Dalam dunia kecergasan lelaki, larian sering dilihat sebagai aktiviti asas. Ya, ia memang asas.
Tetapi, jika anda mahu menjadi lelaki yang bukan sahaja fit, tetapi juga bermentaliti kuat dan berdaya tahan dalam setiap aspek hidup, anda perlu lari dengan strategi.
Berlari tanpa ilmu ibarat memandu tanpa peta. Ia membuang masa dan tenaga. Jika anda mahu membina stamina yang mantap, kelajuan yang meletus dan kekuatan mental yang kebal, anda perlu menguasai 5 jenis larian ini.
Ia bukan pilihan, tetapi prasyarat untuk kecergasan menyeluruh.
1. Easy Run: Tunjang Kekuatan Anda
Ini adalah asas kepada segalanya. Easy Run boleh dilakukan dengan santai pada pace yang anda masih boleh berbual.
Fungsi On-Point: Ia adalah sesi recovery aktif dan paling kritikal untuk membina stamina asas anda. Ia mengajar jantung dan paru-paru anda untuk bekerja dengan cekap tanpa tekanan berlebihan. Jangan skip Easy Run hanya kerana ia nampak mudah, di sinilah tapak kejayaan anda dibina.
2. Long Run: Ujian Mental Sebenar
Ini adalah jenis run yang membezakan lelaki yang serius dengan lelaki yang sekadar bersenam. Long Run jarak jauh pada pace yang perlahan.
Fungsi On-Point: Ia bukan hanya membakar kalori. Ia adalah medan latihan untuk mental endurance. Ia mengajar anda disiplin, adaptasi otot, dan paling penting, daya tahan mental, kemampuan untuk terus melangkah walaupun badan anda berbisik untuk berhenti.
Ads
3. Tempo Run: Selesa Tapi Mencabar
Tempo Run adalah larian pada pace ‘selesa tapi mencabar’. Ia adalah run yang membuatkan anda berpeluh dan bernafas kencang, tetapi anda masih mampu mengekalkannya dalam tempoh masa yang panjang (contohnya, 20-40 minit).
Fungsi On-Point: Larian ini secara spesifik melatih ketahanan jantung dan paru-paru anda pada intensiti yang lebih tinggi. Ia meningkatkan ambang laktat anda, bermakna anda boleh berlari lebih pantas untuk tempoh yang lebih lama sebelum menjadi letih. Ini adalah upgrade langsung kepada prestasi keseluruhan anda.
4. Interval Run: Kelajuan Meletus
Jika anda mahu lari lebih pantas, anda perlu melatih kelajuan anda. Interval Run melibatkan larian berulang (sprint) diselang seli dengan rehat pendek.
Fungsi On-Point: Ini adalah cara paling efektif untuk meningkatkan kelajuan dan VO2 max anda (kapasiti badan menggunakan oksigen). Larian ini meningkatkan keupayaan otot anda untuk menampung tekanan tinggi dalam tempoh singkat—latihan yang sempurna untuk membina power output yang diperlukan oleh setiap lelaki.
Ads
5. Hill Run: Kuasa Kaki Yang Luar Biasa
Jangan lari dari bukit; taklukinya. Hill Run adalah larian mendaki bukit atau tanjakan.
Fungsi On-Point: Larian ini adalah gimnasium tanpa alatan untuk kaki anda. Ia membantu menguatkan kaki, glutes, dan power output secara eksplosif. Larian bukit membina kekuatan yang akan diterjemahkan menjadi daya pecutan yang lebih baik di permukaan rata.
Gabungkan Semua Jenis Larian Lelaki Untuk Hasil Maksimum
Untuk menjadi lelaki yang fit secara menyeluruh, anda perlu mengintegrasikan kelima-lima jenis larian ini dalam jadual mingguan anda.
Ads
Ia bukan tentang berlari setiap hari, tetapi tentang berlari dengan tujuan. Fikirkan ia sebagai membina hardware dan software badan anda—setiap sesi larian mempunyai fungsi yang unik.
Pilih satu jenis larian dari senarai ini yang paling anda elak selama ini, dan cuba masukkan dalam latihan minggu hadapan.
Apakah jenis larian lelaki yang akan anda mula fokuskan minggu ini untuk mencapai tahap kecergasan yang baru?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Warm Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
Okay sekarang anda sudah tahu apa itu warm up. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu kita lakukan warm up sebelum mulakan larian. Apakah kepentingannya? Ikuti 7 kepentingan warm up di bawah.
Tingkatkan kadar degupan jantung atau nadi (bpm)
Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
Saiz salur darah mengembang bagi memudahkan proses penyaluran darah yang lebih efisien
Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan.
Menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung
Tingkatkan pengeluaran hormon
Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma
Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bagi memberi pelinciran sendi untuk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan
Mengurangkan kadar risiko kecederaan
Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot
Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan
Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dalam pergerakan otot
Aktifkan mekanisma pelepasan haba badan
Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan
Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot
Merangsang Sistem Saraf Pusat
Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik)
Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik)
Merangsang pemikiran untuk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot dan meningkatkan kawalan koordinasi dalam menjalankan aktiviti fizikal
Rangsang peningkatan pergerakan otot
Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur
Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; telah dibekalkan dengan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah yang efisien
Proses penceraian antara hemoglobin (sel yang mengikat oksigen) dengan oksigen berlaku dengan lebih jitu
Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan
Meningkatkan prestasi larian
Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik
Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti semua orang tahu khasiat makan pisang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu mengurangkan berat badan dan membekalkan vitamin untuk kesihatan mata, khasiat makan pisang juga boleh cegah otot kejang.
Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet. Malah para atlet telah lama memilih pisang sebagai makanan untuk mencegah dari otot kejang.
Ini kerana buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.
Terdapat 3 khasiat makan pisang yang membantu atlet kekal dalam kondisi yang baik.
Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.
2. Menjaga stamina
Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.
3. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh
Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengapa ramai orang lebih cenderung dan selesa untuk bersenam di gimnasium? Setiap orang pastinya ada sebab1 mereka yang tersendiri.
Namun MASKULIN yakin antara sebab utama ialah keselasaan yang ditawarkan oleh gimnasium. Malah ia juga lengkap dengan pelbagai kelengkapan bersenam yang boleh membantu anda melakukan senaman.
Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman juga merupakan antara faktor utama mengapa ramai memilih untuk bersenam di gimnasium.
Apa perasaan anda jika sudah kerap bersenam di gimnasium tetapi hasil yang anda perolehi tidak sepeerti yang diharapkan. Apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja. Tapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri adakah anda melakukan senaman dengan betul?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab anda mendapat hasil yang baik bila bersenam.
Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.
SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG
Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.
TAK KONSISTEN
Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.
TAK JAGA MAKAN
Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.