Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
Ads
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
Ads
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Ads
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam Islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah
Kebaikan 2
Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.
Kebaikan 3
Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.
Kebaikan 4
Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.
Kebaikan 5
Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus. Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah. Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wajah anda boleh berubah kerana cara tubuh bertindak balas kepada pendakap. Terdapat banyak jenis pendakap, termasuk pendakap logam, pendakap seramik, pendakap lingual dan pendakap yang jelas seperti Invisalign. Itu semua mempunyai fungsi yang sama iaitu menggunakan tekanan pada ligamen periodontal.
Pendakap gigi atau rawatan ortodontik digunakan untuk membetulkan “gigitan buruk,” atau maloklusi (gigi yang penuh sesak atau bengkok). Sekiranya tidak dirawat, masalah ini boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi, sakit kepala dan sakit kepala, serta masalah bercakap, menggigit atau mengunyah.
Pendakap Gigi Mengubah Struktur Wajah
Adalah biasa bagi wajah manusia mempunyai darjah asimetri tertentu. Tetapi bagi sesetengah orang, asimetri itu sangat jelas dan sering bermula di dalam mulut. Pendakap gigi secara perlahan-lahan dan halus memulihkan simetri supaya wajah kelihatan seperti yang sebenarnya dan tanpa kecacatan.
Berikut beberapa masalah biasanya diatasi secara berkesan dengan pemakaian pendakap gigi.
Gigitan bawah (Underbite)
Underbite dicirikan oleh dagu yang menonjol yang membentuk bentuk “bulan”. Setelah gigi diluruskan, wajah kelihatan kurang cekung. Ciri-ciri wajah menjadi sedikit melembutkan, dan gigi dan bibir bersesuaian dengan lebih menarik. Diingatkan bahawa pendakap gigi tidak boleh menangani luka parah yang teruk yang disebabkan oleh abnomal struktur rahang.
Gigitan terbuka (Openbite)
Gigit terbuka menyebabkan bibir dan mulut kelihatan agak tidak teratur. Gigi yang terbuka teruk menghalang mulut daripada ditutup dan bibir tidak boleh menutup mulut sama sekali. Ini boleh menyebabkan bibir atas mencakah (flare out) dengan amat ketara. Setelah masalahnya ditangani, kawasan muka antara hidung dan dagu menunjukkan penampilan yang lebih lembut dan lebih semulajadi.
Gigitan lebih (Overbite)
Seorang yang overbite biasanya akan mempunyai bibir atas yang menonjol. Kadang-kadang bibir tidak dapat menutupi gigi. Ini adalah masalah penyelarasan biasa dan sering kali menjadi suatu yang memalukan. Overbite ini menyebabkan bibir atas keluar dan pipi kelihatan cekung. Seperti rawatan gigitan terbuka, ia pemakaian pendakap gigi mengubah cara penyesuaian rahang dan gigi dan mewujudkan ciri-ciri wajah kelihatan lebih lembut dan lebih harmoni.
Gigi bengkok (Crooked teeth)
Walaupun masalah ini kecil, ia boleh menyebabkan seseorang malu untuk tersenyum atau ketawa. Jarak pendakap gigi yang betul dan tersusun supaya pesakit tidak teragak-agak untuk mendedahkan gigi mereka.
Semasa pemakaian pendakap gigi adalah penting untuk mengekalkan diet seimbang bagi kesihatan gigi. Diet ini penting kerana pengambilan terlalu banyak makanan manis dengan boleh menyebabkan kewujudan plak di sekeliling ‘brakets’ yang boleh menyebabkan kerosakkan gigi. Elakkan juga makanan seperti bertih jagung, jagung, gula-gula getah dan apa-apa makanan yang melekit.
Sebaiknya tanya doktor gigi anda mengenai penjagaan pemakaan sepanjang pemakaian pendakap gigi supaya kebersihan mulut sentiada terjaga.
Ayah itu pelindung. Ayah itu pejuang kasih sayang. Dan ayah itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya.
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan tentang seorang lelaki yang telah mencuri perhatian ramai terutamanya warganet di Thailand di atas kasih sayang terhadap anaknya. Malah tindakannya telah membuatkan ramai terasa terharu dan sebak.
Kisah yang tular di laman media sosial Thailand tersebut menyaksikan bagaimana seorang ayah membawa anak perempuannya untuk meraikan hari jadi ke sebuah restoran shabu-shabu.
Namun dilaporkan bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk makan berdua. Jadi dia menyuruh anaknya untuk makan dan menikmati hidangan di restoran tersebut sambil dia menunggunya di luar. Ia dilakukan demi untuk menggembirakan hati anaknya yang tersayang.
DIPERHATIKAN
Walaupun begitu anak perempuannya enggan makan kecuali mereka makan bersanma-sama. Telatah dua beranak tersebut kemudian diperhatikan oleh seorang pelayan restoran tersebut yang terdengar perbualan mereka.
Pelayan tersebut kemudian segera memberitahu pemilik restoran tersebut. Kemudian pemilik restoran telah berjumpa dengan mereka dan menghalang mereka dari meninggalkan premis dan mengajak mereka makan secara percuma.
Tindakan pemilik restoran yang baik hati itu tidak terhenti di situ sahaja. Selepas mengetahui tentang hari jadi anak kepada lelaki tersebut dia segera mengarahkan pekerjanya untuk mendapatkan kek istimewa untuknya.
Sebuah hantaran dari seorang warganet di Thailand turut menceritakan bagaimana pemilik dan pekerja restoran tersebut turut menangis terharu di atas kasih sayang yang ditunjukkan oleh ayah kanak-kanak itu.
Menurut laporan Bangkok Post, pemilik restoran tersebut berkata dia dapat saksikan sendiri bagaimana kasihnya seorang ayah kepada anaknya.
Selepas selesai menikmati juadah ayah dan anak tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih dan penghargaan mereka. Satu lagi pengajaran yang berguna buat kita ialah perkara yang mungkin kecil bagi anda mungkin besar maknanya kepada orang lain seperti makan di restoran.
Tindakan pemilik restoran tersebut juga telah mendapat pujian daripada warganet. Semoga kasih sayang ini menjadi inspirasi untuk kita semua terutamanya yang bergelar ayah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perjalanan Khuzairi dalam menurunkan berat badan dari 148kg ke 72kg bukan sekadar transformasi fizikal, tetapi juga perjalanan mental dan emosi yang luar biasa.