Dunia hiburan global kini memang tak dapat lari daripada pengaruh yang di bawa dari Korea Selatan. Gelombang besar dari Korea ini dikenali sebagai Hallyu.

Di negera kita sendiri sebenarnya kemunculan drama Korea sudah lama bertapak dan megumpul peminatnya yang tersendiri. Cuma mungkin anda fikir peminatnya majoriti terdiri daripada golongan wanita.

Namun anda sebenarnya silap!

Dalam tinjau terkini mendapati semakin ramai lelaki yang mula menonton drama serta program variety di Korea. Dengan kemudahan kepelbagaian saluran streaming masa kini, populariti drama Korea di kalangan lelaki didapati semakin meningkat.

Tapi adakah anda seorang penggemar tegar drama, filem dan rancangan hiburan dari Korea? Jika ada salah satu daripada petanda di bawah, maka benarlah anda ‘kaki Korea!’

1. Binge watch

Jika Anda Ada 6 Petanda Ini, Maka Sah Anda Lelaki Kaki Drama Korea!

IKLAN

Dengan adanya lambakan content secara streaming di Internet sekarang semakin mudah untuk kita menonton drama Korea. Dna kini trend menonton secara binge atau dalam istilah pasarnya menonton secara maraton banyak episod telah jadi perkara biasa. Disebabkan jalan ceritanya yang menarik korang pasti tidak sabar untuk tahu apakah yang berlaku seterusnya. Maka dari satu episod korang akhirnya menonton sampai habis dalam sekali jalan. Hebatnyaaaa!

2. Waktu tidur berkurang 

Jika Anda Ada 6 Petanda Ini, Maka Sah Anda Lelaki Kaki Drama Korea!

Ini boleh beri kesan buruk kepada korang terutamanya jika dilakukan pada hari bekerja. Tapi MASKULIN yakin anda tidak akan cuai dan lakukan seperti itu. Ramai antara penggemar drama Korea menonton aksi pelakon pujaan masing-masing pada hari minggu. Dan sepanjang cuti dua hari anda akan berkurung dalam bilik menghadap skrin TV atau komputer menonton drama.

IKLAN

BACA: Oppa Korea Ini Buktikan Hasil Luar Biasa Pembedahan Plastik Yang Ubah Kehidupan Mereka

3. Tontonan alternatif

Jika Anda Ada 6 Petanda Ini, Maka Sah Anda Lelaki Kaki Drama Korea!

Seperti yang MSKULIN nyatakan di atas, pada masa kini semakin banyak drama Korea tersedia di laman sesawang streaming. Jadi anda ada pilihan untuk menontonnya dengan menggunakan peranti seperti telefon pintar. Jadi anda akan sentiasa mencuri masa terluang untuk menonton drama Korea. Waktu makan tengahari, dalam tandas atau ketika dalam tren pasti terisi dengan menontonnya.

IKLAN

4. Semakin peka 

Apabila menjadi peminat kepada sesebuah drama, anda secara automatik akan cukup peka dengan berita tentang drama dan barisan pelakon kegemaran. Jadi apa sahaja berita tentang mereka pastinya pasti ditangkap oleh telinga anda. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti ingin diketahui. Inilah penangan drama Korea!

5. Jadi pakar Korea

Jika sebelum ini anda memang tak ambil peduli langsung tentang dunia hiburan atau gosip di Korea. Namun kini selepas menjadi ‘hantu’ drama Korea, anda terus pandai cari berita terkini di laman sesawang popular negara tersebut seperti Daum, Naver, Yonhap News dan banyak lagi.

6. Pemburu drama subtitle

Jika Anda Ada 6 Petanda Ini, Maka Sah Anda Lelaki Kaki Drama Korea!

Lecehnya menjadi penonton yang tidak tahu berbahasa Korea, anda harus menunggu episod yang tersedia subtitles bahasa Inggeris. Dan biasanya selepas drama keluar ia akan terdapat di beberapa laman web. Dan di sinilah teruji bagaimana hardcore atau tidak anda sebagai pencinta drama Korea mencari versi yang sudah ada subtitles.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI