Acara yang cukup dinantikan penggemar aktiviti lasak, POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 kembali untuk menggegar pentas sukan.
Edisi terbaru selepas dua tahun menghilang ini menyaksikan penyertaan yang memecah rekod. Ia sekali gus dinobatkan sebagai Duathlon Terbesar Di Dunia, menewaskan London Duathlon yang memegang gelaran tersebut sebelum ini.
Peserta dari 35 buah negara ini menyaksikan ada yang datang dari Singapura, Hong Kong, Thailand dan Jepun. Peserta melakukan perlumbaan di sepanjang laluan 80km yang diadakan di Dataran Putrajaya pada 29hb dan 30hb Oktober 2022.
Hadir dengan format berlari-berbasikal-berlari, edisi ke-17 duathlon tahunan ini menyaksikan peserta berusaha sedaya upaya kudrat mereka menamatkan laluan yang mencabar.
PEMENANG
Edisi tahun ini menyaksikan Matt Smith dari Australia memenangi tempat pertama bagi kategori Elit dengan masa keseluruhan 02:40:58. Dia menewaskan atlet UAE Saud Alzaabi kurang daripada 1 saat dalam salah satu pecutan penamat cukup mengujakan.
Ads
Terdapat pelbagai kategori diperkenalkan menyasikan ia cukup meriah dengan sambutan pelbagai peringkat usia.
Keemua peserta yang berjaya menamatkan acara berbangga untuk menerima pingat dan kemeja-t serta e-sijil sebagai ganjaran dan tanda pencapaian fizikal luar biasa mereka.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kami dan juga mereka yang membantu menjayakan acara ini. Saya pasti ramai di antara anda sudah lama menanti-nantikan penganjuran semula POWERMAN yang terpaksa ditangguhkan selama dua tahun akibat pandemik.
Ads
“Namun begitu, kami berbangga untuk melihat sambutan luar biasa, dan bersama-sama membuka lembaran baharu dalam kisah POWERMAN Malaysia dengan duathlon edisi ke-17 ini,” kata Jeffrey Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia Sdn Bhd.
MELAKAR SEJARAH
POWERMAN melakar sejarah panjang selama 16 tahun di negara ini dan merupakan acara duathlon yang terulung. Malaysia telah mencatatkan kemajuan besar dalam acara sukan berlari dan berbasikal sejak 2002, lebih-lebih lagi semasa dan selepas pandemik Covid-19.
Ia juga dilihat sebagai platform terbaik untuk peminat lumba lari dan lumba basikal, untuk menguji kemahiran mereka, dengan bilangan peserta yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini sebagai bukti kejayaannya.
Ads
POWERMAN Malaysia juga berusaha mencungkil dan menyerlahkan bakat muda menerusi kategori PowerKids dan PowerTeens.
Para ibu bapa dan orang ramai bertepuk sorak di tepi jalan sambil bintang-bintang masa depan, yang berusia dari 5 hingga 17 tahun, berlari dan berbasikal bersungguh-sungguh pada hari pertama acara tersebut, seperti peserta dewasa, untuk menamatkan acara masing-masing.
Selain daripada perlumbaan, satu Ekspo tiga hari juga diadakan di ruang concourse Auditorium Cempaka Sari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai peserta industri tempatan dan antarabangsa yang memperagakan produk mereka kepada peserta dan juga para penyokong.
Di sana, peserta mendapatkan cenderahati rasmi POWERMAN serta meninjau rangkaian produk sukan dan nutrisi terkemuka seperti Shimano, Hammer Nutrition, Garmin, aminoVITAL, Potatoes USA, Lazer, N8, Rudy Project, Reynolds, Gaerne dan Coros.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya memang anda semua sudah sangat biasamendengar tentang senaman plank. Bentuk senaman ini yang mampu membikin otot-otot anda terutamanya di bahagian perut menjadi mantap, pejal dan lebih bertenaga.
Maka tak hairanlah ia kini menjadi salah satu method senaman terutamanya bagi golongan lelaki untuk menyingkirkan lemak du bahagian perut.
Antara manfaat lain plank ialah membetulkan postur badan secara keseluruhan. Namun kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 teknik plank yang boleh membantu anda mendapatkan perut yang berotot dan sekali gus boleh menguruskan perut yang mungkin boroi.
Jom ikuti beberapa plank yang anda boleh lakukan sendiri di rumah!
PLANK OUT
Gerakan ini dikenli sebagai plank out dan ia boleh menjadi ‘senjata’ untuk mengecilkan perut boroi anda. Caranya mudah sahaja, berdiri dengan kaki selebar pinggul. Bongkokkan badan hingga kedua tapak tangan menyentuh lantai.
Tanpa menggerakkan kaki dorong kedua-dua belah tangan ke depan menggunakan bantuan otot perut. Terus ulurkan kedua tangan ke depan hingga terentang menjadi posisi plank memanjang. Selepas itu seret tangan ke belakang menuju ke jari kaki hingga kembali ke posisi awal, sambil menjaga otot perut tetap kencang. Anda boleh ulang di natara 8 ke 10 kali untuk satu sesi.
ROLLING PLANK
Ini pula teknik plank yang dikenali sebagau rolling plank. Untuk lakukannya adan perlu baring telentang dengan kedua lengan terlipat di depan dada untuk menampung berat badan dan kaki tegak menapak lantai.
Paatikan perut tetap sama dan posisi kepala agar lurus sejajar dengan tulang belakang. Pindahkan berat badan anda di lengan kiri dan dorong lengan kanan ke arah belakang atas.
Kini posisi kamu seharusnya menjadi plank secara mengiring. Segera kembali ke posisi awal dan ulang langkah kedua untuk sisi sebaliknya. Selesaikan satu kali sesi gerakan plank ini dengan 10 ke 12 putaran, dengan bergantian sisi.
TWIST PLANK
Mulakan plank ini dengan lengan terentang lurus sejajar di bawah bahu, tulang belakang dan kepala juga lurus sejajar. Stabilkan badan dan otot perut, lompatkan kaki kanan ke sisi luar tubuh sambil menjaga pinggul dan bahu tak beralih di tempatnya.
Cepat-cepat kembalikan kaki kanan ke posisi awal sambil melompatkan kaki kiri ke sisi luar tubuh. Teruskan dengan kaki yang sebelah lagi. Teknik plank ini juga dipercayai mampu menghilangkan lemak di perut.
SINGLE ARM PRANK
Berlutut di lantai dengan kedua tangan menekuk tepat sejajar di bawah bahu. Angkat lutut sampai anda dengan menopang seluruh berat badan hanya di jari-jari kaki dan siku yang menekuk. Tahan badan anda dalam garis lurus dari atas kepala ke tumit.
Kemudian perlahan-lahan angkat lengan kanan dan hulurkan ke depan. Pastikan juga posisi punggung tetap mendatar. Sila bertahan selama beberapa saat dan kembali ke posisi awal. Ulangi untuk sisi sebelah lagi. Anda boleh ulang 8 ke 10 kali dengan bergantian sisi.
OPPOSITE ARM & LEG RAISE PLANK
Berlutut di lantai dengan kedua tangan menekuk tepat sejajar di bawah bahu. Kemudian angkat lutut hingga anda menampung seluruh berat badan hanya pada bahaguan jari-jari kaki dan siku yang menekuk. Tahan tubuh anda dalam garis lurus dari atas kepala ke tumit.
Angkat kaki kanan dengan lutut diregangkan sampai kaki setinggi pinggul. Di saat yang kedudukan sejajar, hulurkan tangan kiri secara lurus ke dapan di atas bahu.
Tahan posisi ini beberapa detik. Kembali ke posisi awal. Ulangi untuk sisi sebaliknya — angkat kaki kiri, ulurkan tangan kanan. Lakukan sebanyak 8 ke 10 kali dengan sisi berbeza.
Mesti anda rasa tidak selesa bila masalah perut boroi menyukarkan anda untuk mencari saiz baju atau seluar yang sesuai. Bagi yang miliki perut boroi, tak mustahil anda boleh dapatkan perut six pack.
Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam gara-gara anda tidak sempat ke gym. Inilah masalah untuk anda buang perut boroi yang dah lama menempel di perut anda itu.
Percayalah jika anda melakukan senaman 20 minit ini secara rutin, di samping makan makanan yang sihat pasti perut boroi anda boleh berubah ke six pack.
Fokus utama senaman 20 minit ini adalah untuk meningkatkan keupayaan jantung, mengaktifkan otot kaki, menguatkan otot dada (pectorolis) dan otot perut (abdominal). Jom mulakan dari sekarang!
