![JENIS FOOT ARCH](https://cdn.maskulin.com.my/2021/02/343473-696x402.jpeg)
Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.
Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
TEKNOLOGI TERKINI
Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.
Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenapa Perempuan Tetiba Emosi Tak Bertempat,Ini Yang Lelaki Perlu Faham Tentang PMS
![Kenapa Perempuan Tetiba Emosi Tak Bertempat,Ini Yang Lelaki Perlu Faham Tentang PMS](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/5a2f0d02e044de84291151abb21b9680/pms.jpg)
Para lelaki perlu tahu tentang PMS dan wanita ini supaya anda tahu lebih awal dan peka tentang hal ini. Andai kata kamu kaum lelaki ada meminati mana-mana perempuan, ingatlah benda ni. Walaupun ada sesetengah perempuan nampak comel lote happy go lucky, jangan lupa perempuan tu pun ada dark side dia jugak yang mana … yaaa, emosional tu. Perempuan nak cuba nyorokkan part emosional dia tu, sebab kadang-kadang emosional ni jadi agen ‘penjauh’ hubungan lelaki dan perempuan. Siapa suka perempuan emosional sangat, kan?
Lelaki kena bersedialah untuk hadapinya. Hidup ni bukan indah semata-mata haha.PMS adalah sebahagian daripada perempuan. Tanda-tanda dia mungkin berbeza bagi setiap individu tapi ia tetap berlaku. Tak nafikan perempuan ni memang emosional, tapi individu itu berbeza. Perempuan cuba faham lelaki dan lelaki cuba faham perempuan. Dan perempuan sebenarnya, tak minta pun untuk jadi emosional.
Apa ITU PMS?
PMS? Shortform untuk Pre-Menstrual Syndrome. Nampak perkataan ‘mestrual’ tu, semestinya tentang perempuan dan lelaki kena tahu. Kenapa lelaki kena tahu??? Perempuan yang alaminya, bukan lelaki! Jadi, artikel ini serba sedikit mahu menjawab kenapa perempuan kadang-kadang emosi tak bertempat, tiba-tiba naik angin ke dan mungkin tempias tu kena pada lelaki.
Dalam dunia ni, ada dua jantina sahaja. Lelaki dan perempuan. Jadi, mungkin juga lebih baik kalau lelaki membaca artikel ini untuk memahami serba sedikit tentang perempuan. Alamak, pasal perempuan ke? Haha, lelaki nanti kahwin dengan perempuan jugak kan? Nanti hadaplah perangai dia masa tengah PMS.
Perempuan dan Menstruasi
Of course semua perempuan akan menstruasi. Sesama perempuan, kami hanya panggil ‘period’ atau ‘datang bulan’ atau ‘haid’. Secara normalnya, semua perempuan akan menstruasi konsisten secara bulanan. Cuma dalam kes-kes tertentu, ada yang tak datang haid secara bulanan. Secara sosial, yaa, perempuan malu nak share pasal ‘haid’ kepada lelaki. Sebab..? Sebab ….? Hmm, malu lah kot.
Haid, ia tentang pendarahan yang berlaku kepada perempuan. Tak adalah kronik macam accident tu, tapi kami kehilangan darah semasa ni. Jadi, ketika kehilangan darah tu, wujudlah kesan-kesan sampingan seperti penat, pucat, selera makan meningkat/menurun dan malas layan orang.
Dan apa pulak PMS?
Seperti yang dinyatakan di atas, PMS adalah Pre-Menstrual Syndrome yang mana berlaku kepada perempuan sebelum haid (1-2 minggu ke beberapa hari sebelum haid) atau semasa haid. Dan syndrome dia sangat BANYAK. Basically, syndrome yang berlaku ni ..
”bukan sesuatu yang perempuan nak dan perempuan pun tak pernah mintak yang dia nak jadi emosional atau dia nak jadi pemarah tapi akibat perubahan hormon yang berlaku di dalam diri, kami tak boleh ubah atau control apa yang berlaku secara total.
Perubahan emosi itu berlaku secara natural di dalam badan perempuan secara bulanan.
Tanda-tanda perempuan mengalami PMS, walaupun banyak tanda, tapi akan ada satu tanda yang dominan dan beberapa yang lain akan ikut.
Ini antara tanda-tanda semasa perempuan mengalami PMS:
- Sakit belakang/pinggang. – Tiba-tiba lenguh, hm.
- Pening kepala – Denyut-denyut kepala sampai ke malam.
- Penat – Kami perlukan air dan supplement iron banyak-banyak.
- Emosional (Ni banyak cabang)
- Depress/ Sensitif – Kalau kena marah sikit, malam tu basahlah bantal tidur.
- Kerisauan
- Moodswing – Semalam happy sangat, pastu hari ni alahai, sedih sangat pulak. Entah kenapa. Tengok video kucing comel pun ‘banjir’. Berikan perhatian lebih sikit kepada isteri/anak supaya dia menjadi lebih ceria.
- Marah – Naik angin tu macam, “Kau lebih baik jangan cari pasal dengan aku.”. Dalam hati tu kerja nak marah. Faham-faham je lah masa ni. Jangan ambil hati sangat.
- Nafsu makan menurun/naik – Eh, tak kenyang lagi? Bukan dah makan ke tadi? Esok-esok dia complain dia rasa dah gemuk. Better masa ni, jangan bagi perempuan makan banyak dan ingat-ingatkanlah dia supaya control nafsu makan.
- Craving – Haa, craving. Tiba-tiba nak makan benda pelik-pelik tu. Hm, lebih baik cari jugak makanan tu. Ada sesetengah orang teringin benda masam-masam, kejap-kejap nak makanan yang dia pun tak biasa makan.
- Berat badan naik – Ada kaitan dengan bloating
- Tumbuh jerawat 🙁 – Masa ni buat tak perasan je jerawat dia.
- Cramp perut atau senggugut – Sakit sangat! Buat air panas, beli hot paket untuk tuam pada perutnya.
- Bloating
Bloating ni panjang sikit explanation dia. Secara natural nya, perempuanlah yang mengandungkan anak dan badan dia bersedia untuk menampung bayi. Pada hari ke-14, berlaku ovulasi di dalam ovari perempuan yang mana, kalau berlaku persenyawaan antara sperma dan ovum, badan dia akan tahan air supaya cukup air untuk kandungan dan sebagainya. Jadi, perut perempuan akan buncit sedikit dari biasa dan juga muka nya akan tembam sikit akibat penahanan air.
Sekiranya tidak berlaku persenyawaan, maka di situ berlakulah perubahan hormon yang sangat mendadak di antara progesterone dan estrogen. Bila hormon tak balance, kami jadi bad mood tiba-tiba. Hormon yang control bahagian emosi seperti kegembiraan dan kesedihan pun dalam keadaan yang tak terkawal.
Perempuan dan Emosional
Kadang-kadang kami (perempuan) ni pun tak tahu nak kawal macam mana. Tapi bila ada tanda-tanda macam ni, kami tahu lah kami akan haid dalam masa terdekat. Kami emosi jugaa tapi tak tahulah nak explain macam mana. Sometimes perempuan ni nampak macam cool je, nampak lek lek je, haa tanya sikit member-member rapat dia. Dorang tahu full story celoteh perempuan yang PMS ni. Kadang-kadang PMS ni berlaku jadi lebih teruk sebab kami (perempuan) semasa haid, tak boleh menunaikan solat. Jadi, apa yang berlaku, tentulah jiwa kacau sedikit sebab kurang berzikir, baca Al-Quran pun tak, dan pengaruh syaitan tu banyak. Sebab tu, memang banyak pesanan supaya berzikir ketika ini.
Sumber : IIUMC
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
TREND: Gaya Formal Tidak Lagi Bosan Dengan Trend Terbaru Ini. Formal Yang Lebih Ceria, Menarik & Unik!
![TREND: Gaya Formal Tidak Lagi Bosan Dengan Trend Terbaru Ini. Formal Yang Lebih Ceria, Menarik & Unik!](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/eaeb513a849e25d435176c9a937f94a5/unnamedz.jpg)
Rona Beza: Dunia fesyen lelaki kali ini memaparkan sudut pandangan berbeza mengenai penggayaan formal. Mengapa harus terus menjadikan warna hitam itu sebagai warna formal? Kini semuanya bertukar arus dengan menjadikan rona terang sebagai elemen tambahan dalam rekaan bentuk formal. Padankan dengan rona yang lebih gelap untuk gaya yang elegan. Lebih unik dan versatil!
Seni Dan Grafik: Mana bisa kita ketepikan seni dan grafik dalam dunia fesyen. Penambahan elemen seni menjadikan sesuatu rekaan itu lebih mahal dan tampak mewah. Lihat saja rekaan dari jenama besar, Alexander Mcqueen dalam mempertaruhkan motif bunga dalam rekaan koleksinya. Apa yang pasti, setiap seni dan grafik yang ada pada setiap helaian rekaan memberi lebih volum dan dimensi penggayaan fesyen anda. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan formal itu sesuatu yang lebih interesting dan exciting. Bosanlah kiranya hanya bersandarkan pada fabrik baldu hitam saja kan?
New Silhouette: Rekaan yang lebih baggy juga oversized? Why not? Biarpun masih berpaksikan kepada rekaan bentuk formal, apa kata kali ini anda mencuba sesuatu yang lebih out of formal? Sebagai contoh trench-coat yang sedikit oversized bersama seluar yang lebih baggy? Mungkin agak pelik namun anda akan tampak lebih urban dan masih mengekalkan elemen kekemasan dalam penggayaan anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/Untitled-design-2024-06-06T151627.218.jpg)
Tahukah anda yang bulan Jun adalah Bulan Kesihatan Lelaki Sedunia, masa yang tepat untuk lelaki menilai semula gaya hidup mereka dan membuat perubahan positif demi kesihatan yang lebih baik. Ada beberapa tabiat yang perlu ditinggalkan untuk mencapai hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Berikut adalah lima tabiat yang perlu diberi perhatian.
1. Merokok & Vape
Merokok adalah salah satu tabiat yang paling tidak sihat dan merosakkan kesihatan. Ia dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, strok, dan penyakit paru-paru kronik. Menghentikan tabiat merokok bukan sahaja meningkatkan kesihatan diri, tetapi juga melindungi orang sekeliling daripada risiko asap rokok sekunder.
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/download-2.jpeg)
Vape atau e-rokok sering dianggap sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding merokok tradisional. Namun, kajian menunjukkan bahawa vape juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan paru-paru dan sistem kardiovaskular. Selain itu, penggunaan vape boleh menyebabkan ketagihan nikotin yang sama seperti merokok. Menghentikan kedua-dua tabiat ini adalah langkah penting untuk kesihatan jangka panjang.
2. Tidur Lewat
Kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental. Tidur yang mencukupi adalah penting untuk pemulihan tubuh, fungsi kognitif, dan kesejahteraan emosional.
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/black-man-watching-tv-bed-night_236854-51863.jpeg)
Lelaki yang kerap tidur lewat lebih berisiko mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Untuk meningkatkan kualiti tidur, penting untuk mencipta rutin tidur yang tetap, mengurangkan pendedahan kepada skrin elektronik sebelum tidur, dan memastikan persekitaran tidur yang selesa.
3. Tidak Bersenam
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/lazy-man.jpg)
Gaya hidup yang kurang aktif atau sedentari adalah faktor risiko utama untuk penyakit kronik seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Ramai lelaki yang bekerja di pejabat cenderung menghabiskan banyak masa duduk tanpa aktiviti fizikal yang mencukupi. Memastikan diri aktif dengan rutin senaman yang konsisten, seperti berjalan kaki, berbasikal, atau bersenam di gim, boleh membantu mengurangkan risiko penyakit ini dan meningkatkan kesihatan keseluruhan. Aktiviti fizikal juga membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat, meningkatkan mood, dan meningkatkan tenaga harian.
4. Makanan Tidak Berkualiti
Pemakanan yang tidak seimbang, terutama diet tinggi gula, garam, dan lemak tepu, boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lelaki perlu mengamalkan diet yang seimbang dan sihat dengan memasukkan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan protin tanpa lemak dalam pemakanan harian.
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/man-eating-fast-food-quickly.jpg)
Mengurangkan pengambilan makanan segera dan minuman bergula juga merupakan langkah penting ke arah kehidupan yang lebih sihat. Memilih makanan yang berkualiti tinggi memastikan tubuh mendapat khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik dan mengelakkan penyakit.
5. Pendam Tekanan
Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kehidupan yang sering diabaikan oleh lelaki. Tekanan, kegelisahan, dan kemurungan adalah isu-isu yang serius dan memerlukan perhatian. Pendam tekanan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal yang lebih teruk.
![Tabiat Yang Lelaki Perlu Tinggalkan Untuk Hidup Lebih Sihat & Berkualiti](https://cdn.maskulin.com.my/2024/06/istockphoto-1631657667-612x612-1.jpg)
Lelaki perlu belajar untuk mengenali tanda-tanda masalah kesihatan mental dan tidak teragak-agak untuk mencari bantuan profesional. Mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, serta mengamalkan teknik menenangkan diri seperti meditasi dan yoga, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Manfaatkanlah Bulan Kesihatan Lelaki Sedunia pada bulan Jun ini sebagai masa yang tepat untuk memulakan perubahan positif dalam gaya hidup. Menjaga kesihatan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan yang lebih cerah dan sejahtera.
BACA: Kekal Cergas Menjelang Usia 40, Dr Diddy Hirdy Kongsi Rutin Hariannya
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI