“Penyakit resdung? Bukan bahaya mana pun…”

Mungkin itulah getus anda di dalam hati bila mendengar orang membicarakan tentang resdung. Tapi tahukah anda bahawa penyakit resdung boleh mambawa maut?

Jadi apa itu resdung?

Resdung adalah sejenis alahan dan keradangan di dalam hidung (selaput dalam hidung). Kondisi ini mungkin akan berlaku dan teruk bila anda terdedah kepada kawasan-kawasan kotor dan berdebu.

Resdung atau sinus ini juga sangat sensitif kepada bau wangi, bulu kucing dan habuk. Keradangan sinus sudah boleh dianggap serius kerana kesannya sangat menakutkan. Anda yang kronik pada resdung ini akan mudah dijangkiti virus dan bakteria, demam, jangkitan tulang muka, jangkitan nanah disekeliling mata, jangkitan otak, jangkitan tonsil dan keradangan telinga.

Ini kerana nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.

Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

IKLAN

Sebab tu jangan ambil mudah dengan penyakit resdung ini. Ini tips yang paling mudah untuk rawat sinus anda di rumah:

Tekap muka dengan kain dibilas air panas

Kawal Masalah Resdung Dengan Petua Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Cara ini dapat membantu anda untuk membuka rongga pernafasan dengan mudah. Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu tekapkan tuala yang sudah dibasahkan dengan air panas. Keringkan tuala tersebut dan tekapkan ke wajah anda. Ini dapat mengeluarkan lendir yang tersekat pada ruang hidung anda.

BACA: 8 Manfaat Cium Isteri Setiap Hari, Sihatkan Jantung Salah Satunya!

IKLAN

Cuka epal & madu

Kawal Masalah Resdung Dengan Petua Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Cara merawat resdung adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

Limau nipis & pandan

Kawal Masalah Resdung Dengan Petua Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

IKLAN

Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai anda boleh cuci wajah dengan air biasa.

Aloe vera atau lidah buaya

Kawal Masalah Resdung Dengan Petua Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Lidah buaya ni sememangnya banyak khasiatnya. Ia boleh merawat resdung kerana mengandungi sifa antiseptik. Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung ataupun anda boleh rebus dan minum air untuk kesan yang lebih baik. Belum cuba belum tahu!

Air Masak

Kawal Masalah Resdung Dengan Petua Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Anda mungkin Nampak tips ke 5 ini terlalu biasa. Untuk pengetahuan anda, air masak ini boleh mengawal lendiran tersumbat dalam hidung anda, disamping menjadikan badan anda sihat dan cergas.

Jika kondisi anda tak berubah dan semakin teruk selepas beberapa hari, segeralah rujuk kepada doktor yang boleh memberikan rundingan terbaik untuk anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI