Mengikut kajian, ayah yang supportive, caring dan penyayang ni akan memberikan efek baik pada :

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

  1.  Kognitif anak
  2.  Akademik anak
  3.  Emosi anak
  4.  Rasa yakin diri anak
  5.  Dan banyak lagi

 

5 Cara Mudah ‘Bonding’ Antara Ayah & Anak:

1. Tukar lampin bayi

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

Nampak simple tapi benda ni akan menguatkan ikatan emosi antara si ayah dan baby yang baru lahir. Kesusahan si ayah menukar lampin anaknya la nanti yang membuatkan si ayah lebih menghargai kelahiran anaknya sendiri.

2. Sesekali suap anak makan

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

IKLAN

Suap anak sendiri mengajar suami kita erti empati. Setiap anak mempunyai kemahuan yang berbeza. Ada yang nak suka disuap nasi kosong, ada yang suka disuap nasi dengan kicap, ada yang suka disuap nasi dalam kuantiti yang sedikit, ada juga yang suka dalam kuantiti yang banyak.

Semua benda ni membuatkan si ayah jadi lebih sensitif dengan kemahuan dan keperluan anak anaknya.

3. Tidurkan anak

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

Setiap rengekan anak membawa maksud yang berbeza. Ada rengekan lapar, ada rengekan tak selesa, ada rengekan kembung perut dan ada rengekan mengantuk. Semua rengekan tu melatih si suami mengenal emosi dan komunikasi anaknya sendiri. Ayah yang mengenal baik anaknya sendiri pastilah akan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat nanti.

IKLAN

4. Latih diri berikan minimum 8 pelukan sehari kepada anak

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

Nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, seorang anak perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar.

5. Jauhkan smartphone bila berhadapan dengan anak

Kalau Nak Anak Bijak & Minda Berkembang Dengan Baik, Ayah Perlu Mainkan Peranan

IKLAN

Emosi anak mudah tercedera dan merasa dipinggirkan bila si ayah memilih screen-contact berbanding eye-contact bila berhadapan dengan anaknya. Tabung emosi anak kita sangat mudah berkurang dan bocor bila kita larut dalam kesibukan harian, kurang ciuman dan pelukan, balik kerja dengan membawa stres dan bebanan dan suasana rumahtangga yang kaku dan penuh tekanan.

Padahal yang anak perlukan daripada seorang ayah adalah tatapan mata ( eye contact ), pelukan dan pujian daripada sosok seorang ayah untuk memenuhkan tabung emosinya supaya anak kita lebih stabil jiwa dan emosinya. Mak ayah pun lebih kurang tekanan bila anak anak stabil emosi, jiwa dan perasaan. Yang saya perasan, ramai sangat tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu pada mak ayah ataupun pasangan yang belum tahu ye.

Selamat mencuba dan semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan bijak.

 

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI