Saya merupakan bekas salah seorang ‘Banker’, ‘remiser’ dan pengurus agensi di salah sebuah bank tempatan. Saya telah berkhidmat dalam bidang perbankan selama hampir 15 tahun sehinggalah sekarang.
PENGASAS
Mempunyai integriti, berdedikasi, berdaya saing, kreatif dan mempunyai matlamat hidup juga berwawasan adalah daya kekuatan untuk bergelar seorang pengasas. Bukan senang menjadi seorang pengasas kerana dalam peredaran masa sekarang semua aspek di atas harus dimiliki untuk terus maju dan berjaya serta kaya raya.
JUTAWAN PADA USIA 26 TAHUN
Saya menjadi jutawan pada usia 26 tahun. Bukan untuk riak dengan memberitahu semua ini tetapi saya ingin semua pembaca di luar sana bangkit untuk mengapai title sebegini juga. Fikirkan dari sudut positif tentang kejayaan ini agar menjadi pendorong anda semua boleh berjaya seperti saya juga. Angan–angan perlu ada tetapi harus disertakan dengan tindakan. Tidak kira dalam bidang apa, anda boleh menjadi jutawan jika berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Ads
MENGAPA MELAYU HARUS BERNIAGA?
Ini soalan yang sering saya utarakan semula apabila ramai yang bertanya rahsia kejayaan saya. Perniagaan amat digalakkan dalam kehidupan termasuklah agama. Nabi pun pernah mengatakan bahawa 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Maka, dunia perniagaan ini tidak perlu dipertikaikan lagi hasilnya. Jika anda kaji sumber kekayaan orang-orang kaya di dunia, datangnya dari perniagaan.
KUNCI PERNIAGAAN
Jangan tiru bisnes orang lain. Harus dari kebolehan/minat anda sendiri.
Ads
WANG
Perkara yang tidak boleh dimainkan. Benda wajib yang perlu ada dalam kehidupan sekarang ini. Apabila bercakap mengenai kejayaan maka wang juga menjadi salah salu faktor kejayaan tersebut.
CANTIK
Saya percaya ramai di luar sana mementingkan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman. Lelaki mahupun wanita di zaman ini mementingkan penampilan mereka. Semua orang ingin nampak cantik dan keyakinan diri itu bermula dengan bentuk tubuh dan penampilan yang menarik. Semua ini adalah jawapan kenapa saya memilih dunia kecantikan untuk mengembangkan bisnes saya.
Kecantikan sebenar bukan sahaja pada luaran seseorang itu tetapi ia datang dari dalaman. Gembira dan bahagia dengan diri sendiri bagi saya adalah satu kecantikkan yang unik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sekaligus membawa aura tersebut kepada wajah dan badan seseorang.
Ads
KESEIMBANGAN DALAM DUNIA LELAKI
Saya gemar menekankan isu keseimbangan dalam hidup. Walaupun anda adalah perniaga yang tersibuk sekali pun, jangan lupa untuk mengimbanginya. Seperti saya, saya akan seimbangkan masa dengan memberi perhatian kepada keluarga, gim atau melakukan perkara yang saya gemar tetapi dalam keadaan yang santai.
Biodata & Profile:
Nama penuh:Dato’Dr Hamzaki Bin Haji Hamzah
Asal: Kelantan
Tarikh lahir:30 Mac 1977
Tahap pendidikan: Doctorate In Business Administration (Wisconsin Universiti, Amerika Syarikat )
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impian menjadi kenyataan apabila Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu telah mengaktifkan akaun Twitternya kira-kira 11 malam tadi. Belum cukup tempoh 24 jam lagi hampir 30k follower telah mengikuti Twitter beliau. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Memudahkan komunikasi dan mendekati rakyat merupakan tujuan utama beliau mencipta akaun Twitter ini.
Rata-rata rakyat menunjukkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat tweet-tweet yang bakal diberikan oleh Menteri ini yang lebih dekat dengan panggilan Mat Sabu. Dalam pada masa yang sama, Faizal Tahir juga turut mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu kerana merealisasikan impiannya untuk melihat Menteri itu punya akaun Twitter.
Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.
Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.
Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu.
Pada muka kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah bereplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga jenis tulang ini pada sekitar soket mata kita.
FAKTOR PEMBENTUKAN FAT JOWL ATAU KEJATUHAN MUKA.
Salur lymphatic yang tersumbat
Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.
Graviti
Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.
Otot yang mengembang
Otot-otot muka yang mengembang membuatkan muka tampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil. apabila pipi semakin besar ia akan membuatkan mata seakan akan tertutup. Penampilan seseorang akan merosot jika matanya terlalu kecil. Mata merupakan permata yang menyerlahkan kecantikan justeru pelbagai cara menata rias mata dicipta. Jika mata tersorok di sebalik timbunan lemak pada muka maka penampilan seseorang menjadi kurang menarik.
Kehilangan kolagen pada kulit
Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan.
Kekurangan hormon
Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.
Rawatan yang sesuai bagi fat jowls
Beberapa perkara patut di lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan simptom ini tampak ketara
Kebanyakan orang begitu takut dengan Botox. Pada pendapat mereka Botox akan memburukkan muka dan boleh mengubah paras wajah seseorang. Botox sebenarnya adalah sebuah jenama untuk satu bahan yang mengandungi Botulinum Toxin Type A. Ia mula ditemui oleh Dr. Justinus Kerner pada tahun 1820 .
Pada tahun 1950an seorang doktor dari Montreal Kanada, Dr. Vernon Brooks mendapati bahawa Botulinum Toxin Type A boleh melemahkan otot secara sementara. Pada tahun 1980an seorang doktor pakar mata, Dr. Alan B. Scott di Kanada merawat spasm kelopak mata. Beliau mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Botox, semua garis halus di sekitar mata akan hilang.
Jika seseorang mempunyai kedut muka yang kelihatan hanya ketika mengerutkan kening atau mengenyitkan mata, Botox adalah rawatan yang diperlukan. Kegunaan Botox yang paling sering adalah pada dahi, tepi mata dan sekitar mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati kedut di leher. Botox bekerja pada kedutan dalam dua cara.
Pertama, ia melemahkan otot-otot yang menyebabkan kedut. Kedua, dan faktor yang lebih penting adalah oleh kerana otot-otot yang terlibat boleh lemah, lama kelamaan pesakit akan kurang menggunakan otot ini. Dengan cara ini, Botox sebenarnya mencegah perkembangan dan pendalaman kedut. Secara ringkas Botox hanya berkesan pada kedutan dinamik. Ia bererti , kedutan yang timbul hanya akibat pergerakan otot muka.
Oleh kerana Botox hanya menghilangkan kedut yang di sebabkan oleh pergerakan otot muka, bagai mana pula kita hendak merawat kedut yang bukan di sebabkan pergerakkan otot muka?
Contoh kedut seperti ini adalah kedut di sebelah hidung atau nasolabial fold.
Cara untuk merawat masalah ini adalah dengan menggunakan filler yang bermaksud “mengisi”.
Oleh itu ia memberi “volume” kepada ruangan yang diisi. Semasa proses penuaan beberapa perkara penting berlaku kepada wajah kita yang boleh menampakkan kita lebih tua.
Pertama adalah terbentuknya pigmentasi, kedua kedut kedut mula timbul dan ketiga kehilangan “volume” isi yang menyebabkan muka kita menjadi kecut.
Filler berfungsi untuk mengisi semula ruang yang “hilang” akibat proses penuaan. Oleh itu, ia banyak digunakan di kawasan pipi terutama di tulang pipi agar pipi kelihatan lebih bulat, di bahagian dagu untuk membentuk dagu, di bahagian mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, untuk bibir yang nipis atau tidak simetri dan di bahagian hidung untuk menampakkan batang hidung.
Teknik serdev merupakan satu inovatif yang mengagumkan di dalam dunia perubatan estetik. Teknik ini mengangkat kembali muka tanpa pembedahan atau kesan parut.
Kemajuan dunia perubatan estetik dijangka lebih baik pada masa hadapan disebabkan olah kegigihan doktor melakukan penyelidikan dan meningkatkan pengetahuan.
Di Malaysia kini bidang estetik mula diterima dan ilmu estetik mula dijadikan suatu sukatan pelajaran di peringkat pakar dan dihormati.
Kita tidak perlu ragu-ragu bagi mendapatkan wajah dan tubuh badan yang cantik dan menjadi muda kembali.
Sumber : Utusan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang