga dalam sistem tertutup untuk menjana output sekitar 137g bagi setiap satu kilometer perjalanan.
Komponen alternator yang melengkapi jentera ini hadir dalam bentuk generator tiga fasa 700 W (kuasa nominal) yang dipadankan dengan bateri bebas penyenggaraan 12 V/26 Ah.
Ads
KAWALAN TERBAIK
BMW K 1600 B baharu juga menampilkan BMW Motorrad Integral ABS Pro dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), berserta dengan tiga mod tunggangan: Rain, Road dan Dynamic.
“Bagger” ini turut dilengkapi dengan fungsi kawalan brek enjin (MSR), Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Permulaan Curam (HSC), kawalan luncur elektronik, serta ESA Dinamik Generasi Baharu (dengan Pendatar Muatan Automatik) yang menjamin pengendalian serta dinamik pemanduan yang optimum. Jentera ini turut membawakan Gear Shift Assistant Pro, Bantuan Mengundur, dan Kawalan Tekanan Tayar (RDC) sebagai standard.
Penunggang BMW K 1600 B juga dapat menikmati unit komputer bersepadu yang menampilkan skrin paparan TFT berwarna 10.25 inci dengan fungsi Keterhubungan dan Navigasi Peta Terintegrasi, dikuasakan oleh aplikasi BMW Motorrad Connected, selain ruang pengecasan untuk telefon bimbit (USB-C).
Kluster empat butang yang boleh dikonfigurasi juga membekalkan keupayaan operasi yang serba intuitif, sementara sistem Tunggangan Tanpa Kunci membolehkan kenderaan ini dihidupkan dengan lebih mudah berbanding kaedah konvensional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
RODA PANAS 2 kini sudah pun memasuki episod yang keenam untuk musim tahun ini. Dalam lima epsiod lalu, RODA PANAS 2 telah menonjolkan pelbagai tema automotif berkaitan kereta dan motosikal seperti pacuan empat roda, kereta klasik, motosikal berkuasa tinggi serta tidak ketinggalam koleksi motosikal klasik.
Bagi episod minggu ini, MASKULIN yakin ramai yang tidak sabar untuk menantikan ia ditayangkan kerena tema untuk episod enam adalah drag dan drift.
Kedua-dua ‘disiplin’ sukan automotif ini cukup semakin popular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Ambil contoh sukan drift. Ia telah mula dipelopori dan dipopularkan oleh penggemar kereta di negara Jepun.
Kini ia telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa hinggakan menjadi sebahagian daripada filem aksi Hollywood. RODA PANAS 2 menjemput seorang pakar iaitu Loyai bersama keretanya, Nissan S13 dan jemputan Helmy Khalid yang merupakan pemandu kereta drift.
Dalam segmen drift ini, hos Fizo Omar menemubual mereka tentang selok-belok sukan drift yang dilihat memerlukan skil sangat tinggi. Dalam masa yang sama Fizo turut merasai sendiri berada di dalam kereta drift yang sedang beraksi!
Manakala untuk segmen drag pula RODA PANAS 2 menampilkan seorang pelumba muda yang baru berusia 21 tahun, Syahin Danial. Hadir bersama kereta Daihatsu Charade yang diubah suai untuk perlumbaan drag, Daniel turut berkongsi pengalamannya berkecimpung sejak berusia 15 tahun lagi!
Buat anda yang meminati drift dan drag inilah episod RODA PANAS yang tidak harus anda lepaskan. Anda boleh menonton RODA PANAS 2 episod 6 pada Ahad, 20 Februari 2022 jam 6 petang di saluran Astri RIA dan platform Astro GO.
Pada hari ini, BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 330i M Sport terbaru dalam versi terkini menerusi portfolio milik BMW yang dipasang di Malaysia.
Menariknya model terbaru ini dipasang di Kulim, Kedah. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, pihaknya memperkenalkan kereta sedan sport premium generasi ketujuh terlaris di dunia. Ia sekali gus menjadi penanda aras dalam segmen kenderaan berkenaan.
BMW 330i M Sport terbaru ini membawak inovasi teknologi mengagumkan seperti varian jentera yang diimport, termasuklah reka bentuk atletik yang menawan serta prestasi dinamik yang sinonim dengan sedan sport yang ikonik ini.
Ia juga dilengkapi set roda aloi ringan 18 inci dalam penggayaan dua ruji 790 M dan dwiwarna ‘Orbit Grey’ dengan tayar bercampur, angkup berwarna biru yang memaparkan logo ‘M’ pada brek M Sport, serta lampu hadapan LED adaptif yang hadir dengan teknologi ‘Bi-LED’.
Tarikan ciri luaran yang serba premium BMW 330i M Sport menampilkan gril ‘kidney’ lebih besar, set lampu belakang tiga dimensi berbentuk ‘L’ dan penggunaan kaca berkabus.
Bibir spoiler berciri aerodinamik yang dipasang di belakang berserta dua paip ekzos bersaiz 90 milimeter memberikan jentera ini kelebihan berdaya lasak.
Jentera eksklusif ini dikuasakan enjin petrol TwinPower Turbo 2.0 liter yang memecut kelajuan tertinggi 250 km/j. Ia juga berupaya untuk membuat pecutan abad dalam masa 5.8 saat.
KEKUATAN JENTERA DERUMAN
Dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini, jentera tersebut hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.4 liter bagi setiap 100 km.
Emisi karbon rendah yang berjumlah 147 g/km juga dioptimumkan melalui penapis zarahan yang dirangkumkan ke dalam sistem rawatan ekzos jentera ini.
Beratnya juga telah dikurangkan sebanyak 25kg dan mempamerkan ciri aerodinamik cemerlang dalam kelas seumpamanya.
Hadir dengan tahap keterhubungan yang tinggi serta penggayaan reka bentuk interior yang mempesonakan, BMW 330i M Sport terbaharu membawakan stereng sport berkulit M Sport dengan ciri multifungsi dan padel penukar gear serta pencahayaan interior.
Antara tarikan utama BMW 330i M Sport terbaharu ialah BMW Intelligent Personal Assistant dan Kunci Digital serta inovasi keselamatan yang ditawarkan dalam bentuk Park Assist dan Reverse Assist, yang diberikan oleh sistem Parking Assistant.
Foto: BMW Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya banyak trik yang boleh kita lakukan sendiri untuk memudahkan penggunaan kereta. Semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan bahan bajet yang ada di rumah sahaja.
Tidak dinafikan sesetengah barangan atau aksesori kereta yang dijual di pasaran mahal. Jadi dengan adanya trik ini, tak perlulah lagi anda nak membeli alatan tambahan untuk tujuan ini.
Selagi boleh berjimat, bukan ke lagi bagus! Malah trik kereta ini juga boleh menjadi penyelamat untuk keperluan kereta anda. Caranya mudah dan berkesan tapi tak ramai orang yang tahu.
Jom kita tengok 8 trik kereta ini.
1. Ubat gigi
Gunakan ubat gigi untuk membersihkan semula lampu kereta anda jika kuning dan kusam. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada lampu kereta yang kuning tadi dan gosok menggunakan span. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3-4 kali jika lampu kereta anda terlalu kotor.
2. Krim pencukur
Untuk mengelakkan cermin kereta berkabus ketika waktu sejuk, anda boleh sapukan dengan krim pencukur. Kemudian lapkan krim pencukur tadi dengn kain. Kini tiada lagi masalah berkabus yang anda bakal alami.
3. Klip kertas
Gunakan klip kertas sebagai pemegang telefon bimbit anda. Walaupun nampak tak sempurna, ia mudah untuk dibuat dan sesuai menjadi alat pengganti jika kebetulan anda terdesak untuk menggunakan GPS dan tiada alat untuk memegang telefon bimbit. Malah cara ini boleh menjadi penyelesaian segera pada permasalahan anda.
4. Kain
Bagi memudahkan anda menanggalkan pelekat kereta pada cermin tanpa meninggalkan kesan gam, anda boleh gunakan kain lembap. Caranya cukup mudah! Hanya perlu rendamkan kain ke dalam air panas dan tekapkan kain tersebut pada bahagian luar cermin. Kain yang panas itu akan memudahkan kerja anda untuk menanggalkan pelekat kereta.
5. Pengilat kuku
Jika anda dapati cermin kereta anda retak sedikit, cepat-cepat sapukan pengilat kuku di bahagian yang retak tadi. Cara ini akan menghalang retak tersebut daripada semakin teruk dan membesar sebelum anda menghantarnya ke bengkel.
6. Pengepam
Jika kereta anda kemek (tidak begitu teruk), anda boleh gunakan pam untuk mengatasi masalah ini. Caranya, pamkan bahagian kemek tersebut dan masalah anda akan selesai.
7. Penyepit baju
Wangikan baju busuk dan hapak di dalam kereta dengan cara mudah. Anda hanya perlu gunakan penyepit baju yang telah disapukan dengan minyak aromaterapi. Kemudian sepitkan di celah aircond kereta. Bau minyak aromaterapi tadi akan menyebarkan harumannya ketika aircond dipasang.
8. Lemon
Jika anda tidak cukup tidur tapi terpaksa memandu untuk urusan yang penting, bawa hirisan buah lemon bersama anda. Bila mata anda mula rasa mengantuk, letakkan sehiris buah lemon di bawah lidah. Asid pada lemon akan membuatkan mata anda segar dan anda boleh meneruskan pemanduan dengan selamat.