Jika kita sebut tentang ayam goreng apakah antara jenama makanan yang akan terlintas di minda? MASKULIN yakin majoriti daripada anda akan terus terbayang dengan keenakan serta aroma harum ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC).
Suatu ketika dahulu, KFC merupakan restoran yang cukup dihargai oleh generasi-generasi terdahulu. Ia pasti jadi pilihan untuk sambutan hari jadi atau apabila dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Namun sesuai dengan peredaran zaman, KFC kini menjadi restoran yang sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian penduduk di Malaysia.
Tapi pernahkah anda berdepan dengan situasi mendapat pesanan ayam goreng yang saiznya sangat kecil. Kalau sebelum ini anda fikir hanya mampu mengeluh di laman media sosial sahaja.
Tapi sebenarnya tahukah anda bahawa terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk elak perkara seperti itu berlaku.
BACA: Digelar Captain Marvel, Pilot Jelita Ini Tular Kerana Layan Lagu Rock Dalam Kokpit
Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Firdaus Jailan yang mengatakan dirinya bekas pekerja KFC memuat naik perkongsian apa yang boleh pengguna lakukan jika dapat ayam saiz kecil.
Ikuti perkongsian yang cukup bermanfat daripada beliau di bawah;
Sebagai seorang bekas pekerja KFC yang bangga dengan kerjayanya, saya ingin maklumkan apakah tindakan yang boleh dibuat jika dapat ayam saiz kecil seperti ini.
Jika makan di restoran:
1 . Jangan sentuh ayam itu.
2. Terus bawak pergi kaunter untuk tukar sehingga kita puas hati.
3. Jika tak puas hati minta refund.
Jika take away atau drive thru:
Terus check depan mereka,
minta pinjam penyepit untuk
check ayam terutamanya wing
dan drumstick.
Nak lebih senang, minta
mereka letak wing dan peha
dibahagian atas masa bungkus.
Senang nak check.
Minta tukar serta merta jika
dapat jenis kecil atau kita
tak puas hati saiznya.
Biasanya masalah macam ni
terjadi sebab :
1. Staff yang cuci ayam tak ikut
prosedur.
2. Staff yang masak ayam tak ikut
prosedur.
3. Staff yang racking ayam
tak ikut prosedur.
4. Staff yang served ayam
tak ikut prosedur.
Ada 4 lapis SOP yang dilanggar
sehingga pelanggan dapat kualiti
ayam yang macam ini.
Kalau ikut standard KFC,
ayam ini tidak akan diproses
langsung oada Stage yang
pertama.
Sekian pencerahan.
Perkongsian asal di Facebook:
Semoga perkongsian saudara Mohd Firdaus ini boleh memberikan manfaat serta kepuasan buata anda yang ingin menikmati ayam goreng KFC!
Kredit: Mohd Firdaus Jailan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI