Apabila berbicara soal pasangan hidup, setiap individui mempunyai ciri-ciri tertentu yang diidamkan.
Bagi pengacara dan penyampai radio Keanu Azman, dia secara peribadi berharap agar menemui seorang wanita yang mempunyai pemahaman agama yang setara dengannya.
“Kita punya pemahaman agama itu kalau sama, dia lagi senang sebenarnya,” ujarnya kepada Maskulin.
Golongan belia merupakan antara yang paling tinggi dan aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli serta pelbagai bentuk pembayaran di negara kita.
Selain lebih selamat tatkala negara berdepan pandemik COVID-19, penggunaan e-dompet juga memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.
Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bakal memperkenalkan inisiatif kredit e-tunai dikenali sebagai e-Belia bernilai RM300 juta. Ia akan dibuka kepad kira-kira dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan.
Jelas Kementerian Kewangan, e-Belia akan ditawarkan menerusi empat penyedia perkhidmatan. Mereka adalahBigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
KATEGORI LAYAK
Pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut. Selain itu, ia juga dikatakan akan disertakan dengan pelbagai insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh setiap penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih.
Untuk pengetahuan anda, e-Belia dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun ini iaitu mereka yang lahir pada tahun 2001 hingga 2003.
Ia juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas di IPT berdaftar.
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai depan dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai depan.
Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini.
Jika anda kaum keluargayang layak, jangan lupa uar-uarkan perkara ini kepada mereka. Ingat mereka yang layak adalah dari golongan berikut:
Kategori layak menebus kredit e-Wallet :
Belia berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Belia yang belajar sepenuh masa peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rezeki setiap individu berbeza. Orang kata kalau nak lebih murah rezeki, kita perlu sentiasa memberi pada orang lain. Memberi pada mereka yang memerlukan ini ada banyak kelebihannya.
Setiap wang yang kita miliki bukanlah sepenuhnya milik kita. Bila kita faham konsep ini, hati akan menjadi lebih redha untuk memberi. Sekiranya anda mahu rezeki bertambah, cuba lakukan 8 perkara ini. Nampak ringkas tapi ia sebenarnya mampu memberi impak yang besar.
1. Sediakan makanan kucing
Tak susah pun kan? Cuma sedikan satu bekas makanan dan semangkuk air di luar rumah anda. Ia khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah anda. Itu rezeki untuk dia.
2. Asingkan gaji
Setiap kali anda mendapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu bersusah payah mencari orang jauh. Beri sahaja pada adik-adik atau anak buah yang masih belajar. Tetapi ingat, beri ikut kemampuan anda.
3. Duit kecil
Sentiasa sediakan duit kecil di dalam poket untuk disedekahkan.
4. Majlis keramaian
Sekiranya anda mngunjungi majlis keramaian, anda boleh memberi sedekah air mineral kepada tetamu selain daripada memberi wang pada tuan rumah. Paling baik dilakukan ketika berlakunya kematian kerana kadangkala tuan rumah tidak menyediakan makanan dan minuman.
5. Amalkan sikap ‘keep the change’
Okay ini bukan berlagak atau niat menunjuk-nunjuk ya. Setiap kali anda membeli makanan dari peniaga kecil, tidak perlu ambil bakinya. Niat sahaja untuk bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada pahalanya.
6. Kotak kecil
Letakkan sebuah kotak kecil di dalam bilik tidur. Setiap kali anda melakukan dosa atau melakukan perkara yang tidak baik, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, sedekahkan wang ini ke mana sahaja yang anda mahukan.
7. Beli Al-Quran
Jika anda mempunyai wang lebih, belilah Al-Quran atau sejadah untuk disedekahkan kepada mana-mana masjid atau surau. Sekiranya ada yang membaca dan menggunakannya, anda turut mendapat tempiasnya.
8. Amalkan membaca Al-Fatihah
Sebaiknya, amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap pagi dan sedekahkan pada kedua-dua ibu bapa anda tidak kira masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Situasi penularan wabak COVID-19 kini masih lagi melanda negara dan dunia. Dengan norma baharu yang kita semua telah lakukan sebagai rutin harian, pelbagai aktiviti sama ada ekonomi dan sosial berubah dengan drastik. Antaranya ramai terpaksa bekerja dari rumah sebagai langkah menghentikan penularan. Kini, pelbagai seleksi hotel terkenal menawarkan pakej unik dengan tawaran kerja di premis mereka.
Mungkin anda sendiri sedia maklum bahawa industri pelancongan dan perhotelan merupakan antara yang paling teruk terjejas dengan pandemik ini. Jadi pengenalan pakej bekerja di hotel mungkin memberikan satu nafas baharu buat industri ini.
Bagi yang bekerja dari rumah mungkin sekali-sekala anda mahukan kelainan dan mungkin lebih keselesaan tanpa sebarang gangguan dan dalam masa yang sama berada dalam kondisi selamat. Mungkin pakej bekerja dari hotel adalah jawapan yang anda cari.
Beberapa seleksi hotel terkenal di Selangor contohnya telah memperkenalkan pakej menarik pada harga yang cukup rendah buat mereka yang ingin menggunakan premis mereka. Pendekatan unik dari beberapa hotel terkenal ini dilihat mampu menawarkan konsep bekerja dari rumah kepada bekerja dari hotel.
Pengusaha hotel dilihat telah menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggan untuk mendapatkan suasana kerja yang selesa dengan pelbagai kemudahan menarik yang percuma.
Pendekatan itu sekali gus dapat membantu pihak hotel daripada terus dibelenggu dengan masalah kekurangan pelanggan akibat sektor perlancongan yang dilihat semakin teruk terkesan akibat pandemik Covid 19.
Menurut tinjauan MASKULIN dilaman media sosial, ramai pekerja terutamanya dari golongan eksekutif tertarik dengan tawaran seperti ini. Apatah lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kerajaan menggalakan untuk kerja dari rumah.
MASKULIN ingin kongsi 10 buah hotel terkenal dan terkemuka di Selangor menawarkan seleksi pakej ‘work from hotel’ pada harga menarik yang turut didokong oleh Tourism Selangor.