“Jangan laju-laju, tiada apa yang nak dikejarkan. Badan nak pakai lama, ingat tu,” demikian pesan seorang ahli bina badan, Hazim Sazali kepada golongan remaja yang mula berjinak-jinak dengan dunia kecergasan untuk mencapai bentuk badan idaman.

Menerusi satu hantaran video di laman Tiktoknya, Hazim mengakui terkejut apabila melihat perkongsian gambar seorang remaja tempatan berusia 15 tahun yang menggunakan steroid.

@hazim_sazaliBukan marah cuma bagi pendapat.♬ original sound – Hazim_sazali

Atas dasar seorang yang lebih dewasa, Hazim yang merupakan anak kepada legenda bina badan negara Sazali Samad itu tampil menegaskan kepada remaja untuk memperkukuhkan dahulu ilmu asas mengubah bentuk badan.

“Apa sumber utama atau faktor utama untuk kita ubah badan kita ni. Apakah cara dia dari segi pemakanan, training. Lepas itu bila kita dah nampak badan kita berubah, just maintain consistent dan buat kajian lagi,” katanya.

Nasihat Sebagai ‘Abang’

Melihat keadaan tubuh remaja berkenaan menerusi gambar tersebut, Hazim secara peribadi berpendapat yang remaja itu masih belum menguasai asas seperti latihan dan pemakanan.

IKLAN

“Adik kena terima tahu. Bila abang tengok badan adik tu, abang rasa macam adik perlukan lebih training dan pemakanan lagi. Sebab ‘tapak’ pun tiada lagi, sorry lah cakap. Basic pun tiada lagi abang nampak,” komen Hazim.

Dalam pada itu, Hazim turut memahami betapa membuak-buaknya perasaan remaja untuk mencapai bentuk badan yang lebih tegap dan berotot.

Jika mahu menggunakan apa sahaja jenis makanan tambahan (supplement) sekalipun, Hazim menekankan betapa pentingnya untuk membuat kajian secara mendalam.

“Contohnya kalau adik-adik nak pakai apa-apa supplement, yang baik atau tak baik, Google dulu. Research dulu, good or bad. Apakah good dia, short-term or long-term. Bad dia, short-term or long-term,” katanya.

IKLAN

Selepas membuat kajian sendiri, Hazim menasihatkan agar bertanya dahulu pendapat orang-orang disekeliling yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan kepastian.

Kemudian, penting untuk bertanya kepada penjual pula untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai makanan tambahan apakah yang bersesuaian dengan usia kita.

“Adik masih muda. Bila nak fikir apa-apa supplement yang kamu rasa bagus tapi tak habis kaji lagi, make sure fikir elok-elok, sebab badan nak pakai lama tahu dik?

IKLAN

“Memang luar nampak lawa, tapi long-term kita tak tahu,” tambahnya.

Padam Hantaran Selepas Dikecam

Terdahulu, tular di laman Tiktok seorang remaja berusia 15 tahun berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan yang dia telah mula mengambil steroid untuk membina otot badan.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai termasuklah pempengaruh kecergasan dan ahli bina badan.

Bagaimanapun, hantaran itu telah pun dipadam oleh remaja berkenaan susulan kecaman netizen yang diterimanya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI