Kesibukan dalam dunia lakonan membuatkan pelakon popular, Nadhir Nasar, masih belum berpeluang memberikan komitmen sepenuhnya dalam mencari pasangan hidup.
Walaupun sibuk, pelakon berusia 29 tahun itu percaya bahawa jodohnya tetap akan hadir pada masa yang tepat.
“Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga bulan ini saya hanya ada dua hingga tiga hari untuk berehat. Buat masa sekarang, untuk menjadi milik seseorang agak sukar kerana jadual yang padat. Tapi saya yakin jodoh itu ada, cuma belum bertemu lagi. Tahun depan saya pun dah masuk 30 tahun, jadi saya perlu mula mencari,” katanya kepada mStar.
Nadhir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tertarik Dengan Aura Wanita Kelantan
Dalam sesi temu bual tersebut, Nadhir turut mengulas tentang satu klip video tular yang menunjukkan dirinya menyukai wanita berasal dari Kelantan.
Mengakui perkara itu, pelakon Cikgu Hiragi ini berkata aura wanita dari negeri tersebut sangat istimewa di matanya.
Ads
“Saya masih mencari wanita dari Kelantan. Saya rasa mereka ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Selain itu, mereka juga pandai memasak, jadi itu satu bonus buat saya,” katanya.
Walaupun membesar di Perak, Nadhir menyatakan bahawa dia dapat melihat perbezaan budaya antara kedua-dua negeri tersebut dan perbezaan itu membuatkan dia semakin tertarik dengan wanita dari Pantai Timur.
Kegemaran Makan Budu Jadi Salah Satu Faktor
Foto : mStar
Selain aura yang menarik, Nadhir turut mendedahkan satu lagi sebab dia ingin mencari pasangan dari Kelantan, iaitu kerana minatnya terhadap budu.
“Saya ini penggemar budu. Jadi, kalau bakal isteri saya berasal dari Kelantan, mesti dia biasa dengan makanan ini dan boleh memasak hidangan yang sesuai dengannya,” katanya sambil berseloroh.
Ads
Namun, dia mengakui masih belum mempunyai calon istimewa dari negeri itu, walaupun mempunyai ramai kenalan dari Kelantan.
Dalam pada itu, Nadhir turut menjawab mengenai spekulasi yang mendakwa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang.
Walaupun sering dikaitkan dengan beberapa individu, Nadhir memilih untuk tidak terlalu memikirkan spekulasi tersebut.
Ads
“Saya tahu ada ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan saya, tapi jujurnya saya okey saja. Cuma, saya lebih mementingkan privasi. Kadang-kadang, perkara yang tidak benar boleh menjejaskan kedua-dua pihak. Tapi saya boleh sahkan, buat masa ini spekulasi itu tidak betul,” jelasnya.
Walaupun sibuk dengan karier, Nadhir tetap percaya bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang tepat.
Apa pun, fokus utamanya tetap pada kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan peribadinya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon Intan Ladyana yang baru melahirkan bayi keduanya sempat berkongsikan satu hantaran yang mengundang tumpuan ramai.
Apa tidaknya, keprihatinan suaminya Harris Alif yang menjaganya dipuji warga maya
Seperti yang diketahui umum, Harris berusia lebih muda daripada isteri. Namun, ramai kagum melihat beliau menjaga dan menguruskan Intan yang sedang dalam tempoh berpantang.
Foto: Tangkap layar perkongsian video di Instagram @intanladyana.
Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi tidak menjadikan perbezaan usia 17 tahun antara mereka menjadi penghalang buatnya menguruskan keperluan anak dan isteri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Intan berterima kasih buat suami kesayangannya itu yang menjaganya dengan baik.
Daripada penjagaan ibu dan bayi serta anak sulung mereka, menguruskan rumah termasuklah mengemas, sehinggalah kepada menyediakan hidangan buat permaisuri hatinya itu.
“Alhamdulillah, thank you sayang @harrisalif. Always with @breakoat @inayahbeautytrading ni, lagi lagi time berpantang, boleh bantu Intan boost energy, boostkan susu badan.
“Paling penting boleh bantu untuk turunkan berat badan intan lepas bersalin ni,” tulisya dalam kapsyen.
Lelaki Muda Tapi Matang
Perkongsian tersebut meraih pujian warga maya yang mana rata-rata menyifatkan Haris bersikap lebih matang berbanding usianya.
Foto: Tangkap layar perkongsian video di Instagram @intanladyana.
Tidak kurang juga yang melemparkan pujian betapa bertuahnya Intan dikurniakan seorang suami sebegitu.
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Lagu yang bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu namun sudah tersenarai dalam carta Top 3 iTunes.
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.
Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.
Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.