Walaupun bulan Ramadan telah berakhir, tidak bermakna berakhir sudah ibadah yang dikejarkan pada bulan mulia itu, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawal pula.
Puasa enam atau puasa sunat selepas Ramadan adalah puasa yang disambut selama enam hari pada bulan Syawal.
Hukumnnya adalah sunat, ianya bukanlah wajib. Namun, fadilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar dan istimewa. Antara kelebihannya adalah;
#1 – Ganjaran Pahala Berpuasa Setahun
Jika puasa di bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.”Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal, pahalanya sama seperti puasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.
#2 – Melengkapkan Kekurangan Puasa Ramadan
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama dari mazhab al- Syafi’e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.
Ads
Ini adalah untuk mencantikkan lagi puasa Ramadan yang lepas.
#3 – Supaya Manusia Tidak Lupa Menunaikan Puasa Sunat Lain
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain.
Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri.
Ads
Oleh itu, melalui puasa sunat enam Syawal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan untuk berpuasa.
#4 – Mendidik Diri Supaya Bersederhana Dalam Menyambut Aidil Fitri
Aidil Fitri diraikan tanda sebagai tanda kemenangan menempuhi Ramadan yang lalu. Namun itu tidak bermakna umat Islam harus meraikannya sehingga sebulan penuh dalam bulan Syawal itu.
Sebaiknya, puasa sunat Syawal sudah pun dimulai pada 2 Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. Hal ini menunjukkan kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawal itu.
Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Dengan itu, ibadah ini sebaiknya dilakukan dengan segera dan lebih afdal secara berterusan atau berselang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Ads
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”Surah Ali Imran:133
Namun, bagi golongan wanita yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab datang haid sebaiknya menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat.
Kebanyakkan ulama berpendapat, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.
Semoga segala ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah s.w.t.
Rasanya dah puas belasah rendang dengan lemang kan? dah boleh start puasa enam dah kalau nak rebut pahala lebih.
Sumber: tazkirah.net
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Produk kemasan rambut lelaki yang paling hit untuk beberapa tahun ini. Extremely versatile dan sangat sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya sederhana tapi masih bergaya. Tidak terlalu berkilat, ia memberikan efek mudah urus dan tidak terlalu sukar dibersihkan. Tidak kisah anda mempunyai rambut jenis apa, ia tetap paling mudah digunakan terutama di musim perayaan nanti. Ini pilihan wax rambut paling best dan sangat style!
DASHING SPIKY
Untuk anda yang menginginkan model rambut SPIKY, POWER & SPIKES jenis wax dari Dashing Spiky Web ini adalah pilihan yang tepat. Menjadikan rambut SPIKY berdiri kuat dan tahan lama sepanjang hari tanpa memerangkap peluh pada rambut serta sangat sesuai untuk lelaki berabut pendek dan kemas. Selain mudah bawa tatkala bercuti, ia menjanjikan gaya yang lebih relaks dan tak memakan masa terlalu lama untuk digayakan.
GATSBY SHARP LOCK
Kuasa kelembapan membuatkan rambut tampak lebih lembap, semestinya menyerlah aura segar, bertekstur dengan hasil yang konfem menakjubkan. Bauannya pun boleh tahan menarik dengan bekas berwarna merah yang memang cukup mengancam. Ini khas untuk anda yang sukakan gaya pacak sebab sentuhan Gatsby ini boleh menjadikan rambut anda melawan graviti! Boleh gunakan untuk rambut yang kering dan sangat mudah untuk digayakan walaupun setelah seharian anda keluar.
GATBSBY MOVING RUBBER
Untuk menampakkan sisi lebih ‘serius’ atau ‘berbahaya’, sentuhannya membuatkan anda tampak lebih berani. Yang ini, kesan kilatnya kurang sedikit, padanlah nak tonjolkan sisi serius.
Wax ini turut membentuk gaya rambut SHAGGY dengan efek ekstra kuat. Relevan untuk anda yang menginginkan gaya rambut Mohawk yang fashionable!
KENAPA LELAKI PERLU MEMILIH WAX!
JANGAN PILIH WAX KALAU ANDA SEORANG YANG SUKA GAYA KLASIK DAN SLEEK
Mungkin anda belum move on dengan pomade. Pomade memang berikan gaya sleek dan kemas rapi, berbeza dengan wax ia lebih easy work dan mempunyai tekstur yang lebih kasar, hasil akhirnya juga sangat asas dan buat anda nampak sangat natural.
TIDAK PERLU GUNA TERLALU BANYAK
Kalau anda jenis suka berjimat, wax adalah produk wajib anda beli. Hanya sedikit calitan anda boleh gayakan pada keseluruhan rambut. Kalau anda pengguna gel sebelum ini, mungkin dua kali picitan sudah pasti anda gunakan, tetapi tidak bagi wax.
ANDA LELAKI YANG TAK BOLEH TENGOK RAMBUT SERABAI
Kalau sikit-sikit sibuk betulkan rambut, wax adalah senjata yang patut anda gunakan. Sangat senang diuruskan sebab guna jari pun boleh!
WAX ADA HARUMAN YANG BEST!
Bukan setakat senang digunakan, ia turut mempunyai haruman yang membuatkan rambut anda segar sepanjang hari. Ala-ala selepas mandi.
TAK PERLU BELI YANG MAHAL
Paling best, harga wax ni semua lebih kurang sama, jadi pilihannya juga hampir sama setiap jenama. Bergantung pada anda suka brand apa tetapi pastikan ia serasi dengan rambut anda. Kalau tersalah beli biasanya boleh buat rambut rosak kekuningan dan muka pun boleh naik jerawat disebabkan elergi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada zaman sekarang semakin ramai lelaki yang mempunyai bentuk badan yang tegap dan sasa. Kesedaran tentang betapa pentingnya aspek kesihatan dan senaman menjadi salah satu faktor mengapa semakin ramai lelaki mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah mempunyai keahlian gimnasium kini merupakan antara salah satu gaya hidup moden yantg harus ada bagi lelaki metropolitan.
Berkembangnya saiz badan yang sasa maka perlu juga ada perubahan dari segi fesyen dan pemilihan pakaian yang sesuai. MASKULIN perhatikan masih ramai lelaki sasa dan berbadan tegap seolah-olah terlalu teruja untuk menonjolkan segenap otot mereka di bahagaian badan dan tangan.
Jadi muncullah gaya fesyen yang tidak kena dan kadangkala boleh menjolok mata. Jadi adakah mereka yang berbadan sasa harus memakai pakaian bersaiz lebih besar dari fizikal mereka?
Tidak, ia bukannya begitu. Pemilihan baju yang sesuai sebenarnya bergantung kepada saiz semula jadi. Katakan kebiasaan anda memakai size M, tetapi apabila berbadan sasa mungkin boleh tukar kepada saiz L. Fitting yang sesuai boleh menonjolkan karakter yang lebih kemas dan mesra.
RATIO BETUL
Ratio atau nisbah memainkan peranan sangat penting dalam mana-mana aspek fesyen. Bagi anda yang sasa bahagian badan seperti dada, lengan dan abdomen berotot pastinya akan lebih menonjol bila mengenakan t-shirt atau kemeja.
Pilihlah baju yang tidak terlalu ketat tapi dalam masa yang sama menyerlahkan personaliti dibawa. Bagi seluar pula elakkan memakai skinny jeans kerana ia boleh membawa bayangan kaki nampak kecil. Untuk jaket pula elakkan yang memiliki corak besar dan pilihlah fabrik ringan. Apa yang paling penting semuanya mesti memberi keselesaan ketika anda memakainya.
UPAH JANGAN BELI
Anda harus terima hakikat apabila mempunyai bentuk badan yang sasa dan berotot saiz baju ready-to-wear amat berlainan untuk anda. Ini terutamanya pakaian dalam kategori sut, kemeja dan tidak kurang juga baju melayu.
Oleh itu anda haruslah korbankan sedikit wang untuk menembah pakaian dengan tukang jahit. Dengan menggunakan tukang jahit anda akan mendapat pakaian yang bersaiz ekskulsif untuk diri sendiri.
LAPISAN PAKAIAN
Oleh kerana mempunyai bentuk badan yang sasa anda tidak perlu memakai pakaian lapisan luar terlalu berat. Sebagai contoh jika anda berada di kawasan berhawa dingin atau di negara bermusim sejuk, pakailah pakaian luar yang sederhana.
Elakkan memakai sweater knit atau puffer coats yang boleh membuatkan dada anda kelihatan menggelembung. Sebaliknya, pilihlah jaket denim berlengan panjang, roll necks atau cardigans yang boleh menonjolkan bentuk badan tetapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama sukan atau fesyen berkolaborasi dengan judul-judul komik dan anime.
Sneakers yang kini menjadi sebahagian daripada trend gaya hidup trendy menjadi antara item yang menjadi pilihan untuk kolaborasi seperti ini direalisasikan.
Terbaru jenama sukan dan fesyen berasal dari Jerman telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan anime Jepun, ONE PIECE mengjasilkan rekaan sneakers unik, istimewa dan paling penting muncul dalam edisi terhad.
Menerusi kolaborasi pertama dua jenama gergasi dalam industri masing-masing ini, sepasang kasut dikenali dengan nama ONE PIECE x PUMA CELL ENDURA dikeluarkan. Ia mengambil inspirasi utama daripada rekaan kapal Thousand Sunny yang dibawa oleh Luffy dan geng Straw Pirates.
Malah menerusi kenyataan media daripada PUMA kepada MASKULIN menyatakan pelancaran kasut ini juga berkebetulan dengan tayangan perdana filem ‘ONE PIECE: Stampede’.
2 ELEMEN BERBEZA
PUMA memilih model Cell Endura bagi merealisasikan gabungan 2 dunia berbeza. Membawa elemen-elemen One Piece, kasut ini membawa corak The Gum-Gum Fruit pada bahagian sock-style upper manakala tapak kasut berwarna coklatnya pula digayakan mengikut corak tali kapal Thousand Sunny.
Pada bahagian tapak kasut pula ia membawa warna hijau dengan logo eksklusif PUMA dan ONE PIECE. Endura Cell merupakan model kasut PUMA yang diperkenalkan pada era 90-an dan ia merupakan antara kasut popular serta trendy pada ketika itu.
Buat peminat PUMA atau ONE PIECE, anda boleh dapatkan kasut kolaborasi hebat ini bermula pada 12 September 2019. Ia dijual pada harga RM679 dan boleh didapati di hanya tiga lokasi iaitu PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid dan Solewhat Mid Valley.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.