1. Jumping Lunge
a. Senaman yang mempunyai elemen lompatan perlulah dilakukan di tempat yang lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada sendi lutut anda untuk jangka panjang.
b. Mulakan senaman ini dengan posisi lunge biasa iaitu satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Kedua-dua kaki anda hendaklah berada pada kedudukan 90 darjah.
c. Mulakan menukar kaki dengan melompat di udara. Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Pastikan chest, torso anda sentiasa tegak dan tegap.
d. Walaupun senaman ini memenatkan, ia sangat baik untuk menguatkan keseluruhan otot kaki, hip flexors dan senaman kardiovaskular apabila anda melakukannya secara laju serta diulang banyak kali.
2. Plyometrics Pushup
a. Pastikan anda melakukannya di permukaan yang kesat seperti karpet atau rumput. Elak daripada melakukan pada permukaan yang licin atau basah kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan.
b. Senaman ini sama sahaja seperti push up yang anda biasa lakukan, cuma semasa menolak tubuh badan, anda perlu lakukan dengan pantas sehingga upper body melantun sedikit ke udara.
c. Sekiranya anda melakukannya dengan pantas, ia boleh menguatkan otot (pectoralis) chest serta (deltoid) bahu.
3. Plank Single Hand
a. Planking atau bridging adalah senaman yang baik untuk kekuatan abdominal, tulang belakang (spine bone) dan memberi kekuatan mental apabila anda melakukannya dalam tempoh masa yang lama.
b. Senaman ini sama seperti plank biasa, cuma anda hanya perlu tingkatkan lagi keupayaan atau intensity dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
c. Cuba lakukan selama 30 saat untuk kanan dan kiri. Paling penting, anda perlu memastikan kaki, pinggang dan badan berada dalam keadaan selari atau sebaris.
4. Hip Raise Single Leg
a. Senaman ini bertujuan untuk memberi kekuatan abdominal, tulang belakang dan hamstring.
b. Untuk melakukan senaman ini, ada perlu menaikkan pinggang selari dengan kaki untuk tempoh 30 saat kaki kanan dan menukar 30 saat untuk kaki kiri.
c. Tingkatkan keupayaan anda dengan menambahkan masa kepada 1 minit dan seterusnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masih ingat lagi ketika darjah satu, kita diwajibkan untuk menerima suntikan BCG. Jika masih ingat, pasti bahagian kiri bahu anda anda meninggalkan kesan parut sama ada besar atau kecil.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang parut BCG, tahu tak apa itu BCG. Doktor Zubaidi Hj Ahmad menerangkan bahawa BCG merupakan singkatan perkataan Bacillus Calmette Gurrain iaitu vaksin yang mengandungi sejenis kuman lemah yang tidak menyebabkan penyakit malah merangsang sistem imum badan untuk melawan penyakit Tibi.
Sewaktu kita dilahirkan, kita sudah diberi vaksin BCG dan sekali lagi semasa umur tujuh tahun, vaksin ini diberi semula jika pada lengan anak atau diri sendiri tidak mempunyai parut.
Selain itu, suntikan ini diberikan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit jangkitan Tubercule Bacillus (TB) yang mana ia berfungsi untuk melindungi kanak-kanak daripada menyerang paru-paru serta selaput otak.
Suntikan vaksin BCG diberikan sebagai suntikan intradermal pada bayi yang baru dilahirkan. Ini bermakna jarum suntikan itu harus memasuki lapisan antara dermis dan epidermis pada kulit.
JIka suntikan itu termasuk ke dalam sedikit iaitu lapisan subcutaneous, maka selalunya akan berlaku jangkitan kuman dan membentuk nanah. Dalam hal ini, rawatan harus diberikan.
Walaubagaimanapun tidak semua bengkakan nanah itu disebabkan oleh teknik suntikan yang salah. Ia adalah sebahagian daripada komplikasi yang berlaku semasa suntikan.
Apabila seseorang itu mempunyai parut yang besar akibat suntikan BCG ia adalah lebih baik daripada seseorang yang mempunyai parut yang lebih kecil selepas suntikan BCG. Parut suntikan telah menandakan seseorang itu mempunyai dayatahan immuniti dalam tubuhnya.
Jadi jangalah risaulah jika anak kecil dan juga diri anda yang mempunyai parut yang besar kerana itu adalah perkara biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.