Di kalangan peminat seni mempertahankan diri seperti mix martial art (MMA) dan juga muay thai, nama Johan Ghazali atau lebih mesra ‘Jojo’ pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Selepas sebelum ini menewaskan beberapa orang lawan menerusi One Championship, petarung negara berusia 17 tahun ini sekalu lagi menggemparkan dunia apabila menumpaskan lawannya yang jauh lebih matang dan 12 tahun lebih tua berasal dari Mexico.
LIGHTNING FAST ⚡ 17-year-old phenom Johan “Jojo” Ghazali stops Edgar Tabares in 36 seconds!#ONEFightNight17 | 🔴 Live Now
🇺🇸🇨🇦 Watch live on Prime 👉 https://t.co/duKj2fOmoS
🌍 Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings)
🌍 Also available on… pic.twitter.com/mW4Vg43hsC
Pada penampilan sulunya di aksi Primetime US, One Championship pada pagi ini waktu Malaysia, Jojo hanya memerlukan 36 saat sahaja untuk menumpaskan lawannya dengan satu tumbukan padu ke bahagian abdomen.
Ads
Rentetan itu petarung Mexico, Edgar Tabares tidak mampu lagi untuk meneruskan pertarungan dan Jojo diumumkan sebagai pemenang menerusi knockout pada pusingan pertama.
Ads
Lebih menarik, Jojo yang memulakan kariernya beraksi di ONE Championship sejak bulan Februari lalu belum pernah lagi mengalami sebarang kekalahan dalam lima pertarungannya.
Sebelum ini, dia berjaya memenangi kontrak lumayan dengan bayaran mencecah enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalah 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights sebelum ini.
Ads
Ramai pemerhati sukan ini meramalkan nama Johan Ghazali atau ‘Jojo’ akan terus mekar di seluruh dunia dengan akat hebat dimilikinya. Tidak hairanlah ramai mula membandingkan Jojo dengan petarung hebat dari Thailand, Rodthang Jitmuangnon.
Jangan lupa follow Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di sebalik kejayaan dan populariti dalam industri hiburan, Fattah Amin membuktikan bahawa nilai sebenar seorang lelaki bukan hanya terletak pada status atau kemewahan, tetapi pada bagaimana dia menghargai insan paling berjasa dalam hidupnya iaitu ibu.
Baru-baru ini, pelakon terkenal itu mencuri perhatian ramai apabila Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas segala pengorbanan wanita yang telah membesarkannya sejak kecil. Momen istimewa ini bukan sekadar kisah selebriti, sebaliknya simbol tanggungjawab dan kematangan seorang lelaki.
Momen penyerahan hadiah tersebut dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok oleh syarikat jualan kereta terlibat. Video berkenaan memaparkan reaksi terkejut dan terharu ibu Fattah sebaik menerima hadiah itu, satu detik ringkas tetapi cukup bermakna.
Keikhlasan saat tersebut membuatkan ramai tersentuh. Tanpa skrip atau elemen berlebihan, tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota itu memperlihatkan keindahan rezeki yang dikongsi bersama insan paling utama dalam hidup seorang lelaki.
Kereta yang dihadiahkan ialah sebuah Toyota Noah berwarna red mica metallic, sebuah kenderaan jenis MPV yang sinonim dengan keselesaan, keselamatan dan praktikaliti untuk kegunaan keluarga. Pilihan ini jelas bukan soal jenama semata-mata, tetapi fungsi dan keperluan seorang ibu.
Pemilihan kenderaan ini mencerminkan pemikiran matang seorang lelaki yang mengutamakan kesejahteraan keluarga berbanding simbol kemewahan. Dalam diam, Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota sebagai bukti bahawa kasih sayang tidak perlu ditunjukkan dengan gaya berlebihan.
Dalam dunia moden, definisi lelaki maskulin sering disalah tafsir sebagai kekuatan fizikal, pengaruh atau kekayaan. Namun kisah Fattah Amin mengingatkan bahawa sifat maskulin sebenar juga terletak pada tanggungjawab, empati dan keupayaan membalas jasa ibu bapa.
Tanpa perlu menunjuk kemewahan, Fattah memilih jalan sederhana — berkongsi rezeki dengan ibu tercinta. Sikap ini mengundang rasa hormat ramai, khususnya dalam kalangan lelaki muda yang melihatnya sebagai contoh lelaki berprinsip.
Menjengah ke ruangan komen media sosial, rata-rata netizen memuji tindakan Fattah sebagai lambang lelaki sejati yang tahu meletakkan keutamaan. Ramai lelaki muda turut berkongsi impian untuk suatu hari nanti mampu membahagiakan ibu bapa dengan hasil titik peluh sendiri.
Untuk rekod, Toyota Noah ditawarkan di pasaran Malaysia pada anggaran harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000 bergantung kepada spesifikasi dan varian. Namun bagi Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota itu bukan tentang angka, tetapi nilai doa dan restu seorang ibu.
Bagi Majalah Maskulin, kisah ini membawa mesej jelas bahawa kejayaan seorang lelaki bukan hanya diukur melalui kerjaya, kekayaan atau populariti, tetapi sejauh mana dia mampu menjadi anak yang bertanggungjawab, berprinsip dan tidak lupa keluarga.
Kerana pada akhirnya, lelaki yang benar-benar kuat adalah lelaki yang tidak lupa dari mana dia bermula dan siapa yang sentiasa mendoakan kejayaannya sejak awal.
Rasa bertuah kami dapat melakukan live bersama founder Malakat Mall, Raudah City dan Brainy Bunch, Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.
Coach memang aktif dalam memberi nasihat serta update-update berkenaan info peniaga-peniaga kecil dan sederhana ini melalui Ayuh Bangiktnya.
Terkini MASKULIN sempat berborak dengan coach secara santai bercerita tentang “Ke Mana Hala Tuju Peniaga Selepas PKP”. Dengarkan apa yang dikatakan olehnya…
“First sekali, kena reset intention yang betul. Pastikan niat kita untuk mencari redha Allah, jika niat yang betul Allah akan permudahkan segalanya.
“Jika hendak menjadi ushawan mesti menyelesaikan masalah yang pada masyarakat. Contoh Seperti pau, sesiapa sahaja boleh beli dan dapatkan pau kemudian boleh sejuk dan panaskan pau. Begitu juga menyelesaikan masalah orang ramai.
“Ketiga ambil risiko yang paling kecil. Jangan ambil risiko yang paling teruk. Contohnya ada RM10,000 carilah apa sahaja perniagaan yang tidak mengeluarkan modal. Jangan habiskan duit itu hanya kerana keluarkan modal, cubacari minima modal.
“Buat bisnes ‘lidi’ dahulu, maksudnya siaz nya kecil dan modalnya tidak besar. Jika dia patah, kita boleh ganti dengan yang lain dan banyakkan bisnes lidi yang lain ini. Jika kita buat bisnes yang besar, jika dia patah kita sukar nak gantikan dengan yang lain.
“Fikir modal lagi dan sebagainya, dia juga akan akibatkan kemurungan jika kita buat bisnes besar-besar ni terus. Biasakan transaksi yang kecil-kecilan dahulu.” Katanya kepada MASKULIN dalam sesi live di Facebook minggu lalu.
Menurut Coach Fadzil, dia mengakui dia membuka pelbagai perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Dan akhirnya perniagaan Brainy Bunch, Raudah Grocer dan Malakat Mall menjadi dan beroperasi sehingga ke hari ini.
Malah, Coach sempat memberi pandangannya perniagaan apakah yang akan menjadi popular selepas PKP ini…
“Kita ada share 20 jenis perniagaan yang boleh dilakukan waktu PKP dan selepas PKP. Contoh macam mask (topeng muka), pada mulanya memanglah kita fikir tak perlu beli mask, tetapi selepas PKP habis, mask mesti habis.
“Jadi untuk langkah yang akan datang pergi beli mask dan jadi dealer mask. Beli 10 kotak kerana ia akan bernilai.
“Malah, perniagaan senitasi bagunan juga akan naik. Once office buka, mesti berlumba-lumba syarikat mahu melakukan disinfeksi. Kerja ini tak susah, tetapi haruslah belajar dahulu teknikalnya.
“Malah perniagaan seperti groceries dan makanan juga diperlukan. Ini adalah antara bisness kecil yang memerlukan modal yang kecil yang bolej dijadikan sebagai bisness.” Tambahnya lagi.
Coach juga menganggap apa yang berlaku sekarang ini adalah peluang dan cukup memandangnya kea rah positif
“Pertama kali dalam kita hidup, 6 bulan tak payah bayar bank. Tak pernah berlaku! Bank diarah tak payah ambil duit dalam masa 6 bulan ini.
“Maknanya jika selama ini kita ada locationkan duit untuk bayar bank tetapi kali ini simpan duit tersebut dan gunakan duit untuk dana yang lebih penting.
“Kita perlu yakin, jangan bersedih sangat yakin bahawa Allah bersama kita dan yang ketiga inilah waktunya yang kita tidak boleh bergerak secara sendiri dan berjaya sorang-sorang. Jika seseorang itu tidak dapat membeli barang dia, kita boleh share posting dia.
Okay tak mahu cerita pajang, tengok sahaja video yang sempat dirakamkan ini….
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sabah hari ini diselubungi kedukaan dengan pemergian salah seorang pemimpin yang paling lantang dan berani memperjuangkan hak serta kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Pemergian Allahyarham yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, meninggalkan ruang besar dalam landskap politik negeri itu. Nama Bung Moktar Radin sinonim dengan perjuangan rakyat Sabah dan keberanian beliau menegakkan keadilan tanpa gentar.
Allahyarham Bung Moktar Radin, yang sinonim dengan laungan keramat “Radu Tatap Radu” atau “Lawan Tetap Lawan”, dikenali sebagai figura politik yang tidak pernah gentar menyuarakan isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah.
Kelantangan beliau merentasi isu asas kehidupan rakyat, daripada masalah infrastruktur, bekalan air bersih, jalan raya, sehinggalah kepada peluang ekonomi di luar bandar.
Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pendidikan, memiliki Ijazah Sarjana Falsafah (Analisis Polisi dan Keselamatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjalanan kerjaya dan pentadbiran Bung Moktar Radin adalah luas dan strategik. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam (Jabatan Hal Ehwal Khas Sandakan, MARA Sandakan) sebelum beralih ke arena politik.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal berturut-turut, bermula pada PRU-10, November 1999. Sepanjang khidmatnya, Bung Moktar Radin terkenal sebagai wakil rakyat yang tegas dan vokal membangkitkan isu-isu Sabah di Parlimen.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 (2020), beliau memenangi kerusi DUN Lamag dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi DUN Lamag dalam PRN Sabah Ke-17 baru-baru ini, membuktikan kepercayaan rakyat terhadap Bung Moktar Radin tidak pernah luntur.
Selain mengetuai UMNO dan BN Sabah, beliau turut pernah memegang jawatan penting seperti Pengerusi FELCRA dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA). Dalam setiap peranan, Bung Moktar Radin menekankan tanggungjawab terhadap pembangunan rakyat dan negeri Sabah.
Pemergian beliau telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, terutamanya buat rakan seperjuangannya di gelanggang politik. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Allahyarham sebagai pahlawan politik sebenar. Dalam catatan media sosialnya, beliau menulis:
“Tiada apa yang mampu diluahkan. Dalam hati kami, kamu masih hero kami… Alfatihah kepada seorang pejuang.” (In our hearts, you are still a hero to us… Alfatihah to a fighter).
Barisan kepimpinan negara turut merakamkan ucapan takziah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Datuk Seri Mohamad Sabu pula menghargai khidmat bakti Allahyarham selama puluhan tahun, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan berharap roh beliau ditempatkan bersama para siddiqin.
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.
Pemergian Bung Moktar Radin adalah kehilangan yang amat besar buat rakyat Sabah dan dunia politik Malaysia. Namun, legasi keberanian, kelantangan, dan komitmen beliau terhadap rakyat Sabah akan terus kekal sebagai inspirasi buat generasi baharu.
“Radu Tatap Radu” bukan sekadar slogan, ia adalah semangat perjuangan yang akan terus hidup dalam hati rakyat yang pernah merasai jasa dan suara lantang Bung Moktar Radin.
Al-Fatihah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.