Pada zaman dunia digital dengan segala urusan sama ada peribadi dan komersial berubah ke platform ini, antara pekara yang paling merisaukan pengguna ialah kerahsian data peribadi mereka.

Dalam beberapa minggu lalu heboh di laman media sosial membicarakan tentang aplikasi tular yang mengumpul data berbentuk wajah pengguna ke dalam pangkalan data mereka. Aplikasi tular FaceApp yang mengubah bentuk wajah penggunanya sama ada menjadi tua atau muda sangat popular. Malah cabaran online juga diraikan termasuklah oleh selebriti terkenal dalam dan luar negara.

Jika Telefon Pintar Anda Ada 7 Jenis Apps Ini, Sila Delete Sekarang!

BACA: Cara Nak Setting Aplikasi WAZE Dengan Betul Agar Tak Bawa Jalan Merepek

Tapi apa yang merisaukan ramai yang tidak sedar akan bahaya yang boleh menimpa mereka sekiranya data itu disalah gunakan. Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan peringatan dan amaran kepada pengguna tentang bahaya peranti yang bersifat intipan.

IKLAN

Menerusi sebuah posting yang dikongsi di Facebook rasmi PDRM, pihak mereka menyeru agar pengguna segera membuang 7 jenis aplikasi yang didapati melakukan intipan terhadap penggunanya menerusi pernari pintar.

7 APLIKASI BAHAYA!

Senarai aplikasi yang diumumkanoleh PDRM merupakan hasil penyelidikan ancaman keselaatan siver dari Syarikat Avast yanh berpengkalan di Republic Czech. Dan kesemua aplikasi tersebut sebelum inin boleh didapati di Google Play.

Berikut merupakan 7 aplikasi yang dianggap memberbahaya terhadap pengguna.

IKLAN

Jika Telefon Pintar Anda Ada 7 Jenis Apps Ini, Sila Delete Sekarang!

1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
2. Spy Kids Tracker
3. Phone Cell Tracker
4. Mobile Tracking
5. Spy Tracker
6. SMS Tracker
7. Employee Work Spy

IKLAN
Jika Telefon Pintar Anda Ada 7 Jenis Apps Ini, Sila Delete Sekarang!
Ilustrasi: BERNAMA

Pihak Google bertindak dengan pantas dengan menurunkan dan membuang aplikasi-aplikasi tersebut daripada Google Play. Namun menurut angka terkini sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Jika anda menggunakan peranti Android dan mempunyai salah satu aplikasi tersebut, sila padamkan daripada peranti anda sekarang!

Selain itu pengguna juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang aplikasi yang anda sendiri tidak pasti tahap keselamatan dan kegunaannya.

Sumber: Avast

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI