back to top
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Gaya Hidup Kebanggaan Bangsa Johor, Fakta Menarik TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Kebanggaan Bangsa Johor, Fakta Menarik TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Malah, mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Pemangku Sultan hari ini, berikutan ayahanda baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini untuk tempoh lima tahun.

Kebanggaan Bangsa Johor, Fakta Menarik TUNKU MAHKOTA ISMAIL

IKLAN

Sehingga kini, terlalu banyak sumbangan daripada Baginda terhadap arena dan ekosistem sukan bola sepak negara.

Fakta Menarik PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
  • Menurut biodata yang dikongsikan oleh Royal Press Office, Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan merupakan putera sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
  • Lima adinda Tunku Ismail ialah Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
  • Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 dan kemudian sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Jan 2010.
  • Tunku Ismail mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Okt 2014.
  • Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
  • Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Baginda telah membangun, menerajui dan mengangkat pasukan bola sepak Johor ke tahap berprestasi tinggi dan disegani.JDT telah memenangi sembilan gelaran berturut-turut Liga Super Malaysia, lapan Piala Sumbangsih, tiga Piala FA, tiga Piala Malaysia dan Piala AFC 2015. Sesuatu yang pertama bagi kelab dari Asia Timur, apatah lagi Asia Tenggara.
  • Baginda juga merupakan seorang penggemar kereta, mengumpulkan pelbagai kereta mewah yang jarang ditemui di jalan raya dalam negara. Antara kereta mewah yang dimiliknya ialah Bugatti Chiron Super Sport. Kereta ini merupakan edisi 1 daripada 500 keluaran syarikat automobil mewah itu.
  • Dalam kalangan komuniti pencinta jam tangan, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dikenali sebagai peminat jam tangan yang sangat hebat. Dia mempunyai pelbagai jenis jam tangan dalam koleksinya, seperti dari MoonSwatch, Rolex, Patek Philippe, dan juga jam tangan yang diubah suai seperti yang dihasilkan oleh Artisans de Geneve.
  • Minat yang mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, sebaliknya Baginda juga cemerlang dalam sukan polo dengan penyertaan pelbagai pertandingan dalam dan luar negara. Antara kejayaan pernah diraih adalah membantu pasukan polo Rejimen 61st Calvary di India.

Kebanggaan Bangsa Johor, Fakta Menarik TUNKU MAHKOTA ISMAIL

IKLAN

Sumber : 1, 2

IKLAN

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound – Maskulin

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI