Masalah ketiak cepat basah dan mudah melekit boleh mengundang rasa hilang keyakinan diri. Paling merimaskan apabila anda berada di tempat berbuka dan panas sehingga ketiak cepat basah dan jelas kelihatan pada celah baju.
Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi ketiak basah dan melekit ini, anda perlulah tahu punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ini penting agar anda boleh mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan di bahagian ini.
Penyebab ketiak basah
1. Minum kopi berlebihan
Apa hubungannya ketiak basah dengan pengambila kopi? Di dalam kopi mengandungi kafein yang dapat merangsang saraf dan berhubungan secara langsung dengan kelenjar peluh. Bila anda minum kopi secara berlebihan, peluh yang dikeluarkan oleh tubuh menjadi semakin banyak terutamanya di bahagian ketiak.
2. Material kain yang dipakai
Jenis kain sintetis seperti poliester dan akrilik dapat membuatkan tubuh mengeluarkan peuh dengan lebih banyak. Pada umumnya, jenis kain ini tidak mampu mengatasi suhu panas tubuh sehingga membuatkan tubuh berpeluh secara berlebihan.
3. Tabiat suka merokok
Rokok mengandungi nikotin yang dapat meningkatkan denyutan jantung, tekanan darah dan suhu tubuh perokok aktif sekali gus membuatkan tubuh berpeluh.
4. Ambil minuman beralkohol
Ketika seseorang mengambil minuman beralkohol, tubuh akan mengalami vasodilatasi di mana terjadinya pelebaran pada pembuluh darah. Ini dapat meningkatkan suhu tubuh. Otak akan mengirimkan signal ke seluruh tubuh untuk mengeluarkan peluh dengan lebih banyak bagi menyejukkan suhu tubuh.
Ads
5. Makan makanan pedas dan panas
Saat anda mengambil makanan pedasa dan panas, tubuh akan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak. Kedua-dua jenis makanan ini memang dapat meningkatkan suhu tubuh dan merangsang otak untuk mengirim signal agar mengaktifkan kelenjar peluh.
Cara mengatasi ketiak basah
1. Teh hijau
Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis lemak dari usus. Sifat antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran peluh. Bagi yang alami ketiak basah, anda boleh cuba minum dua hingga tiga cawan sehari.
2. Timun
Ads
Buah yang satu ini memang dikenali berkhasiat untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Anda hanya perlu potong timun sehingga nipis. Kemudian, oleskan timun di ketiak anda. Getah yang terdapat pada timun inilah dapat membantu mengatasi masalah ketiak basah.
3. Cuka putih
Jika anda tidak biasa menggunakan deodoran, cuba cuka putih untuk mengurangkan peluah pada ketiak. Caranya, oleskan sedikit cuka putih di ketiak dan biarkan beberapa saat sebelum dibilas. Cuka dapat melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau tidak menyenangkan pada ketiak. Memandangkan bau dari cuka putih ini agak masam dan kuat, anda disarankan untuk menggunakan cuka putih beberapa saat sebelum mandi.
4. Cuka epal
Sama seperti cuka putih, cuka epal juga sebaiknya digunakan sebelum mandi. Oleskan kapas yang sudah dibasahi dengan cuka epal ke ketiak anda. Biarkan selama 30 minit sebelum mandi. Cuka epal memiliki fungsi untuk mengurangkan peluh dan bau pada ketiak.
Ads
5. Jus tomato
Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum jus tomato asli tanpa gula satu hingga dua gelas sehari untuk mencegah peluh berlebihan.
6. Baking soda
Ketiak basah juga dapat diatasi dengan menggunakan baking soda. Caranya, anda campurkan baking soda dengan sedikit air, lalu sapukan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Baking soda berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran peluh berlebihan di bahagian ketiak.
7. Lemon
Lemon juga berkesan untuk mengurangkan kelembapan di bahagaian ketiak yang disebabkan oleh peluh. Malah lemon juga dapat mencerahkan warna ketiak yang kehitaman. Sama seperti penggunaan cuka putih dan cuka epal, lemon ini sebaiknya digunakan 30 minit sebelum mandi.
Betulkah cara ini berkesan untuk mengurangkan peluh sekali gus mengatasi masalah ketiak basah? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perbuatan memicit jerawat adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana apabila isi jerawat tersebut meletup keluar, kulit anda akan berwarna kemerah-merahan.
Apatah lagi jika jerawat anda itu belum masak, selagi ditekan-tekan, kulit anda bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.
Cara mudah untuk menangani masalah ini adalah :
1. Jangan picit langsung
Biarkan jerawat anda masak dengan sendirinya. Jika anda menyental muka atau badan dengan kain lembut sewaktu mandi, ia akan pecah sendiri sekali gus bakteria juga terus dapat dibersihkan.
2. Guna krim jerawat
Anda boleh menggunakan krim jerawat terbaik mengandungi kandungan seperti benzoyl peroxide atau asid salicylic dan sapukan pada kulit wajah anda semalaman. Biarkan ia meresap ke dalam kulit.
Namun jika tangan anda tetap gatal untuk memicit jerawat di wajah itu juga, pastikan anda buat perkara ini :
1. Sebelum picit, cuci wajah anda terlebih dahulu. Kemudian lakukan rutin exfoliate dan sesudah itu, tekapkan wajah dengan kain yang hangat.
2. Jika ingin memicit keluar blackhead pada wajah, gunakan tisu dan jika ianya sejenis bintik putih, sebaiknya gunakan lancet dan cucuk dengan berhati-hati pada bahagian tengah jerawat tersebut.
3. Jika ia sejenis jerawat merah yang tidak punya isi (cecair putih), seeloknya jangan picitnya beriya-iya. Sapukan krim untuk masakkannya agar kotoran pada bintik jerawat merah itu dapat dikeluarkan lebih cepat.
4. Lepas picit jerawat, cuci wajah dengan bersih dan kemudiannya, sapukan toner. Toner berfungsi untuk membersihkan lagi kulit wajah di samping meredakan kulit kemerah-merahan.
5. Letak ais pada kawasan berjerawat yang baru dipicit. Teknik ini boleh meredakan kawasan wajah yang bengkak.
6. Jangan sentuh kulit wajah anda dengan tangan. Kadang-kala, tangan yang tidak bersih seperti kuku yang kotor boleh mengakibatkan bakteria merebak.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
10 PRODUK TERBAIK MENGINJAK PERSONALITI HARUS ANDA JADIKAN REJIM
1.CLINIQUE FOR MEN CHARCOAL FACE WASH
Detoksifikasi gel pencuci wajah ini mampu membersih sehingga ke dalam liang pori wajah. Sumber arang semula jadi menarik keluar kotoran dan lebihan minyak tersumbat.
2.FERRARI SHAMPOO & SHOWER GEL
Produk dwifungsi ini membantu membersihkan kulit serta cucian khusus buat rambut lelaki. Menyegar dan melindungi tubuh serta merta.
3. kiehl’s AMINO ACID SHAMPOO
Asid amino menjadi asas pada tubuh manusia dengan membina protein. Memberi kesan pembersihan dan mengekalkan Ph lembapan pada kulit.
4.BIOTHERM HOMME’S TRANSPARENT SHAVING GEL
Gel cukuran dengan formulasi ProComfort ini menjadikan cukuran lebih lancar dan menyeluruh. Dirumus khas untuk kulit sensitif.
5.SOTHYS DE-STRESSING EYE ROLL-ON
85% lelaki didapati mata mereka kelihatan lebih muda dan kurang letih selepas sebulan penggunaan gel ini. Memberikan tiga kesan tindakan pada wajah iaitu melawan kedutan, lingakaran hitam dan bengkak.
6.SCHOOL DEEP MOISTURISING CREAM
Produk ini melembap secara menyeluruh juga meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 80 peratus. Scholl Deep ini membuatkan kulit lebih lembut, licin dan selesa.
7.L’OCCITANE CITRUS VERBENA FRESH BODY MILK
Losyen pelembap ini melembapkan kulit dengan nota wangian asli buahan sitrus juga ekstrak verbena organik, lemon dan limau gedang. Sesuai dipakai kerana tiada kesan melekit.
8.COSMODERM LUMINOUS PEARL DARK SPOT CORRECTOR
Membekal nutrisi semula dan unsur antioksidan pada kulit. Mengurangkan kesan jeragat dan pigmentasi serta membantu mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
9.KIEHL’S FACIAL FUEL HEAVY LIFTING ANTI-AGING MOISTURIZER
Tindakan dual anti-penuaan kuasa untuk lelaki. Melicinkan dan menegangkan kulit dengan kuasa lembapan. Mengurangkan kesan kedutan melalui krim bertekstur dan terbukti berkesan untuk semua jenis kulit.
10.L’OREAL MEN EXPERT WHITE ACTIV VOLCANO SERUM MOISTURISER ANTI ACNE CREAM
Produk penjagaan kulit ini bukan sahaja mencegah jerawat malah mempunyai kandungan serum yang membantu kulit lebih lembap dan menentang masalah dramatik kulit yang sering dialami lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan selepas bersenam kita akan mengeluarkan peluh dengan cukup banyak. Apatah lagi jika rutin senaman yang dilakukan merupakan jenis senaman yang berintensiti tinggi.
Selepas habis bersenam apakah perkara yang anda lakukan? Mungkin majoriti di antara anda lebih suka untuk berehat dulu sambil membiarkan diri berpeluh sampai habis. Ada juga yang terus pergi manda dan tidak kurang juga sambung lakukan aktiviti lain.
Tahukah anda bahawa bakteria dan fungus boleh datang bila-bila masa sahaja dan kedua-dua musuh kulit ini sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Begitu juga dengan bahagian pada badan anda! Salah satu ancaman buat kulit lelaki di kawasan badan dan juga wajah ialah masalah panau.
Dari segi definisi perubatan panau merupakan jangkitan berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis dikenali sebagai ‘Malassezia’. Ia biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.
Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan hanya menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Contoh panau di beberapa anggota badan (Foto: myhealth.gov.my)
Jadi amat penting apabila berpelubh sakan selepas bersenam untuk anda jaga kebersihan diri sebaiknya. Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
PRODUK KULIT SESUAI
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
SENTIASA GUNA TUALA BERSIH
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subsribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.