Sentuhan Balmain: Kali pertama rekaan Olivier Rousteing ditunjukkan untuk The Paris Opéra

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

The Paris Opera. Apa yang menjadikan ia begitu disanjung? Kata mereka, ini adalah pengertian definisi seni yang sebenar. Perjalanan jenama fesyen yang berpengaruh ada hubung kaitnya dengan The Paris Opera. Kejayaan mereka meletakkan satu nilai tinggi dalam penjenamaan jenama fesyen memberi inspirasi kepada mata yang melihat. Sebut sahaja barisan jenama seperti Coco Chanel, Yves Saint Laurent, dan Christian Lacroix. Semuanya pernah berkolaborasi bersama rumah opera yang klasik ini. Mencipta karya yang agung, sukar di telan dek zaman, sentiasa kukuh dalam melebar sayap aspirasi memberi sejuta angin inspirasi, khususnya kepada mereka yang memahami erti seni dalam seni.

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

Kali ini, giliran pereka muda Olivier Rousteing mengorak langkah dalam mengemudi jenama Balmain, yang sememangnya dilihat sebagai jenama yang meraikan kekuatan wanita. Kendiri. Ini peluang besar buat dirinya dalam membawa selangkah lagi untuk mara kehadapan.

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLETKostum yang dihasilkan sarat dengan perincian yang begitu mewah. Highly intricate! Sudah pasti ia lebih dikenali sebagai Balmain. Rekaan eksklusif jaket dalam warna kegemaran Rousteing, beige-nude dan diperincikan lagi dengan pearls, beading and sequins. Impak yang menakjubkan! Penari lelaki menyarungkan tights, dan sosok kaki mereka diserlahkan dengan kilauan kristal yang diletakkan satu persatu, sementara penari wanita memakai baju balet (leotards) yang berkilat. Secara amnya, nukilan seni ini, adalah untuk mengingati kembali koleksi rekaan Balmain musim luruh tahun 2012, yang diinspirasikan daripada Fabergé eggs.

“Saya mahu jadikan rekaan ini se-glamor mungkin kerana itu yang saya inginkan,” kata Rousteing.

IKLAN

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

Pengarah kreatif Balmain, Olivier Rousteing bersama koreografer, Sébastien Bertaud sama-sama saling mengagumi dengan karya kerja masing-masing. Mereka mengorak kejayaan mereka dalam gaya yang sama. Apabila Bertaud membuka bicara untuk meminta Rousteing menghasilkan rekaan kostum yang bakal digunakan untuk projek kerja baru nya, ia adalah tanda sejarah bakal tercipta dalam dunia fesyen. Projek terbaru Bertaud, Renaissance berdurasi 27 minit tarian balet bersama 22 orang penari, semuanya bakal menyarungkan rekaan kostum dari Balmain. Brilliant!

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

Kolaborasi ini melibatkan kompromi untuk kedua-dua belah pihak. Walaupun Rousteing pernah bekerja dengan barisan nama hebat dalam dunia seni/hiburan, namun balet adalah sesuatu yang baru baginya.

“Sudah jelas, apabila kamu menyarungkan rekaan kepada Beyonce ataupun Rihanna, ia tidak punya perasaan yang sama. Movement yang berbeza.”

IKLAN

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

Pada mulanya dia mahu rekaan kostum nya ini sama seperti rekaan koleksi dalam pentas fesyen, tetapi disebabkan kerana berat dan bertekstur ia terpaksa diselaraskan supaya penari boleh bergerak bebas. Para penari juga bersikap lebih terbuka dan senang untuk bekerjasama. Berkompromi.  Apabila mereka cuba menyarungkan jaket pada penari, semua penari menerima dengan sebaiknya dan bersungguh untuk memakainya.

“Tidak mengapa. Saya okay saja. Bagi saya bila saya menyarungkannya, seolah saya terbang bersama rekaan kamu,” jelas penari kepada Rousteing.

IKLAN

“Saya sukakan sikap mereka. Positif. Mebuatkan semua berasa aura yang sama,” kata Rousteing.

KARYA AGUNG BALMAIN UNTUK PARIS OPERA BALLET

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI