Doa merupakan senjata mustajab bagi orang Islam. Untuk murah rezeki, tuturkan kata-kata yang baik kerana setiap percakapan itu adalah satu doa.

Jika tidak mahu dilanda kesempitan, perbanyakkan amalan doa murah rezeki dan cepat kaya seperti yang dikongsikan Nur Aliah Mohd Nor. Dengan mengamalkan doa murah rezeki ini, In Sha Allah rezeki kita akan sentiasa lapang dan dipermudahkan.

BACA: Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Murah Rezeki Yang Suami Isteri Kena Amalkan. No 4 Paling Penting!

Amalkan Je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda

Kalau Nak Tebalkan Dompet, Amalkan Doa Murah Rezeki & Cepat Kaya Ini!

Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap,

“Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.”

Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula!

Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini,

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”. – Surah Sad Ayat 54.

Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.”

Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah.

BACA: Rahsia Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Ini, Mampu Ubah Kehidupan Jadi Lebih Baik!

Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah.

Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat kita.

Kalau kita yakin duit tu sentiasa ada, walaupun masa tu tak ada duit, yakin Allah pasti bantu.

Jom sama-sama amalkan doa ini selalu agar kita menjadi orang yang Menjemput Rezeki. Katakan “I Am A Money Magnet!”.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI