Keadaan cuaca di sesetengah tempat ketika ini cerah pada waktu pagi, panas terik pada tengahari dan hujan lebat berserta ribut pada sebelah petang.
Untuk sebelah pagi dan tengahari mungkin kurang menakutkan tetapi apabila tiba sebelah petang, ribut yang menlanda ada kalanya sukar diduga.
Sehubungan itu, ini antara lokasi yang disarankan anda perlu elak awal-awal daripada parking kenderaan kerana berisiko tinggi :
1. Kawasan rendah
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
Ads
2. Lereng bukit
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
3. Pantai
Ads
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
4. Bawah pokok
Ads
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Rata-rata tahu bahawa menunggang skuter elektrik atas jalan raya merupakan satu kesalahan undang-undang di Malaysia.
Namun, baru-baru ini lapan orang lelaki itu dilihat selamba menunggang skuter elektrik dipercayai sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Menerusi satu hantaran di laman TikTok (@pelanggaran.trafi) menyaksikan situasi tidak menyenangkan yang berlaku di jalan raya dipercayai sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Video rakaman yang tular tersebut, kelihatan lapan orang lelaki sedang menunggang e-skuter. Mereka tidak menunggang kenderaan dua roda itu di kawasan sepatutnya tetapi di tengah-tengah jalan sambil makan angin.
Ada juga di antara mereka yang membawa skuter berkenaan sehingga ke lorong kanan jalan raya iaitu lorong untuk kenderaan memotong.
Aksi tersebut bukan sahaja berisiko membawa padah kepada diri sendiri malah boleh mengundang perkara buruk berlaku kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Selamat datang ke Malaysia. Di mana anda boleh lihat banyak benda tak masuk akal di jalan raya. Ini betul-betul next level. Benda b*doh macam ni boleh nampak kat Malaysia,” ujar si perakam video.
Buat mereka yang tidak tahu, penggunaan e-skuter di atas jalan raya adalah satu kesalahan bermula 1 Januari 2021 lalu.
Faktor utama mengapa kenderaan mikromobiliti itu dilarang digunakan atas jalan raya adalah untuk mengelak percampuran aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya sekaligus menghindari kemalangan.
Penunggang skuter elektrik yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 bagi kesalahan seterusnya atau penjara selama tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia automotif kini bergerak pantas ke arah elektrifikasi dan Malaysia menjadi saksi kepada satu lagi langkah penting dalam peralihan ini menerusi penganjuran BYD Tech Discovery Day.
Acara anjuran BYD Malaysia, DENZA serta BYD Sime Motors ini berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur, membawa rakyat Malaysia menyelami masa depan teknologi dan pemanduan lestari.
Bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, acara ini bukan sekadar pameran automotif tetapi satu perjalanan interaktif yang memperkenalkan inovasi sebenar di sebalik mobiliti elektrik. Ia turut menampilkan siri aktiviti eksklusif seperti sesi pandu uji model BYD dan DENZA, demonstrasi teknologi masa depan serta dialog bersama pakar EV tempatan.
Sebagai jenama peneraju kenderaan elektrik global, BYD terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran tempatan dengan memperkenalkan acara BYD Tech Discovery Day buat pertama kali.
Antara tarikan utama termasuk Blade Battery, e Platform 3.0, dan sistem kawalan pintar DiSus Intelligent Body Control yang digabungkan untuk menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat, responsif dan efisien.
“Saya amat teruja menyambut kehadiran rakyat Malaysia ke BYD Tech Discovery Day, satu peluang unik untuk merasai semangat dan inovasi di sebalik teknologi kami,” ujar Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao.
“Kami memikul tanggungjawab besar untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai masa depan mobiliti dan memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan potensi serta visi global dalam usaha mengurangkan suhu bumi sebanyak satu darjah. Jelajah ini bukan sekadar pameran tetapi detik penting dalam gerakan menuju masa depan yang lebih bersih dan mampan.”
Bagi Sime Motors, acara ini turut melambangkan kesinambungan hubungan strategik bersama BYD yang semakin kukuh.
“Acara ini amat bermakna bagi kami di Sime Motors. Sempena sambutan ulang tahun ke 45 kami, kami berbangga berdiri seiring dengan tujuh rakan automotif global termasuk BYD, jenama yang berkembang paling pesat dalam portfolio kami,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan.
“Dalam hanya 25 hari lagi, kita juga akan menandakan tiga tahun sejak pelancaran pertama BYD di Malaysia. Ini membuktikan kepercayaan pengguna terhadap inovasi dan nilai lestari yang dibawa oleh jenama ini,” tambahnya lagi.
Setakat ini, BYD Sime Motors mengendalikan lebih 40 cawangan di seluruh negara, disokong oleh BYD Academy, 12 pusat badan dan cat bertauliah serta gudang yang menguruskan lebih 4,000 komponen dengan kadar ketersediaan 94 peratus. Dengan lebih 24,000 pemilik BYD dan DENZA di Malaysia, jenama ini kini menjadi simbol peralihan serius negara ke arah mobiliti elektrik.
Acara tiga hari ini menjanjikan pengalaman penuh keterujaan untuk semua pengunjung. Antara tarikan utama termasuk:
Rasai sendiri kehebatan BYD ATTO 3, BYD SEALION 7, dan DENZA Z9GT menerusi cabaran Camel Bridge, Cross Axle serta aksi 360° Crabwalk di BYD Tech Discovery Day.
Temui pakar BYD dalam sesi penerangan mengenai teknologi Blade Battery, sistem pengecasan pintar dan inovasi keselamatan yang menjadi tunjang rekaan setiap model BYD.
Nikmati rebat sehingga RM20,000, peluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM38,888 dan promosi trade in khas untuk model terpilih.
Nikmati kopi percuma, ruang permainan kanak-kanak dan penebusan barangan eksklusif BYD menjadikan acara ini bukan sekadar tentang kereta tetapi gaya hidup moden yang lestari.
Dengan teknologi termaju, sokongan infrastruktur kukuh dan dedikasi terhadap pembangunan lestari, BYD serta DENZA bersama Sime Motors sedang membuka lembaran baharu dalam dunia automotif tempatan.
Acara BYD Tech Discovery Day bukan hanya mempamerkan teknologi, ia adalah simbol komitmen ke arah masa depan yang lebih hijau dan cerdas, di mana mobiliti bukan lagi sekadar perjalanan tetapi satu pengalaman menyeluruh.
Sekarang kalau cuaca panas, memang bahangnya cukup memeritkan.
Jadi tidak dapat nak dibayangkan bagaimana memandu kereta atau kenderaan berbumbung yang tidak mempunyai aircond atau penghawa dingin yang berfungsi dengan sempurna.
Tapi ada juga keadaan bila naik kereta, walau dah aircond kita tetap rasa panas. Jangan terus melulu ke bengkel. Sebelum pergi bengkel yang boleh buat poket kita rabak, elokkah kita periksa sendiri dulu masalahnya.
Kadang-kadang puncanya hanya kerana penapis penghawa dingin yang kotor, kalau penuh dengan habuk memanglah penghawa dingin jadi tak sejuk. Jadi anda boleh buat langkah ini untuk bersihkan sendiri penapis atau air filter. Jangan bimbang mudah jer, orang perempuan pun boleh buat.
Lihat foto-foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook , Erry Hashim Jebat berkenaan tips tersebut.
INFO: Air filter ini harus ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, tak perlu tukar, bersihkan saja sudah mencukupi.
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.