Perkembangan teknologi artificial intelligent atau kecerdasan buatan pada masa kini kadang-kadang benar-benar menakutkan.
Bukan menakutkan dari segi elemen seram tetapi menakutkan sebab semakin hari ia menghasilkan imej atau video yang seakan hampir sama dengan kita.
Disebabkan itulah kita sendiri pun harus berhati-hati jika berlakunya penyebaran video atau foto yang mungkin menyerupai seseorang kerana ia berkemungkinan dihasilkan dengan teknologi AI.
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Dari segi seni digital pula ia kini digunakan dengan cukup baik sekali. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pereka grafik dan artis dari Vietnam menghasilkan seni dihasilkan AI menampilkan karakter-karakter popular dari siri permainan video dan animasi, ‘Street Fighter’.
Ads
Lebih mengagumkan hasil yang diserlahkan oleh pemuda bernama Nyugen Tat Dat ini nampak benar-benar hidup dan seperti betul. Hasil yang ditonjolkan artis hebat ini mendapat pujian ramai pihak dari seluruh dunia.
RYU
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia memuat naik sebanyak sembila keping imej yang menampilkan karakter seperti Ryu, Chun-Li, Guile, M. Bison, Blanka, Dhalsim dan Zangief, kebanyakannya sangat meyakinkan.
BLANKA
Foto: Nguyễn Tất Đạt
CHUN-LI
Foto: Nguyễn Tất Đạt
M.BISON
Foto: Nguyễn Tất Đạt
GUILE
Foto: Nguyễn Tất Đạt
Kami di MASKULIN juga harus akui pertama kalu melihat seleksi imej ini kami menyangkakan ia adalah foto manusia sebenar yang memakai cosplay. Imej yang dihasilkan menggunakan teknologi AI ini benar-benar menakjubkan.
Ads
Tidak mustahil suatu hari nanti ia boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai industri cetak dan juga video.
Foto: Nguyễn Tất ĐạtFoto: Nguyễn Tất Đạt
Seperti MASKULIN nyatakan tadi, teknologi ini benar-benar ‘menakutkan’!
Ads
Jangam lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Pernah tak anda buka peti sejuk di rumah tapi bila pintunya dibuka bau yang kurang enak mula singgah di hidung?
Masalah peti sejuk berbau mungkin datang daripada pelbagai jenis makanan yang tersimpan. Tapi jangan risau ada cara untuk kurangkan bau yang tak enak ini di dalam peti sejuk dan juga di ruang dapur anda.
Caranya keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5-14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
Caranya ialah bersihkan peti air, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susuk kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
Caranya ialah letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais. Anda juga boleh meletakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut.
Caranya ialah ambil beberapa sudu soda bikarbonat dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.
Letakkan beberapa kepingan kulit nanas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nanas kecut lalu gantikan dengan kepingan kulit nanas yang baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
Elakkan makanan beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
Panggang daging yang anda ingin makan
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
Kurangkan pengambilan harian produk tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Sumber : kevinzahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menyebut bola sepak dan nama pasukan Harimau Malaya adalah perkara yang sinonim bagi penggemar sukan bola sepak negara.
Pasukan Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan bukan hanya dalam penggemar sukan bola sepak tetapi rakyat Malaysia kerana perjuangan tanpa berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh setiap individu sama ada di belakang tabir sehingga ke barisan pemain yang silih berganti sejak berpuluh tahun lalu.
Namun di sebalik apa yang ditonton umum di padang lewat kelincahan para pemain, ada kisah tersembunyi yang tidak diketahui sepanjang ‘perjalanan’ orang di sekeliling Harimau Malaya.
Mengangkat perspektif yang belum pernah dikupas dalam mana-mana penghasilan karya membabitkan Harimau Malaya, 4ward Pictures Sdn. Bhd dengan bangga mempersembahkan filem terbitan mereka, Harimau Malaya : The Untold Journey.
Filem yang dibawakan oleh Nashrul Nasir selaku Penerbit Eksekutif dan Alif Nabil sebagai Penerbit ini menerima sentuhan magis sutradara terkenal, Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan penulis skrip Harimau Malaya : The Untold Journey.
Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.
“Dari inspirasi ini, Harimau Malaya : The Untold Journey berkembang bukan sekadar tentang pemain bola sepak tetapi kami mengambil naratif berbeza terutama mengangkat kisah tiga orang peminat tegar yang digelar Ultras yang disenarai hitam menghadiri perlawanan bola sepak selama setahun.
“Harimau Malaya : The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’,” ujar Nashrul Nasir dari 4ward Pictures Sdn. Bhd.
Tambah Nashrul, penghasilan Harimau Malaya : The Untold Journey juga adalah sebuah apresiasi terhadap perjuangan skuad kebangsaan terutama selepas berjaya menewaskan Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.
“Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya : The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tang Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2022.
“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya : The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.
“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotisme terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” ujarnya.
Bagi Afdlin Shauki yang kali terakhir duduk di kerusi sutradara dua tahun lalu, kesempatan mengarahkan Harimau Malaya : The Untold Journey adalah platform yang digunakannya untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotisme yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.
“Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya : The Untold Journey.
“Ini bukan sahaja kerana mahu ada satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta.
“Menerusi Harimau Malaya : The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” ujar Afdlin penuh semangat.
Harimau Malaya: The Untold Journey dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Meerqeen, Fazura, Bell Ngasri, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar Lembah Klang. Tertanya-tanya bagaimana isi Harimau Malaya : The Untold Journey? Jangan lupa saksikan dan semarakkan kecintaan terhadap sukan dan negara dengan menyokong filem ini sebaik ditayangkan di pawagam berhampiran anda kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.