Bagi peminat sukan di negara kita, nama Al-Ikhsan pastinya cukup mekar di bibir masing-masing. Apa tidaknya rangkaian outlet mereka menawarkan pelbagai jenis barangan sukan meliputi dari pelbagai jenama terkenal di seluruh dunia.

Jadi tidak hairanlah apabila mereka menganjurkan karnival sukan yang juga merupakan jualan termurah sepanjang tahun mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Karnival Sukan Terbesar Di Malaysia oleh Al-Ikhsan kini sedang berlangsung di Dewan Tun Razak 3 dan 4, Pusat Dangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang bermula sejak 23 Disember lalu sehingga 2 Januari 2023.

Karnival Sukan Terbesar Al-Ikhsan Tawar Lebih 180,000 Barangan Pelbagai Jenama

Menurut Al-Ikhsan kira-kira 180,000 barangan sukan dari 15 jenama iaitu Nike, Adidas, Puma, Asics, Umbro, Lotto, AL Sports, Skechers, Under Armour, Reebok, Brooks, Teva, LFC, New Balance dan Diadora tersedia dengan diskaun mencecah sehingga 80%.

IKLAN

Karnival Sukan Terbesar Di Malaysia merupakan acara tahunan yang cukup dinatikan oleh pelanggan setia mereka dan juga peminat sukan secara amnya terutama di Lembah Klang.

Ia bertindak sebagai salah satu Jualan Penghabisan Stok Akhir Tahun dari Al-Ikhsan yang menampilkan tawaran seperti barangan sukan dari kasut sukan, pakaian sukan dan bag sukan.

Karnival Sukan Terbesar Al-Ikhsan Tawar Lebih 180,000 Barangan Pelbagai Jenama

IKLAN

Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun ‘Beli 2, Diskaun 20%’ atau ‘Beli 3, Diskaun 30%’ untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari karnival sukan ini berlangsung.

Karnival Sukan Terbesar Al-Ikhsan Tawar Lebih 180,000 Barangan Pelbagai Jenama

Karnival Sukan Terbesar Al-Ikhsan Tawar Lebih 180,000 Barangan Pelbagai Jenama

IKLAN

“Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports. Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah karnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia.

“Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di karnival sukan ini. Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

Karnival Sukan Terbesar Al-Ikhsan Tawar Lebih 180,000 Barangan Pelbagai Jenama

aL Sports, Nike, adidas dan PUMA adalah antara jenama-jenama barangan sukan yang terdapat di karnival sukan oleh Al-Ikhsan Sports pada tahun ini. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI