Top 5 Mens Physique Men of Steel 2014, KL
Champion Mr. Physique Pasir Gudang, Johor 2014
Champion Mr. Jejaka Perkasa UTC, JB 2014
Ads
1st Runner Up Mr. Body wonderful Temerluh 2015, Pahang
2nd Runner up Mr. Badan Cantik Pelikat 2015, Bukit Jalil
Champion Mens Physique Men Of Steel 2015, KL
2nd runner up Mr. Badan Cantik Enrich 2015, Ampang
Pengertian lelaki Maskulin Merujuk kepada pembawaan dan penampilan seorang lelaki yang berciri positif, bersih, segak dan bergaya.
Motivasi Untuk memberi inspirasi kepada golongan yang masih baru menceburi bidang kecergasan.
Ads
Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil Rutin joging di tasik pada setiap pagi tanpa memakai baju selama 40 minit di bawah sinar cahaya matahari.
Bidang kecergasan menjanjikan kesihatan, kemasyhuran dan kesenangan.Pilihan anda? Kesihatan kerana ingin mengelak daripada penyakit. Kemasyhuran dan kesenangan boleh dimiliki dengan cara lain.
Idola kecergasan ingin anda cabar Faez Nick. Beliau merupakan idola saya dari dulu. Kami selalu bersaing namun kerap kali beliau mengalahkan saya.
Jurulatih kecergasan atau model kecergasan? Model kecergasan. Ini bidang baru pilihan saya selepas 5 tahun bergelar jurulatih kecergasan.
Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Rakan baik kerana boleh berkongsi maklumat dan rata-ratanya rakan baik saya merupakan gym partner. Banyak aktiviti kami lakukan bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkataan ‘rasuah’ ini kita sering dengar dari pelbagai jenis medium. Sama ada di media cetak, elektronik mahupun laman media sosial. Kadangkala sesetengah masyarakat kita mungkin tidak sedar akan betapa seriusnya jenayah rasuah. Tiada istilah pejam mata dan biarkan ia berlalu dalam budaya jahat ini kerana ia boleh meruntuhkan bukan sahaja institusi malah memberikan kesan besar kepada individu dan masyarakat.
Cuba kita fikir mengapakah pihak berkuasa sering melaungkan kempen anti-rasuah? Ini kerana impaknya sangat besar terhadap kehidupan rakyat terutamanya yang kurang bernasib baik. Pembelaan terhadap setiap lapisan masyarakat perlu dibela sebaiknya. Tiada kompromi dalam tangani rasuah.
Sebelum menyentuh impaknya terhadap individu terutamanya pada kerjaya, elok kita membicarakan tentang kesan terhadap skala lebih besar iaitu pada negara. Berikut merupakan kesan-kesan jenayah rasuah kepada negara
Sama ada mengaku atau tidak, jauh di dalam sudut hati penerima atau pemberi rasuah, hidup mereka tidak akan tenang. Wang atau hasil rasuah akan habis begitu sahaja.
MASKULIN juga mendukung kempen yang telah dijalankan oleh Sinar Harian iaitu ‘Jihat Perangi Rasuah’. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Haji Yaacob merupakan antara figura yang cukup lantang.
“Saya rasa sudah sampai masanya (untuk. bangkit banteras rasuah). Dengan pandemik Covid-19 (di mana) kita sudah terkurung selama setahun.
“Ini merupakan satu isyarat kepada rakyat di Malaysia dan seluruh dunia untuk kita perbetulkan kembali,” katanya pada program ‘Perspektif Datuk Hussamuddin Yaacub, Jihad Perangi Rasuah’ yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.
“Kalau hendak selesaikan masalah rasuah ini kita kena pergi kepada akar kepada masalah (iaitu) punca masalah.
“Punca masalahnya ialah nilai pegangan manusia. Kita perlu bermula dengan diri kita dahulu untuk dibersihkan (sebarang unsur rasuah),” katanya.
Kata jaga kita! Perangi jenayah rasush walau di mana saja.
Berikut 9 amalan paling utama dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya. Bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya!
AMALAN 1: Memotong Kuku.
Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
AMALAN 2: Membaca Surah Ali-Imran.
Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
AMALAN 3. Membaca Surah Al-Kahfi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
AMALAN 4. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w.
Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.
AMALAN 5. Membaca Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
AMALAN 6. Mandi Sunat Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
AMALAN 7. Solat Jumaat.
Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”
AMALAN 8. Berdoa Bersungguh-sungguh.
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).
AMALAN 9. Banyakkan Bersedekah.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
Moga hari Jumaat kali ini lebih banyak manafaat dan keberuntungan yang kita dapat berbanding hari-hari Jumaat yang sebelum ini. Semoga melalui usaha yang sedikit ini kita diberikan pahala yang berpanjangan dan kehidupan yang lebih tenang, inshaaAllah…
Sumber : Muahciked
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang trend bila nak raya mesti ramai designer yang akan mengeluarkan cetusan kreatif idea mereka. Seorang pereka fesyen dikritik gara-gara baju Melayu yang dihasilkannya kelihatan begitu ketat, sehingga menjadi bahan tular di media sosial. Segelintir netizen melabelkan baju Melayu rekaan Amir Kadir itu seperti ‘swimsuit’ kerana menampakkan susuk badan.
“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang,” luah seorang netizen.
Perekanya, Amir Kadir atau nama sebenarnya Amir Abdul Kadir tampil menjelaskan baju tersebut bukanlah sendat dan mahu sengaja memperlekehkan budaya Melayu.
“Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian.
“Perkara ini (baju Melayu ketat) terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.
“Effect (kesan) nya ia kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yang agak berlainan sedangkan jika dilihat pada gambar dimana dua model yang berlainan kesannya adalah normal,” katanya menerusi status di Facebook.
Baju Melayu yang tular menggunakan model yang berlainan.
Malahan di ruangan komen, Amir turut menjelaskan bahawa baju Melayu yang kelihatan sendat itu disebabkan kakitangannya memakaikan pin bagi menampakkan kesan yang berlainan menyebabkan ia kelihatan ketat keterlaluan.
“Lagi satu, masa penggambaran tu staf saya pin kat bahagian seluar… effect gambar over (keterlaluan),” tambahnya.
Posting Amir Kadir tersebut turut dimuat naik tiga gambar model berlainan yang memakai baju Melayu yang mendapat kritikan ramai itu.
Sekeping gambar adalah baju Melayu yang tular, manakala dua lagi merupakan pemakaian yang lebih longgar tanpa menunjukkan susuk badan.
Baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
Sehubungan itu, Amir berharap penjelasannya dapat melegakan hati netizen berhubung perkara sebenar.
“Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yang negatif tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya sambil menambah meminta semua pihak supaya bersangka baik.
Dalam pada itu, Amir berkata, beberapa rekaan baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
“Baju viral (tular) dan habis dijual. Terima kasih para pelanggan yang disayangi! Semua ‘bawangs’ terima kasih juga tau,” ujarnya.
Sumber : mstaronline
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.