Kalau Sakit Gigi, Boleh Guna Gambir Sarawak Untuk Hilangkan Rasa Ngilu

67

Dalam nada bergurau nakal sebut sahaja tentang gambir Sarawak, kebanyakan lelaki akan tersenyum sampai ke telinga dan kadangkala mungkin tertawa kecil.

Jarang mereka melihat gambir Sarawak sebagai bahan yang boleh menjadi penawar kepada bisa gigitan atau patukan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.

Masing-masing lebih gemar membayangkan gambir Sarawak adalah bahan yang boleh mengebaskan zakar dan memberi kepuasan kepada isteri secara maksima.

Apa itu gambir yang sebenarnya?

Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai daun lebar selain bunganya berwarna kuning.

Gambir juga lebih dikenali sebagai herba yang mengandungi astrigen dan ia kebiasaannya mudah ditemui di kawasan hutan di Asia Tenggara, India dan juga China.

Kepercayaan masyarakat terhadap gambir

Masyarakat Cina purba mempercayai gambir boleh digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser selain berkhasiat untuk membuang angin dari dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara pula, mereka memakan gambir bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan yang agak mengkhayalkan.

Namun demikian, gambir Sarawak tidak dijadikan sebagai bahan untuk dimakan tetapi kaum Adam kebanyakannya percaya gambir mempunyai kehebatan yang tersendiri.

Ini kerana menurut cakap-cakap orang, gambir Sarawak mampu ‘meneguhkan’ senjata lelaki ketika menjalin hubungan kelamin yang sah bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Biasanya, batang gambir akan dikerat bagi mendapatkan getahnya. Kemudian, ia dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.

Kesan buruk penggunaan gambir secara berlebihan

Penggunaan gambir Sarawak yang berlebih-lebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. Kemaluan si lelaki boleh melecet serta berasa kebas yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.

Lebih teruk lagi, lama-kelamaan, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan saraf terutama pada kawasan yang sensitif.

Selain itu, rasa nikmat ketika melakukan hubungan intim juga boleh hilang terjadi sekiranya gambir Sarawak digunakan terlalu kerap untuk tujuan tersebut.

P/s : Persepsi awam menyatakan orang-orang Sarawak hanya menggunakan gambir tersebut untuk menghilangkan rasa sakit gigi namun buat orang-orang di Semenanjung Malaysia, gambir itu memang untuk ‘tujuan’ tersebut. Benarkah?

Tinggalkan Komen