Dalam dunia kasut larian yang semakin kompetitif, ASICS terus mempertahankan legasi kecemerlangannya dengan pelancaran model terbaharu mereka, GEL-KAYANO 32.
Kasut larian terbaru ini bukan sekadar naik taraf semata-mata tetapi satu evolusi teknologi yang menyasarkan kestabilan premium serta keselesaan menyeluruh bagi pelari moden.
Berlandaskan falsafah rekaan ASICS yang menekankan hubungan harmoni antara minda dan tubuh, GEL-KAYANO 32 dibina dengan lebih banyak elemen adaptif berbanding versi terdahulu.
Komponen teras kasut ini adalah sistem 4D GUIDANCE SYSTEM, hasil daripada penyelidikan dan ujian intensif.
Ia berfungsi dengan mengikut pergerakan semula jadi tubuh bagi membantu kaki melakukan peralihan langkah yang lebih cekap dan stabil, terutamanya dalam situasi larian yang mencabar.
Dalam aspek kusyen dan impak, ASICS memperkenalkan kemas kini pada midsole dengan FF BLAST PLUS, sejenis bahan yang lebih ringan, responsif dan empuk.
Tambahan 2mm foam pada bahagian forefoot memberikan rasa lembut yang lebih menyerlah setiap kali kaki mendarat. Dilengkapi pula dengan teknologi PureGEL, pelari kini menikmati penyerapan hentakan lebih optimum dan transisi langkah yang lebih lancar.
Rekaan Mesra Pelari
ASICS GEL-KAYANO 32 tidak hanya ditingkatkan dari segi dalaman, malah aspek luarannya turut diberi perhatian serius.
Ads
Bahagian upper menggunakan engineered mesh baharu yang lebih lembut, membalut kaki dengan keselesaan tanpa mengorbankan ketahanan. Lidah pula dilengkapi sayap sokongan yang direka bentuk untuk menyesuaikan bentuk lengkungan kaki secara individu.
Gabungan rekaan baharu pada upper dan lidah ini memberi rasa pakai yang lebih personal, ibarat dibuat khas untuk setiap pelari.
Manakala tapak luarnya pula menggunakan HYBRID ASICSGRIP, menjamin cengkaman lebih baik di pelbagai permukaan serta ketahanan dalam jangka masa panjang.
Kesemua elemen ini menjadikan GEL-KAYANO 32 bukan sekadar pelengkap gaya tetapi ‘senjata’ prestasi atlet sebenar.
Ads
Menurut Tomohiro Nishida daripada bahagian Performance Running Footwear ASICS, model ini adalah kesinambungan kepada misi mereka untuk menyediakan kasut larian stabil dengan tahap keselesaan luar biasa.
Dengan inovasi seperti 4D GUIDANCE SYSTEM dan PureGEL, ASICS menyatukan kestabilan adaptif dan keselesaan unggul untuk memberi pengalaman larian terbaik.
Pelaburan Buat Pelari Komited
Dengan harga RM749, ASICS GEL-KAYANO 32 bukanlah pilihan biasa-biasa. Ia adalah pelaburan untuk sesiapa yang serius dalam usaha meningkatkan kualiti larian dan menjaga kesihatan biomekanik kaki.
Bagi pelari yang mahu manfaat tambahan, mendaftar sebagai ahli OneASICS memberikan akses kepada ganjaran eksklusif dan kandungan bermakna untuk mempertingkatkan perjalanan kecergasan masing-masing.
Secara keseluruhannya, GEL-KAYANO 32 menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam inovasi kasut larian. Ia menggabungkan teknologi canggih dan kefahaman mendalam tentang keperluan pelari hari ini.
Bagi mereka yang mencari kestabilan tanpa mengorbankan keselesaan, inilah masa untuk melangkah ke tahap seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bakteria di dalam mulut kita hidup dan membiak dengan memakan sisa protein makanan di celah gigi dan gusi. Bakteria ini merembeskan asid dan sulfur yang menjadi punca bau mulut. Sendawa dengan bau yang busuk adalah berpunca daripada bakteria jahat ini. Makanan yang kaya dengan probiotik sangat sesuai untuk singkirkan bakteria jahat terutama di dalam usus kita.
2. Penyakit Resdung
Radang di bahagian hidung yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria boleh menghasilkan bau busuk apabila menarik nafas akibat kehadiran mukus atau nanah. Tonsil bengkak juga menyebabkan kepada masalah bau mulut.
3. Air liur
Air liur kurang boleh menyebabkan mulut kita kering. Kekurangan air liur penyebab kepada masalah mulut berbau sebagai contoh semasa kita tidur penghasilan air liur menjadi kurang dan apabila bangun pagi, mulut akan berbau busuk. Air liur kita mengandungi protein yang dipanggil amilase, berfungsi menukarkan gula kompleks ke dalam bentuk yang mudah. Walaupun gula kompleks tidak rasa manis, amilase akan menukarkannya menjadi gabungan rasa pada lidah.
Tip memelihara kesihatan mulut dan gigi untuk hilangkan mulut berbau.
1. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari
Luangkan masa seketika untuk gosok gigi setiap kali selepas kita mandi. Biasanya, kita akan mandi dua kali sehari, iaitu pagi dan malam.
Gosok gigi dengan cara yang betul dan tidak terlalu kuat untuk elak pecahan enamel gigi. Jangan lupa gosok gigi dan membersihkan lidah ya!
2. Berkumur-kumur selepas makan
Biasakan diri kita untuk berkumur selepas makan atau minum supaya sisa makanan atau minuman tidak melekatkan di celah-celah gigi.
Digalakkan juga menggosok gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur.
3. Biasakan menggunakan flos dan cecair kumur berflorida.
Lakukan flos sekurang-kurangnya sehari sekali terutama sebelum tidur. Gunakan cecair kumur yang mengandungi florida seeloknya elak yang mengandungi alkohol supaya kita dapat mencegah karies gigi pada bahagian gigi yang sukar dicapai oleh berus gigi.
4. Gigi hanya untuk mengunyah makanan
Elak menggunakan gigi kita sebagai alat membuka bungkusan makanan ringan atau botol. Gigi hanya dikhaskan untuk mengunyah makanan. Aktiviti mengunyah seperti mengunyah gula-gula getah boleh membantu elak nafas berbau.
5. Mengawal apa yang kita makan.
Kurangkan pengambilan makanan manis bagi memelihara kesihatan gigi dan kurangkan makanan penyebab nafas berbau seperti durian, bawang putih atau bawang merah.
Makanan masam juga patut kita elakkan kerana makanan masam mengandungi pH yang rendah, yang membuat gigi kita mudah rapuh dan menjadi ‘lembut’.
Amalkan pengambilan yogurt, sayuran berwarna hijau gelap yang kaya dengan kalsium. Kalsium akan menguatkan gigi kita dan risiko kerosakan gigi yang menyebabkan mulut berbau dapat di kurangkan.
6. Buat pemeriksaan dengan Doktor gigi
Orang dewasa digalakkan membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Manakala kanak-kanak bermula usia dua tahun boleh diperkenalkan dengan rutin pemeriksaan gigi. Pendedahan penjagaan gigi dan gusi di awal usia adalah lebih baik.
7. Jangan merokok
Merokok adalah salah satu punca mulut berbau dan gigi di bahagian dalam warna menjadi kehitaman jika tidak dirawat. Selain mengundang pelbagai masalah kesihatan lain seperti barah mulut, jangkitan paru-paru atau masalah berkaitan jantung.
SUMBER : DIARI NUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berusia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai remaja yang tampan.
Tanggal 3 Oktober lepas genaplah 17 tahun usia Rizky. Anak tunggal pelantun lagu Tegar ini semakin kacak dan tinggi lampai serta sangat menyayangi ibunya.
Ramai mengatakan ibu anak ini kelihatan seperti kakak dan adik lebih-lebih lagi apabila Rizky berdiri bersebelahan dengan Rossa.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani dilihat sering memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 45 tahun.
Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
Kagum dengan sikap profesional Dato’ Sri Rossa dan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Walau ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik.
Apatah lagi mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang makin menginjak dewasa.
Pastinya sebagai ibu bapa Rossa dan Yoyo perlu saling bertolak-ansur demi anak tersayang. Biarpun sudah 14 tahun berpisah, penyanyi pujaan negara jiran ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Like mother like son! Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?
Jangan membiarkan kelesuan membataskan aktiviti harian hidup anda – caranya adalah dengan menambahkan pengambilan makanan-makanan yang boleh menambahkan tenaga anda dan menjadikan anda lebih cergas.
Aktifkan diri anda dengan menggalakkan pengambilan beberapa makanan seperti yang telah disenaraikan dibawah.
1. Makanan Berasaskan Oat
Pengambilan makanan oat adalah sangat baik untuk kesihatan kerana ianya amat kaya dengan jumlah serat dan protein yang sihat untuk diri anda.
Makanan berasaskan oat ini kebiasaannya diambil ketika bersarapan untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang hari.
2. Ikan Salmon
Pengambilan ikan salmon ini adalah digalakkan kerana ia memiliki dos protein yang menggalakkan metabolisma pada kandungan yang sempurna.
Oleh kerana ia mampu mempercepatkan proses metabolisma, maka ia juga boleh membantu anda untuk terus kekal lebih bertenaga.
3. Kacang Almond
Makanan seperti kacang almod ini adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia memiliki khasiat magnesium yang boleh membantu menukarkan gula kepada tenaga.
Protein dan serat yang dimilikinya itu boleh membantu mengekalkan tenaga dengan lebih berkesan.
4. Beri Biru
Memiliki kadar antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan wujudnya rasa letih di dalam badan.
Ia juga boleh menjadi sumber tenaga berasaskan karbohidrat tanpa perlu menambahkan lebih gula.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.