Tidak dapat dinafikan kenderaan empat roda kategori sport utility vehicle atau SUV kini cukup popular terutamanya golongan eksekutif. Dalam kategori SUV mewah jentera BMW X7 dikatakan di antara terbaik di pasaran.

Terbaru, BMW Malaysia memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7. Lebih menarik BMW Malaysia turut menawarkan iterasi “The President” serba baharu yang kini lebih berpandukan prestasi.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan elegan dan ruang yang luas.

Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport

Jentera yang dipasang siap di Malaysia ini juga hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard lalu memberikan sport activity vehicle (SAV) mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Lalu ia disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.

KUASA ENJIN

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan.

IKLAN

Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive.

Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport

Varian SAV premium terbaharu ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.

IKLAN

Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan – disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaharu.

DALAMAN SERBA PREMIUM

Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport

Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin.

IKLAN

Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport

Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. Malah pemilik juga masih dapat memanfaatkan fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360˚.

Jentera Famili Mewah, BMW X7 Kini Tampil Dengan Varian M Sport

Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI