
Bagi pencinta kopi, menikmati secawan kopi premium tidak lagi semestinya memerlukan kunjungan ke kafe. Trend menyediakan kopi berkualiti tinggi di rumah semakin berkembang, didorong oleh gaya hidup moden yang mahukan kemudahan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti. Seiring perubahan tersebut, Nespresso Malaysia memperkenalkan Vertuo Up.
Ia sebuah mesin kopi generasi baharu yang direka untuk menawarkan pengalaman kopi yang lebih versatil. Bukan sahaja mampu menyediakan kopi panas, malah ia turut memenuhi permintaan pengguna yang gemarkan kopi ais dan minuman berasaskan susu hanya dengan satu sentuhan butang.
Bersempena pelancaran ini, Nespresso turut menganjurkan pengalaman imersif Vertuo World di The Exchange TRX, membolehkan pengunjung meneroka dunia kopi menerusi tiga zon interaktif iaitu Morning World, Cloud World dan Pool World.

Di setiap zon, pengunjung berpeluang mencuba pelbagai jenis kopi, menyaksikan demonstrasi penyediaan resipi secara langsung serta merasai sendiri keupayaan mesin Vertuo Up. Mereka turut berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif selepas melengkapkan aktiviti kad kembara yang disediakan sepanjang acara.
Direka Untuk Gaya Hidup Masa Kini
Salah satu tarikan utama Vertuo Up ialah kemudahan penggunaannya. Mesin ini hanya memerlukan tiga saat untuk bersedia selepas dihidupkan sebelum membancuh secawan kopi dengan hanya satu butang.
Vertuo Up turut disambungkan kepada Nespresso Smart App, membolehkan pengguna menetapkan suhu dan saiz minuman, menerima notifikasi penyelenggaraan serta mengakses pelbagai resipi kopi melalui aplikasi yang sama.

Mesin ini menggunakan Teknologi Centrifusion™, sistem pembancuhan yang memutarkan kapsul kopi pada kelajuan tinggi ketika air panas disalurkan ke dalam kapsul. Hasilnya ialah secawan kopi dengan lapisan crema halus yang menjadi identiti Nespresso.
Selain itu, rekaan baharu orientasi kapsul secara menegak menjadikan mesin lebih kompak dan sesuai diletakkan di pelbagai ruang dapur. Nespresso turut menggunakan lebih 70 peratus plastik kitar semula dalam penghasilan Vertuo Up sebagai sebahagian daripada usaha ke arah kelestarian.
Sesuai Untuk Peminat Kopi Susu Dan Kopi Ais
Mengambil kira cita rasa pengguna Malaysia yang semakin menggemari kopi susu dan kopi ais, Nespresso memperkenalkan Coffee Creations Mode pada Vertuo Up.
Mod ini menghasilkan ekstrak kopi yang lebih pekat supaya rasa kopi kekal kaya walaupun dicampurkan dengan susu tenusu, susu berasaskan tumbuhan atau ais.

Vertuo Up juga menyokong lebih 30 pilihan kapsul Vertuo yang menawarkan enam saiz hidangan berbeza, bermula daripada 25ml ristretto sehingga 535ml carafe.
Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna sama ada mahu menikmati espresso yang pekat, secawan kopi hitam yang besar ataupun mencipta resipi kopi mengikut cita rasa sendiri.
Kerjasama Eksklusif Bersama Blue Bottle Coffee
Turut diperkenalkan bersama Vertuo Up ialah kerjasama antara Nespresso dan Blue Bottle Coffee menerusi NOLA Style Blend.
Adunan eksklusif ini membawa inspirasi kopi cold brew dari New Orleans ke dalam sistem kapsul Vertuo buat pertama kali di Malaysia.
Menggabungkan biji kopi Arabika dari Brazil bersama sentuhan premium Robusta dari Mexico, NOLA Style Blend menawarkan aroma bijirin dan karamel yang seimbang, selain menghasilkan rasa yang lebih menyerlah apabila dipadankan dengan susu, khususnya susu oat.

Sebagai kapsul kategori Double Espresso, ia turut menawarkan kandungan kafein yang lebih tinggi dan sesuai dijadikan kopi ais. Bersama pelancaran tersebut, Nespresso turut memperkenalkan Nomad Tumbler Blue Bottle Coffee Edition yang direka khas untuk peminat kopi yang sentiasa bergerak.
Penuhi Keperluan Pencinta Kopi Moden
Pengurus Perniagaan Nespresso Malaysia, Cyndi Chin, berkata Vertuo Up dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pengalaman kopi premium tanpa mengira waktu dan cara penyediaannya.

“Vertuo Up direka khas untuk memenuhi gaya hidup pencinta kopi moden. Ia mampu menjimatkan masa pada waktu pagi, cukup versatil untuk menyediakan kopi ais pada waktu tengah hari dan boleh berkembang mengikut perubahan cita rasa anda dari semasa ke semasa.
“Pelancaran Vertuo Up bersama NOLA Style Blend membawakan sesuatu yang benar-benar baharu kepada rakyat Malaysia, iaitu budaya kopi yang memenuhi rasa ingin tahu, berinovatif dan mampu membuka dimensi pengalaman kopi yang lebih luas,” jelasnya lagi.
Menurut beliau, pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan mesin kopi baharu, malah membuka peluang kepada pengguna meneroka lebih banyak gaya penyediaan kopi mengikut citarasa masing-masing.
BACA: Louis Vuitton Hasilkan Trofi Trunk Ikonik FIFA World Cup 2026 Untuk Pentas Final
Sudah Ditawarkan Di Seluruh Malaysia
Mesin Nespresso Vertuo Up kini boleh didapati di semua butik Nespresso di Malaysia serta menerusi laman web rasmi nespresso.com/my.
Orang ramai turut berpeluang mengunjungi pengalaman Vertuo World di Main Concourse, The Exchange TRX yang berlangsung sehingga 19 Julai 2026 untuk mencuba sendiri mesin Vertuo Up, menikmati NOLA Style Blend serta meneroka pelbagai aksesori eksklusif Nespresso.
Dengan gabungan teknologi pembancuhan pintar, pilihan minuman yang lebih pelbagai serta kerjasama eksklusif bersama Blue Bottle Coffee, Vertuo Up dilihat sebagai usaha Nespresso memperluaskan pengalaman menikmati kopi premium di rumah, sejajar dengan gaya hidup moden yang semakin menghargai kemudahan, kualiti dan kebebasan untuk menikmati kopi mengikut citarasa sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




