Inilah pepatah yang berbunyi kerana nila setitik habis susu sebelanga. Sejak kebelakangan ini hangat pula kisah sajat ni kan. Terbaru, Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik satu rakaman video menghentam Coach Yin, teman lelaki Sajat kerana menyebabkan golongan lelaki yang mengangkat berat dipandang serong oleh masyakarat.
Papagomo berkata:
Berkenaan dengan teman lelaki Sajat. Kau ni pun satu. Pasal engkau orang yang main besi dikategorikan sebagai geng kunyit.
Papagomo juga mempersoalkan Coach Yin membawa Sajat berjumpa ibunya sebelum berkahwin kerana dia dan Sajat sama jantina.
Ads
Orang Malaysia ni baik tau. Kalau kat Acheh dah kena bakar korang ni.
Papagomo menambah, golongan yang ‘main besi’ meluat dengan Coach Yin kerana ‘bercinta’ dengan seorang lelaki.
Ads
Papagomo juga meminta Sajat agar berhenti memalukan wanita dengan mengaku sebagai wanita dan menceritakan pengalaman-pengalaman seperti mengandung dan datang haid. Ia dianggap memperbodohkan wanita.
Ads
Sebelum ini, Papagomo telah membua laporan kepada Menteri mengenai Sajat, yang membawa kepada pertemuan pihak JAKIM dengan Sajat hari ini. Papagomo mendakwa merasa hairan mengapa Sajat dibiarkan berleluasa mengakui dirinya wanita tanpa ada sebarang campurtangan dari pihak JAKIM.
Di persada hiburan antarabangsa, nama Matt Rife sering dikaitkan dengan persembahan komedi stand-up yang sentiasa mencuit hati penonton. Namun, baru-baru ini, pelawak berusia 29 tahun itu telah mengambil satu langkah yang jauh daripada dunia komedi.
Ia sekali gus mencetuskan perbualan sensasi dalam kalangan peminatnya serta komuniti paranormal global. Keputusan Rife untuk membeli rumah dan koleksi artefak berhantu milik pasangan penyiasat paranormal lagenda, Ed dan Lorraine Warren, telah menempatkannya dalam peranan baharu yang tidak dijangka.
Dia kini menjadi penjaga sah kepada salah satu objek paling menyeramkan dalam sejarah, iaitu anak patung bernama Annabelle.
Pengumuman yang dibuat oleh Rife menerusi platform media sosialnya, TikTok dan Instagram, telah menarik perhatian ramai. Walaupun dikenali sebagai figura yang sering mencetuskan tawa, Rife secara peribadi merupakan seorang peminat tegar dunia paranormal.
Menurut Rife, pembelian ini bukanlah sekadar urusan hartanah biasa, tetapi merupakan satu tindakan untuk meneruskan legasi pasangan Warrens.
Langkah ini dilihat sebagai satu peralihan menarik daripada seorang yang mahir mencetuskan gelak tawa kepada seorang yang kini bertanggungjawab ke atas satu koleksi yang dipercayai menyimpan sejarah gelap dan misteri yang mendalam.
Pada dasarnya, transaksi ini melibatkan lebih daripada sekadar pembelian hartanah. Rife, bersama rakan kongsinya, YouTuber bernama Elton Castee, kini secara rasmi memegang status ‘penjaga sah’ kepada lebih daripada 750 artefak berhantu yang disimpan di dalam Muzium Okultisme Warren di Connecticut.
Walaupun mereka telah membeli rumah tersebut, Rife menjelaskan bahawa hak milik artefak-artefak itu masih dipegang oleh Tony Spera, menantu kepada Ed dan Lorraine Warren.
Ini bermakna Matt Rife dan Elton Castee bertindak sebagai pemajak yang diamanahkan untuk menguruskan koleksi tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
“Kami tidak memiliki barangan itu secara sah, tetapi kami adalah penjaga dan pengurus sah barangan tersebut,” jelas Matt dalam videonya.
Kenyataan ini penting kerana ia mengesahkan bahawa mereka tidak memiliki hak penuh ke atas artifak tersebut, tetapi bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan dan pengurusannya.
Ini adalah satu tanggungjawab yang besar, memandangkan reputasi koleksi Warren sebagai sumber kepada kisah-kisah seram paling terkenal di dunia, termasuk “Amityville Horror” dan, sudah tentu, kisah boneka Annabelle.
Di sebalik watak Patrick Wilson dan Vera Farmiga dalam filem, Ed dan Lorraine Warren adalah individu sebenar yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk menyiasat fenomena paranormal.
Mereka dipercayai telah membawa bidang demonologi dan penyiasatan hantu ke arus perdana. Boneka Annabelle, yang merupakan salah satu artifak paling menonjol dalam koleksi mereka, pada asalnya hanyalah sebuah boneka jenis Raggedy Ann biasa.
Namun, ia menjadi terkenal selepas didakwa menunjukkan tanda-tanda pergerakan sendiri, seperti yang diceritakan oleh seorang jururawat pelajar pada tahun 70-an. Sejarah ini, yang kemudiannya di dramatisasikan dalam filem, telah menjadikan boneka ini sebagai ikon seram global.
Dengan status baharu ini, Matt Rife dan Elton Castee mempunyai perancangan yang ambisius untuk rumah dan muzium Warren.
Mereka berhasrat untuk membuka rumah tersebut kepada orang ramai untuk lawatan berpandu dan yang lebih mengejutkan, mengubahnya menjadi sebuah Airbnb di mana peminat tegar boleh menginap semalaman.
Walaupun idea ini mungkin menarik bagi sesetengah pihak, ia menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan kewarasan. Seperti yang ditulis oleh Rife sendiri, “Mengapa ada orang yang waras ingin melakukan itu adalah di luar pemahaman saya.”
Strategi ini berisiko, namun berpotensi menjana keuntungan yang besar dan menempatkan semula muzium Warren sebagai destinasi utama bagi peminat seram.
Selain penginapan, mereka juga bercadang untuk mengadakan lawatan muzium bagi mendedahkan “sejarah berhantu” di sekeliling kawasan tersebut.
Dengan populariti Rife dan Castee, projek ini dijangka akan menarik perhatian ramai, lantas mengembalikan semangat penyiasatan paranormal yang pernah dipopularkan oleh Ed dan Lorraine Warren.
Bagaimanapun, pengumuman ini mendapat reaksi yang bercampur-baur daripada peminat. Terdapat segelintir peminat yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan projek ini menjadi kenyataan.
Mereka melihatnya sebagai satu peluang keemasan untuk merasai sendiri suasana misteri yang sering dilihat dalam filem. Namun, tidak kurang juga peminat yang berasa bimbang dan seram sejuk, mengingatkan Rife akan bahaya yang mungkin timbul.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penantian panjang penyokong Arsenal akhirnya berakhir apabila kelab gergasi London Utara itu sah dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2025/26 selepas kemarau selama 22 tahun.
Kepastian tersebut hadir selepas Manchester City sekadar mencatat keputusan seri ketika menentang Bournemouth baru-baru ini, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola tidak lagi mampu mengejar pungutan mata Arsenal walaupun liga masih berbaki satu perlawanan.
Ia menjadi antara detik paling emosional buat penyokong The Gunners yang sekian lama menunggu untuk melihat pasukan kesayangan mereka kembali menjulang trofi liga paling berprestij di England.
Lebih manis, kejayaan ini hadir selepas beberapa musim Arsenal hanya mampu menamatkan saingan sebagai naib juara.
Kini, penantian penuh derita itu akhirnya berakhir dengan penuh bergaya.
Walaupun kejuaraan sudah sah menjadi milik Arsenal, baki satu lagi perlawanan liga hujung minggu ini langsung tidak kehilangan seri.
Sebaliknya, aksi terakhir musim ini dijangka terus penuh emosi, drama dan intensiti tinggi.
Arsenal pastinya mahu menamatkan musim gemilang mereka dengan pungutan mata maksimum selain meraikan kejuaraan bersama penyokong dalam suasana penuh kebanggaan.
Dalam masa sama, Manchester City juga pasti mahu menutup kempen musim ini dengan positif selepas berjaya memenangi Piala Carabao dan Piala FA.
Walaupun gagal mempertahankan takhta EPL, skuad City masih dilihat sebagai antara pasukan paling konsisten musim ini dan momentum kemenangan pasti mahu diteruskan menjelang musim baharu.
Tidak hanya itu, Aston Villa juga sedang menikmati musim luar biasa selepas berjaya menamatkan kemarau 30 tahun tanpa trofi apabila muncul juara Europa League baru-baru ini.
Kejayaan tersebut sekali gus menghidupkan kembali aura Aston Villa sebagai antara pasukan tradisi besar England yang kini semakin kembali memberi saingan di pentas Eropah.
Selain perebutan kejuaraan, minggu terakhir EPL juga terus hangat dengan persaingan merebut slot ke UEFA Champions League dan Europa League musim depan.
Dalam satu malam, kedudukan liga boleh berubah hanya dengan satu jaringan.
Sebab itu, aksi minggu terakhir EPL selalunya menjadi antara malam paling dramatik dalam kalender bola sepak dunia.
Buat peminat bola sepak sejati, inilah masa terbaik untuk menikmati sendiri suasana penuh debaran bersama komuniti penyokong lain.
Dan untuk pengalaman paling meriah, Astro BizOne Watch Party powered by AstroBiz pastinya menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan aksi penutup EPL musim ini.
Menariknya, Astro BizOne Watch Party powered by AstroBiz minggu ini berlangsung di tiga lokasi pilihan melibatkan aksi tumpuan Arsenal dan Manchester City.
Bagi penyokong Manchester City dan Aston Villa, anda boleh hadir ke:
Sideline, Kuala Lumpur
Lot 7, Lorong Utara (B), Jalan Utara
46200 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: @sideline.kl
Perlawanan: Manchester City vs Aston Villa
Manakala buat penyokong Arsenal yang mahu meraikan kejuaraan bersama komuniti peminat lain, dua lokasi disediakan iaitu:
Lot PT 844, Gurney Drive
Bandar Tanjong, 10250 George Town, Penang
Instagram: @picklebythesea
Perlawanan: Crystal Palace vs Arsenal
Semua watch party akan bermula seawal jam 10 malam sebelum sepak mula rasmi pada jam 11 malam.
Menonton bola sepak bersama komuniti peminat lain memberikan pengalaman yang sangat berbeza berbanding menonton sendirian di rumah.
Sorakan gol, reaksi spontan penyokong, debaran ketika VAR dan emosi sepanjang 90 minit permainan menjadikan watch party sebagai satu pengalaman yang lebih hidup dan immersive.
Tambahan pula, aksi minggu terakhir EPL selalunya hadir dengan kejutan yang sukar dijangka.
Dalam satu malam, emosi penyokong boleh berubah berkali-kali bergantung kepada keputusan semasa liga.
Sebab itulah Astro BizOne Watch Party powered by AstroBiz bukan sekadar tempat menonton bola sepak, tetapi platform untuk peminat berkongsi keterujaan dan menikmati pengalaman bola sepak sebenar secara lebih dekat.
Di sebalik kemeriahan watch party ini, AstroBiz sebenarnya memainkan peranan besar membantu perniagaan tempatan khususnya dalam industri F&B meningkatkan visibility dan capaian pelanggan.
Sebagai pemegang hak rasmi siaran Liga Perdana Inggeris di Malaysia, Astro mempunyai akses eksklusif kepada kandungan EPL yang menjadi tarikan utama peminat bola sepak.
Melalui Astro BizOne Watch Party powered by AstroBiz, rakan F&B AstroBiz bukan sahaja berpeluang menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka, malah turut menerima pendedahan menerusi pelbagai platform media Astro.
Ini termasuk promosi melalui radio, media sosial, portal berita, kempen digital serta ekosistem Astro Rewards yang mempunyai capaian pengguna sangat besar di Malaysia.
Secara tidak langsung, kerjasama bersama AstroBiz membantu meningkatkan awareness sesebuah premis dan membuka peluang untuk menarik pelanggan baharu secara lebih konsisten.
Apa yang membezakan AstroBiz ialah pendekatan mereka yang tidak hanya tertumpu kepada siaran sukan semata-mata.
Sebaliknya, AstroBiz mahu membantu perniagaan tempatan membina engagement lebih kuat dengan pelanggan menerusi pengalaman hiburan dan komuniti.
Melalui watch party seperti ini, premis F&B bukan sahaja menjadi tempat makan dan minum, tetapi berubah menjadi social hub untuk komuniti peminat sukan berkumpul.
Ini memberi nilai tambah besar kepada pengalaman pelanggan sekaligus membantu meningkatkan traffic premis terutama pada hujung minggu atau malam perlawanan besar.
Buat pemilik perniagaan F&B yang mahu mengembangkan lagi jenama mereka, sekarang mungkin masa terbaik untuk bekerjasama bersama AstroBiz.
Dengan kekuatan platform Astro merangkumi TV, radio, digital dan media sosial, potensi pendedahan yang diterima mampu membantu sesuatu perniagaan berkembang dengan lebih pantas dan efektif.
Tambahan pula, bola sepak sememangnya antara kandungan hiburan paling besar dan mempunyai komuniti penyokong sangat aktif di Malaysia.
Jadi tidak hairanlah Astro BizOne Watch Party powered by AstroBiz kini semakin mendapat perhatian ramai sebagai platform hiburan sukan dan pemasaran komuniti yang cukup berpotensi.
Dan dengan minggu terakhir EPL bakal berlangsung hujung minggu ini, suasana dijangka jauh lebih meriah daripada biasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my dan jangan lepaskan peluang untuk turut serta!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menikmati makanan enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Mana tidaknya, perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini dan bukannya makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.
Jika ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.
Bentuk struktur seperti kristal
Banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu dari struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing akibat masalah kekurangan air dalam tubuh badan manusia.
“Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik, yang mana mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.
“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadang kala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter). Ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak.
Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor, pendarahan dan pendarahan dalam kencing, malah jika dibiarkan boleh mengakibatkan maut.
“Meskipun tidak banyak kes kronik yang menyebabkan kematian, penyakit ini jika dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit kritikal lain seperti kanser prostat sekali gus meningkatkan risiko kes kematian.
Lebih ramai pesakit lelaki
Tambahnya, masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.
Fakta itu dibuktikan menerusi kajian global yang melaporkan tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang disebabkan gaya hidup.
“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari sekali gus menyebabkan berlaku dehidrasi. Selain itu, gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang mengalami kegemukan dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca mereka mendapat batu karang,” katanya.
Selain itu, saluran air kencing lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan itu, namun risiko berkenaan boleh dikurangkan jika mereka mengubah gaya hidup.
“Apa yang penting, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.
Kencing bernanah
Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan batu karang besar yang menyebabkan buah pinggang atau saluran buah pinggang tersumbat. Air kencing bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.
“Jika seseorang itu mengalami kencing berdarah, air kencing kotor, sakit di kawasan pundi kencing, wujud butiran pasir di dalam air kencing dan demam serta badan menggigil, kebarangkalian individu ini menghidap penyakit ini adalah tinggi.
“Jika ada gejala ini, jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan),” katanya.
Bagi pesakit yang mempunyai saiz batu karang kecil, mereka perlu minum air dengan banyak selain perlu mengambil ubat tahan sakit dan ubat untuk menghancurkan batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.
“Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing,” katanya.
INFO
Jenis batu karang
– Kalsium
– Asid urik
– Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
– Cystine
Faktor risiko
– 10 peratus daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang
– Kerap berlaku di negara bercuaca panas
– Gaya hidup yang kurang aktif
– Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
– Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
– Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang
– Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang
Gejala
– Kencing berdarah
– Sakit belakang/kawasan pundi kencing
– Wujud butiran pasir di dalam air kencing
– Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
– Demam dan badan menggigil
– Kencing kotor
Rawatan Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)
– Kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan
– Membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang
– Kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing
– Sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X
– Pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan
– Rawatan pesakit luar
Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)
– Pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang
– Tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound
Litotripsi Ureteroskopi (URS)
– Pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang
– Kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang
– Batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara
pneumatik atau laser melalui skop
Vesikolitotripsi
– Pembedahan untuk memecahkan batu karang di pundi kencing
– Kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga untuk memecahkan batu karang
Pencegahan
– Banyakkan minum air
– Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa kepada risiko pembentukan batu karang
– Protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan adalah kira-kira 150g sehari
Makanan yang menggalakkan pembentukan batu karang
– Kacang tanah, walnut, gajus, kacang dal
– Ikan bilis, ikan sardin
– Bayam, cendawan
– Organ dalaman haiwan, daging merah
– Makanan laut seperti kerang, ketam dan udang
– Kentang, keledek
– Teh, coklat, soya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.