
Pasti setiap lelaki mengidamkan otot berurat kerana ia melambangkan kejantanan dalam diri seorang lelaki. Selain buat member cemburu bila anda miliki otot berurat, boleh juga buat wanita merenyam melihat tubuh anda yang sebegitu.
Sebenarnya perkara ini biasa kerana wanita juga miliki tarikan yang serupa cuma tempatnya berbeza dan tidak sama seperti lelaki.
Untuk memastikan anda dapat otot berurat sebelum menjelangnya Hari Raya, pastikan anda berusaha keras sepanjang bulan puasa ini. Tidak mustahil dalam tempoh 30 hari, anda boleh miliki otot berurat sebagaimana yang anda impikan.
Jadi MASKULIN ingin pastikan anda master 4 senaman ini melalui senarai yang kami kumpulkan.
BACA: 4 Workout Ini Bantu Lelaki Untuk Dapatkan Otot Dada Bidang & Seksi, Boleh Buat Di Rumah Je
1. Bangkit tubi

Sama seperti tekan tubi, buat gerakan ini 20 kali pada peringkat permulaan. Pastikan anda dapat rasa tegang di bahagian perut untuk hasil yang berkesan.
2. Tekan tubi

Buat tekan tubi sebanyak 20 kali sehari pada peringkat permulaan. Cuba curi-curi masa anda mungkin selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi.
BACA: Ini Adalah 15 Jenis Makanan Yang Sesuai Ketika Diet, Makan Banyak Pun Tak Gemuk!
3. Squat jump

Untuk gerakan squat jump pula, buat sebanyak 30 kali. Squat jump dapat menguatkan otot jantung selain melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
4. Pull up

Pull up akan menguji bagaimana anda dapat mengimbangkan tubuh anda selain menunjukkan tubuh anda sudah bersedia untuk mengangkat beban. Buat pull up sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali untuk peringkat awal.
Buat gerakan ini setiap hari dalam paling kurang 3 set. Misalnya, anda boleh lakukan pada waktu pagi, petang serta malam.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hubung Kait Larian Marathon & Risiko Serangan Jantung

Larian jarak jauh kini menjadi cabaran yang cukup popular di kalangan orang-orang muda dan juga golongan pertengahan umur.
Bermula dengan jarak yang dekat, seseorang yang semakin aktif akhirnya pasti tercabar untuk berlari pada jarak yang lebih jauh. Dan tiada jarak yang paling mencabar melainkan larian marathon.
Ramai mengetahui bahawa membina stamina untuk melakukan larian jarak jauh seperti full marathon bukanlah satu kerja yang senang. Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi dari segi fizikal dan mental.
RISIKO ATAU TIDAK?
Namun sejak kebelakangan ini muncuk persoalan akan kesan marathon terhadap kesihatan jantung atau risiko berdepan cardiac arrest (serangan jantung).
Kita ambil contoh seorang lelaki yang mungkin berusia pertengahan umur. Menurut laporan dari The New York Times, larian marahon boleh meningkatkan risiko serangan jantung dalam jangka masa pendek namun secara keseluruhannya ia juga boleh merendahkan risiko tersebut dan juga masalah jantung lain.
Ini berdasarkan daripada statistik pakar kadiologi sukan. Secara umumnya latihan berbentuk endurance atau ketahanan merendahkan risiko untuk seseorang berdepan risiko penyakit janutng. Ini merupakan kenyataan daripada Dr. Paul D. Thompson yang merupakan profesor di Hartford Hospital, Connecticut, Amerika Syarikat.
Jelasnya lagi, melakukan senaman semata tidak mampu menghalang secara total risiko penyakit jantung.

GOLONGAN PALING TERDEDAH
Apa yang lebih menarik risiko bagi seorang pelari meningkat jika dia melakukan larian berlumba atau memecut. Dianggarkan seorang daripada 100,000 pelari marathon berdepan dengan masalah serangan jantung.
Dan insiden risiko begini akan meningkat hampir dua kali ganda iaitu 1 dari setiap 57,000 pelari kompetitif. Ini mungkin disebabkan faktor dalaman yang lain seperti stres dan keseronokan melampau.
Golongan lelaki pertengahan usia merupakan yang paling berisiko, ini berdasarkan data daripada sbeuah kajian pada tahun 2012.
Jadi buat anda yang usia sudah hampir atau sudah memasuki pertengahan usia, berhati-hatilah ketika berlari. Jika berdepan simptom seperti sakit dada, sesak nafas, rasa kebas di bahagian bahu kiri atau rahang atau kepenatan melampau sebelum dan selepas melakukan larian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lengkap Vitamin C, Lelaki Nampak Segak

AKTIFKAN ANTIOKSIDAN
Seorang saintis terkenal, Dr Lester Packer menyatakan bahawa di antara punca penyakit kronik zaman moden kini disebabkan oleh kerosakan sel-sel dan dinding pembuluh darah akibat serangan radikal bebas.
Penyakit-penyakit seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikaitkan dengan kerosakan sel-sel oleh radikal bebas ini.
Punca radikal bebas yang tinggi adalah daripada faktor luaran seperti pencemaran air, pencemaran udara , bahan pengawet makanan, radiasi, stres, toksin, pancaran sinar ultra ungu (UV) dari matahari dan merokok.
Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas setiap hari selama bertahun-tahun lamanya, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit kronik.
Radikal bebas juga menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, kusam, masalah pigmentasi dan kasar.
Di sinilah peranan vitamin C yang amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas.
Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.
Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan di antara pengambilan vitamin C dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.
Sebagai bahan antioksidan, vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh manusia akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas.

KECANTIKAN KULIT
Di antara fungsi utama vitamin C ialah penghasilan kolagen dalam tubuh manusia.
Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti saluran darah, tendon, ligamen, tulang, gigi, rambut dan kulit.
Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut, tulang rapuh, gigi mudah tercabut, rambut gugur dan mudah putus serta mudah berlaku pendarahan di bawah kulit.
Dengan mengekalkan integriti tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah, berseri, mengurangkan kesan-kesan jeragat dan bintik-bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur dan kudis (ulser) yang kronik.
PENYAKIT KRONIK
Ia membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam penghasilan hempedu oleh hati, jadi ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang pundi hempedu.
Terdapat kajian yang menunjukkan vitamin C membantu mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.
Dengan itu, ia membantu mencegah mendapan kolesterol pada dinding saluran darah yang menyebabkan saluran darah menjadi keras (arteriosklerosis).
Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar (strok) dan mengawal tekanan darah tinggi.
Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C secara konsisten mampu mencegah penyakit buta akibat masalah ‘katarak’ pada kanta mata, selain membantu dalam proses nyah-toksin (detoksifi kasi) logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya di dalam tubuh manusia.
Tidak hanya itu, vitamin C juga penting dalam fungsi saraf dengan membantu menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter) dan hormon norepinefrina yang amat penting dalam fungsi saraf serta otak manusia yang sihat.
Kajian juga mendapati pengambilan vitamin C membantu dalam mengurangkan kesan buruk stres kepada kesihatan.
Jika mengambil suplemen vitamin C secara konsisten, ia turut membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stres.
Selain itu, ia juga mempunyai lebih daripada 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia.

SUMBER VITAMIN C
Kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber makanan yang kaya misalnya buah-buahan seperti oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal serta sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kangkung dan cili.
Pengambilan buah-buahan segar dan makan sayur-sayuran segar setiap hari harus dijadikan amalan untuk mendapatkan faedah kesihatan pada vitamin C ini.
Jika anda memilih untuk mengambil pil suplemen vitamin C maka pilihlah daripada sumber organik, berkualiti tinggi dan daripada jenis diesterkan (esterifi ed).
Pengambilan suplemen tambahan sehingga 1000 mg sehari didapati tidak memberikan apa-apa kesan sampingan dan mampu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik.
Sifat semula jadi vitamin C yang larut air membuatkan ia mudah dikeluarkan dari tubuh melalui buah pinggang jika berlebihan dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Doktor Pakar Ini Kongsi Pendapat Tentang Bahaya Sukan Tinju & MMA

Pernahkah anda terfikir mengapa sukan pertarungan seperti tinju dan mix martial arts (MMA) sangat popular di kalangan lelaki?
Adakah ia disebabkan elemen kompetitif dan pertarungan fizikal yang menjadi tarikan utamanya atau ia merupakan bentuk hiburan yang sesuai dengan corak ‘jantan sejati’.
Umum mengetahui bahawa tinju dan MMA merupakan sukan yang banyak melibatkan kecederaan di bahagian badan yang penting seperti kepala dan perut. Jadi boleh dikatakan semua hali sukan ini sudah sedia maklum akan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka.

BACA: Zul Ariffin & Remy Ishak Berentap Dalam Filem MMA Pertama Malaysia
Namun begitu MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dato’ Dr Rushdan Md. Noor yang berkongsi pendapatnya tentang dua sukan yang amat menuntut penggunaan fizikal ini.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook beliau berkongsi sebuah entri dengan judul ‘Adakah Tinju Dan MMA Sejenis Sukan?”.
Jom ikuti perkongsian daripada Dato’ Dr Rushdan Noor yang merupakan Pakar Perunding Kanser Ginekologi di bawah;
ADAKAH TINJU DAN MMA SEJENIS SUKAN?
Dua orang peninju mati akibat kecederaan kepala dalam masa 1 minggu terakhir bulan Julai 2019. Peraturan menggunakan glove untuk bertinju diperkenalkan pada tahun 1884. Kematian akibat bertinju tetap berlaku. Dikatakan senenjak 1884, lebih kurang 500 orang peninju mati akibat sukan ini.
Sukan tinju dan MMA yang sangat popular hingga ke hari ini adalah salah satu petunjuk manusia suka menonton keganasan dan menjadikannya satu bentuk hiburan. Apabila sukan ini diminati, ia menjadi sumber pendapatan lumayan kepada peninju dan syarikat yang berkaitan dengannya.

BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP KESIHATAN
Walau bagaimanapun dari sudut perubatan, sukan ini sangat bertentangan dengan prinsip kesihatan kerana mensasarkan kepala dan badan untuk dijadikan sasaran tumbukan. Kepala mempunyai banyak organ penting dan tentulah otak salah satu darinya. Otak boleh bergoncang dan tumbukan kuat boleh mengoyak salur darah dan berlaku pendarahan.
Disebabkan oleh tempurung kepala yang keras, darah yang berkumpul akan menekan tisu otak sehingga boleh menyebabkan kematian. Jika tidak berlaku pendarahan, otak peninju seringkali mengalami kongkusi (“concussion”) dan inilah punca utama peninju jatuh dan tidak sedarkan diri sama seperti semasa berlakunya kemalangan jalanraya.
KAJIAN KESAN JANGKA PANJANG
MMA (Mixed Martial Art) yang membenarkan semua bentuk keganasan ke atas tubuh badan sebenarnya lebih merbahaya. Kecederaan bukan sahaja boleh berlaku terhadap kepala tetapi juga organ badan yang lain. Mungkin jika kajian kecederaan organ dan kesan samping jangka panjang dilakukan, hasilnya lebih memeranjatkan.
Selagi manusia gemar menonton sukan yang ganas ini, selagi itulah sukan ini akan terus hidup dan menjadi sumber pendapatan walaupun ianya jelas satu bentuk sukan yang besar kemudaratannya kepada ahli sukan. Dari perspektif perubatan, tinju dan MMA ini sebenarnya tidak sesuai dinamakan sejenis sukan. Ini adalah pendapat peribadi saya.
DDr Rushdan Noor
3hb Ogos 2019
Semoga perkongsian daripada doktor pakar ini boleh memberikan sedikit gambaran akan bahaya serta risiko terutamanya buat anda yang sedang atau ingin aktif dalam sukan ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

