Beberapa hari lalu rakyat Malaysia cukup berdebar kerana berita tentang Tun Dr Mahathir yang terpaksa melakukan ujian Covid-19 selepas beliau didapati ada kontak secara dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
Dr Kelvin telah disahkan positif Covid-19, lalu membuatkan Tun Mahathir juga terpaksa melakukan ujian. Namun semalam ikon negarawan yang juga bekas Perdana Menteri kita yang tersayang telah disahkan negatif jangkitan virus tersebut.
Memetik laporan Astro Awani, keputusan ujian telah disahkan oleh pembantu beliau sendiri kepada Astro Awani semalam.
Namun walaupun telah didapati negatif, Tun M meneruskan dan mematuhi protokol untuk melakukan kuarantin di rumah selama 14 hari.
Ads
Tun M turut berkongsi hantaran video di Twitter kendaliannya. Beliau mengesahkan sedang menjalani kuarantin. Jelasnya, walaupun banyak rasa bosan namun ia dihasbikan dengan menulis dan membaca.
Ads
Beliau juga menyeru orang awam untuk mengikuti arahan kerajaan dan mengehadkan pergerakan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.
Ads
“Saya ucap terima kasih kepada petugas di barisan hadapan, doktor, jururawat, polis dan tentera yang memastikan kita semua selamat,” katanya.
Walaupun sudah berusia 94 tahun, negarawan ini masih mengikuti protokol dan nasihat daripada kerajaan untuk melakukan kuarantin. Jika beliau sebagai bekas pemimpin yang paling dihormati di Malaysia boleh melakukannya mengapa tidak kita.
Contohilah teladan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir. Ayuh kita sama-sama duduk rumah dan jangan keluar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak ingat dengan filem hantu Thailand, Nang Nak yang pernah menjadi fenomena dulu. Filem ini juga menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath.
Menerima arahan seni daripada Ek Iamchuen dan muzik oleh Chatchai Pongpraphapan, filem Nang Nak memenangi tujuh anugerah Subhanahongsa yang merupakan anugerah Oscar versi Thailand. Antara anugerah yang dimenangi karya ini adalah filem terbaik, pengarah terbaik, juru sinematografi terbaik, skor muzik terbaik, arahan seni, kostum dan solekan terbaik.
Apa agaknya khabar pelakon utama filem ini ya?
Pemegang watak Nak, Inthira Charoenpura terus meroket laju dengan membintangi pelbagai filem dan juga drama. Begitu juga dengan pelakon utama lelaki, Winai Kraibutr yang menjadi pilihan ramai pengarah. Namun ada perkara yang menduga pelakon keturunan etnik Melayu Thai yang berasal dari Krabi ini.
Walaupun kelihatan begitu kacak, tegap dan sihat saat berada di puncak populariti, Winai diduga dengan penyakit autoimun yang menjejaskan kulit dan membran mucus. Masalah kesihatan yang dihadapinya ini membuatkan dia pada satu ketika terpaksa terlantar sakit. Keadaan kulitnya menjadi melepuh dan seolah-olah menggelupas memerlukan penjagaan rapi.
Akibat penyakit tersebut dan pengambilan ubat yang berpanjangan, wajah Winai juga kelihatan berbeza daripada dahulu. Kini, dia dilihat tidak aktif berlakon disebabkan penyakit yang dihidapinya, namun aktif di laman sosial berkongsi mengenai kehidupannya dan juga mempromosikan produk kepada pengikutnya sebagai salah satu punca mata pencarian.
Ketika filem Nang Nak menyambut ulang tahun ke-20 pada 2019. Tayangan previu FIlem tersebut yang dinaiktaraf kualiti secara digital telah diadakan. Hasil jualan tiket ketika itu disalurkan untuk menampung kos perubatan Winai Kraibutr.
Kini pada usia 53 tahun, penyakit tersebut tidak menjadi penghalang untuk berduka. Dia hidup bahagia di samping isteri dan tiga cahaya mata. Semoga Winai segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.
**
Sekadar info, Penyakit autoimun adalah keadaan di mana sistem imun tubuh, yang biasanya melindungi kita daripada jangkitan dan penyakit, tersilap mengenal pasti sel-sel sihat dalam tubuh sebagai ‘asing’ atau berbahaya dan mula menyerangnya. Namun, dalam kes penyakit autoimun, sistem imun menghasilkan antibodi yang menyerang sel, tisu, dan organ sihat tubuh itu sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahniah buat Remy Ishak dan Ashraf Muslim kini bergelar Datuk!
Pada sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam ahad lepas, dua bintang besar industri hiburan Malaysia, Remy Ishak dan Ashraf Muslim, telah menerima penghargaan tertinggi atas sumbangan mereka dalam dunia seni.
Acara penuh gemilang ini menyaksikan kedua-dua pelakon tersebut dianugerahkan Darjah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, yang merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan oleh negeri Melaka.
Remy Ishak, atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak, telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Penerimaan anugerah ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjaya beliau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mengejar impian mereka. Ketika ditemui oleh pemberita, Remy menyatakan rasa terharu dan terkejut kerana terpilih untuk menerima anugerah berprestij ini.
Sementara itu, Ashraf Muslim turut diraikan dengan penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), satu pengiktirafan yang mengiktiraf jasa dan sumbangannya dalam dunia seni.
Ashraf, yang telah menceburi industri hiburan selama hampir dua dekad, melihat anugerah ini sebagai satu ganjaran besar atas segala usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini.
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mencipta nama sebagai pemain profesional yang cukup digeruni di Eropah bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi buat pemain yang datang dari negara Asia.
Dalam dunia sepak bola profesional, nama Son Heung-min kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan kini disebut-sebut sebagai pemain Asia terbaik pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Son Heung-min yang juga bertindak sebagai ketua pasukan Tottenham Hotspur, memulakan perjalanan karier bola sepak penuh dengan cabaran dan semangat tidak mengenal erti putus asa yang cukup jitu menjadikannya sebagai salah seorang pemain Asia paling berpengaruh di Eropah.
Dia membesar di dalam sebuah keluarga yang menggemari sepak bola. Ayahnya, Son Woong-jung, merupakan bekas pemain sepak bola profesional yang kemudian menjadi pelatih.
Ayahnya merupakan figura yang mempuyai pengaruh yang cukup besar dalam perjalanan karier Son. Sejak di awal usia kanak-kanak Son telah ditanamkan etos kerja yang kuat dan disiplin yang tinggi.
Inilah dua nilai yang menjadi kunci kejayaan kariernya pada masa kini. Cabaran yang dihadapi oleh Son sejak kecil telah membentuknya menjadi atlet yang berdisiplin dan penuh dedikasi.
Sejak awal, Son telah dididik oleh ayahnya dengan disiplin yang ketat oleh ayahnya. Latihan keras dan disiplin menjadi bahagian dari kehidupan sehari-hari Son. Ayahnya sering kali menetapkan standard yang sangat tinggi, mendorong Son untuk selalu berusaha melebihi batas kemampuannya.
Ini termasuk latihan teknik asas bola sepak yang dilakukan setiap hari selama berjam-jam lamanya. Bagi sesetengah orang yang melihatnya mungkin beranggapan ia agak berlebihan untuk kanak-kanak seusianya.
Namun, pendekatan itulah yang telah membantu mengasah bakat serta kemampuan Son. Ia menjadi dasar yang mantap untuk perkembangan profesional yang dapat disaksikan pada hari ini.
Bapanya yang turut digelar sebagai ‘Tiger Dad’ kerana ketegasannya menerapkan disiplin.
“Bola sepak adalah mengenai bola. Jadi, atlet harus belajar mengendalikan bola sejak mereka mula bermain bola sepak,” jelas Son Woong-jung dalam satu temu bual dengan The Korea Times.
Dia turut membandingkan latihan asas bola sepak seperti menyusun dan menyelesaikan teka-teki.
“Anggaplah terdapat teka-teki yang serba baharu dan canggih dan anda memberikannya kepada pelajar gred kedua atau ketiga dan satu lagi kepada orang dewasa untuk melihat siapa yang boleh melakukannya dengan lebih pantas.
“Kemungkinan kanak-kanak itu boleh menguasai cara melakukannya dalam masa yang singkat. hari atau dua hari tetapi orang dewasa tidak boleh walaupun diberi masa seminggu,” jelasnya yang sangat menekankan kepentingan membina kemahiran asas yang kukuh.
Salah satu lagi cabaran terbesar bagi Son adalah keputusannya untuk pindah ke Jerman pada usia 16 tahun untuk menyertai akademi bola sepak kelab Hamburger SV. Keputusan ini bukan hanya cabaran secara profesional tetapi juga secara peribadi.
Son harus berdepan dengan cabaran bahasa, budaya dan kesepian karena jauh dari keluarga dan teman-temannya di Korea Selatan.
Adaptasi dengan iklim sepak bola Eropah yang sangat berbeda dari apa yang ia alami di Korea, juga merupakan cabaran tersendiri. Tekanan untuk berhasil dan membuktikan dirinya di tanah asing menambah beban emosional pada bahu muda Son.
Harapan tinggi yang diletakkan untuk menjadi sebagai pemain Asia di Eropah merupakan cabaran psikologi yang berat.
Pemain Asia sering kali dihadapkan dengan stereotaip dan ekspektasi tertentu dan Son harus berjuang keras untuk membuktikan bahwa dia lebih dari sekadar pemain dari kontingen Asia, tetapi seorang atlet sepak bola berkelas dunia.
Di Hamburger SV, Son mulai menunjukkan bakatnya dengan melakukan debut profesional pertama pada tahun 2010. Aksi meyakinkan di kelab tersebut kemudian membawanya ke Bayer Leverkusen pada tahun 2013, di mana dia benar-benar mencipta nama di Bundesliga.
Dengan kelajuan, teknik dan kemampuan mencetak gol, Son menjadi salah satu pemain paling menonjol di liga lalu menarik perhatian dari klub-klub besar Eropah. Prestasinya yang memberangsangkan di Jerman itu menyaksikan peluang untuknya berhijrah ke liga paling popular dan berprestij di dunia iaitu EPL terbuka luas.
Son kemudian oleh kelab EPL, Tottenham Hotspur pada tahun 2015. Ia merupakan satu langkah sangat besar dalam kariernya. Di Spurs, Son tidak hanya menjadi pemain kunci tetapi juga mengukir sejarah, menjadi pemain Asia pertama yang menjaringkan lebih dari 50 gol di EPL.
Selain itu, aksi luar biasanya turut menyaksikan dia membantu Spurs layak ke final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2019, satu prestasi yang belum pernah dicapai kelab tersebut di dalam sejarahnya.
Di luar lapangan, Son dikenal dengan kerendahan hatinya dan dedikasi kerja yang luar biasa. Dia juga dikenal memiliki hubungan yang dekat dengan ayahnya, yang terus memainkan peran penting dalam karier dan kehidupannya.
Salah satu fakta menarik tentang Son adalah ia berhasil menyelesaikan kewajipan khidmat tentera di Korea Selatan pada tahun 2020, sesuatu yang ia lakukan dengan penuh bangga dan menganggap sebagai pengalaman yang memperkuatkan karakternya.
Son juga sangat popular di kalangan penggemar, tidak hanya karena kemampuannya di lapangan tetapi juga karena sikapnya yang ramah dan positif.
Dia telah menjadi duta besar bagi sepak bola Asia, membuka jalan bagi pemain muda Asia yang lain untuk mengejar cita-cita bola sepak di Eropah.
Kisah Son Heung-min adalah bukti bahwa dengan bakat, kerja keras, dan determinasi, batasan dapat ditembus. Dari kota kecil di Korea Selatan hingga puncak sepak bola Eropa, Son telah menulis bab penting dalam sejarah sepak bola, menjadi inspirasi bagi banyak orang, baik di dalam mahu pun di luar lapangan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.