Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak membotakkan kepalanya selepas selesai menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.
Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini
Pergi cuci kepala lepas bertahalul
Dalam video yang dikongsi di Instagram, Johan terlihat ceria dengan kepala botak selepas bertahalul dengan pergi ke kedai gunting rambut untuk membasuh kepala.
Johan Raja Lawak
Menerusi perbualan yang dirakam isterinya, Johan memaklumkan yang individu yang mencuci rambutnya dikenali sebagai Bilal berasal dari Tunisia dan menerap lebih 20 tahun di Tanah Suci.
Dia juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.
Ads
Dipuji Netizen
Perkongsian tersebut tentunya mendapat pelbagai respon daripada warganet yang kebanyakannya tertarik dengan keramahan penyampai radio Hot FM berkenaan.
Walaupun tidak menggunakan bahasa Arab yang tepat, usahanya berbual dalam bahasa Arab tetap mendapat pujian.
Ads
Johan Syampu Kepala Di Barber Shop Selepas ‘Tahallul’
Sebelum ini, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.
Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.
Melancarkan prospektus bagi syarikat Go Hub Capital Berhad (Go Hub) merupakan satu langkah cukup signifikan dalam perniagaan mereka.
Sebagai penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama di Malaysia, Go Hub kini dalam perjalanan untuk menjadi tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.
Hari ini, Go Hub mengumumkan pelancaran prospektus. Dengan pelancaran IPO yang dinanti-nantikan, mereka berkata telah bersedia untuk mencipta nama di arena awam.
Go Hub bukan sekadar penyedia penyelesaian IT biasa. Sejak penubuhannya, mereka telah menyediakan penyelesaian IT yang disesuaikan khusus untuk industri pengangkutan, terutamanya dalam segmen bas dan rel.
Tidak hanya berhenti di situ, Go Hub juga menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan terminal yang komprehensif, memastikan setiap pelanggan menerima penyelesaian terbaik dan menyeluruh.
Dengan pelancaran IPO ini, Go Hub menyasarkan untuk mengumpul RM37.51 juta melalui terbitan 107.18 juta saham baharu. Dana yang diperoleh akan digunakan untuk:
Meningkatkan usaha pemasaran untuk memperkukuh keterlihatan jenama dan meningkatkan penglibatan pelanggan melalui kempen yang disasarkan dan acara industri.
Menambah baik kecekapan operasi secara keseluruhan untuk mencapai kecemerlangan korporat.
Permohonan untuk IPO telah dibuka bermula jam 10.00 pagi hari ini dan akan ditutup pada 20 Jun 2024. Go Hub dijangka disenaraikan di Pasaran ACE pada 3 Julai 2024. Pada harga IPO RM0.35 setiap saham, Syarikat akan mencapai permodalan pasaran sebanyak RM140.0 juta.
Encik Tan Cherng Thong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Hub, berkongsi kegembiraannya, “Pelancaran Prospektus ini adalah pencapaian penting bagi Go Hub.
“Kami telah berada dalam industri pengangkutan sejak 2011, dan penyenaraian ini selaras dengan visi kami untuk memperluaskan operasi, meningkatkan penyelesaian kami, dan meluaskan jangkauan kami ke pasaran antarabangsa. Kami optimis tentang masa depan dan peluang yang dibuka oleh IPO ini.”
Pengarah Urusan Pasaran Modal UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, Encik Tan Meng Kim, turut memberikan sokongan penuh, “Dalam era transformasi digital ini, kami berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memanfaatkan peluang ini.
“Visi strategik dan kehebatan teknologi mereka memastikan pertumbuhan berterusan dan kepimpinan dalam sektor penyelesaian IT pengangkutan awam.”
Syarikat ini turut menunjukkan pertumbuhan yang konsisten, berkat kepakaran Kumpulan dalam membangun dan melaksanakan penyelesaian IT yang komprehensif.
Ia termasuklah untuk pengangkutan awam, termasuk sistem TOS, BOS dan Automated Fare Collection (AFC). Komitmen Syarikat terhadap kualiti, kecekapan, dan inovasi telah menjadikannya sebagai pembekal yang dipercayai di Malaysia.
UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Go Hub. Dengan sokongan yang kukuh ini, Go Hub bersedia untuk melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini, tajuk berita mengenai kes buli, rogol dan paling teruk kes bunuh berlaku di sekolah seolah menjadi suapan harian berita buat kita semua. Sebelum bercakap tentang peranan bapa, terdahulu kita perlu akui perkara ini semua secara tak langsung menjadi satu cerminan bahawa ada sesuatu yang rosak dalam sistem nilai dan moral masyarakat kita.
Persoalannya, di mana silapnya? Adakah pada sistem pendidikan? Institusi keluarga? Atau pada budaya moden yang kita sendiri cipta dan agungkan?
Kita selalu menuding jari ke sekolah apabila anak-anak tersasar, tetapi realitinya, pembentukan akhlak dan moral tidak bermula di pagar sekolah tapi ia bermula di rumah.
Di situlah akar nilai manusia terbentuk, di situ juga asas empati, hormat dan kasih sayang dipupuk. Sekolah hanyalah medan melatih minda. Manakala rumah pula medan membina jiwa.
Namun dalam dunia moden yang serba pantas dan berteknologi ini, persekitaran yang sepatutnya menjadi benteng emosi bagi anak-anak semakin longgar.
Tekanan hidup, ketidakseimbangan masa antara kerja dan keluarga, serta pendedahan berlebihan terhadap dunia digital menjadikan generasi muda kita keliru. Bukan hanya tentang dunia, tetapi tentang diri mereka sendiri.
Sekolah hari ini menjadi tempat anak-anak menimba ilmu dan kemahiran teknikal. Mereka belajar mengira, membaca, berdebat, dan memahami sains.
Tapi sejujurnya, pendidikan moral dan sahsiah tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru. Guru ialah pembimbing, bukan pengganti ibu bapa.
Dalam banyak kes buli dan salah laku, akar masalah sering bermula dari rumah. Ada anak yang membesar dengan bapa yang tidak hadir secara emosional walaupun ada secara fizikal.
Ada yang tidak pernah mendengar kata pujian atau nasihat penuh makna daripada seorang ayah.
Peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak amat penting kerana dari situlah nilai moral dan keteguhan jiwa anak terbina.
Kita terlalu menekankan pencapaian akademik, tetapi gagal menanam asas moral dan kawalan diri.
Lalu lahirlah generasi yang pintar dalam skor peperiksaan, tetapi kosong dalam memahami nilai kemanusiaan.
Dalam konteks pembentukan sahsiah anak-anak, khususnya remaja lelaki, peranan bapa tidak boleh diremehkan. Seorang bapa bukan sekadar pencari rezeki atau penguat kuasa disiplin, tetapi simbol kestabilan dan kekuatan moral.
Kehadirannya bukan sekadar fizikal, tetapi juga emosi, membantu membentuk cara anak melihat dunia, menilai tindakan dan menghormati orang lain.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa remaja yang rapat dengan ayah lebih cenderung mengawal emosi dan membuat keputusan matang.
Mereka kurang terdedah kepada pengaruh rakan sebaya yang negatif kerana tahu nilai diri mereka. Ayah yang melibatkan diri dalam kehidupan anak bukan hanya membantu secara akademik, tetapi juga membina empati dan keteguhan jiwa.
Ini membuktikan bahawa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak bukan sekadar penting tapi ia adalah asas kepada kesejahteraan sosial.
Namun realitinya, ramai bapa hari ini terlalu letih dengan beban kerja dan tanggungjawab sosial sehingga lupa bahawa anak tidak perlukan kemewahan semata-mata — mereka perlukan perhatian, panduan dan contoh.
Mereka tidak belajar tentang kekuatan lelaki daripada media sosial, tetapi daripada ayah yang mereka lihat setiap hari.
Kita tidak boleh menafikan bahawa cabaran zaman sekarang jauh lebih kompleks. Tekanan akademik, buli siber, perbandingan sosial dan kehilangan arah diri menjadi punca utama gangguan emosi dalam kalangan remaja.
Namun, masih ramai ibu bapa, terutamanya bapa, yang melihat isu ini sebagai “manja” atau “lemah semangat”.
Hakikatnya, kesihatan mental anak-anak adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka. Jika remaja tidak tahu cara mengurus tekanan, mereka akan mencarinya di tempat lain, mungkin melalui pemberontakan, buli, atau tingkah laku berisiko. Inilah sebab utama mengapa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak mesti diberi keutamaan dalam kehidupan moden hari ini.
Kes buli dan keganasan di sekolah bukan masalah terpencil — ia adalah simptom kepada penyakit sosial yang lebih dalam.
Rumah yang kehilangan peranan sebagai tempat membina nilai, dan bapa yang hilang dari peranan mendidik, menjadi antara punca utama.
Anak-anak tidak dilahirkan ganas; mereka dibentuk oleh dunia yang tidak stabil dan kasih sayang yang tidak cukup.
Dan selagi bapa terus menjadi figura yang hanya memberi arahan tanpa menjadi contoh, selagi itu kita akan terus membaca tajuk berita yang sama iaitu tentang anak-anak yang hilang arah. Dan kita sebagai masyarakat akan terus tertanya, “Di mana silapnya kita?”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merokok bukan sekadar tabiat; ia adalah punca utama kepada pelbagai penyakit kronik yang mengancam nyawa.
Lebih membimbangkan, kajian menunjukkan bahawa lelaki Malaysia berada di kedudukan top 10 dalam senarai perokok tegar di dunia ketika ini.
Menurut statistik yang dikongsikan oleh The Spectator Index, lelaki Malaysia berada di kedudukan ke-9 dimana seramai 42.7% lelaki di negara ini menghisap rokok.
Dalam senarai di atas, lelaki Indonesia mengungguli carta dimana seramai 70.5% lelaki negara itu merupakan perokok.
Selain Malaysia dan Indonesia, kaum lelaki dari dua lagi negara Asean iaitu Myanmar dan Thailand turut berada dalam senarai tersebut.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tembakau membunuh lebih daripada 8 juta orang setiap tahun, termasuk perokok dan bukan perokok yang mengalami 2nd hand smoke.
Merokok bukan sekadar tabiat; ia adalah punca utama kepada pelbagai penyakit kronik yang mengancam nyawa. Di Malaysia, dianggarkan 24,106 kematian setiap tahun dikaitkan dengan penyakit berkaitan merokok, termasuk penyakit jantung, strok, kanser paru-paru, dan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) .
Lebih membimbangkan, kajian menunjukkan bahawa 86.6% orang dewasa percaya bahawa merokok menyebabkan penyakit serius, namun peratusan yang tinggi masih terus merokok . Ini menunjukkan jurang antara kesedaran dan tindakan yang perlu diatasi.
Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada kadar merokok yang tinggi dalam kalangan lelaki Malaysia:
Sudah tiba masanya untuk lelaki Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mengubah naratif ini. Menjadi maskulin bukan bermakna mempertaruhkan kesihatan sendiri. Sebaliknya, kekuatan sebenar terletak pada keupayaan untuk membuat pilihan yang bijak demi kesejahteraan diri dan keluarga.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.