Kebetulan Takdir, Tsunami Berlaku Di Lokasi Sama Penggambaran Filem Tentang Tsunami

Share

Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasai oleh mangsa-mangsa tsunami di Indonesia yang berlaku pada minggu lalu. Tsunami yang tiba-tiba berlaku di Selat Sunda kini telah mengorbankan seramai 429 orang manakala 154 orang lagi masih dilaporkan hilang.

Tragedi tsunami yang melanda datang sebarang amaran.

Itulah angka yang dilaporkan terkini dari Kompas TV. Di sebalik kejadian musibah alam ini kisah yang menimpa sebuah grup rock Indonesia, Seventeen telah menarik perhatian ramai.

Seventeen yang sedang melakukan persembahan di sebuah acara hari keluarga sebuah syarikat tempatan telah ditimpa tsunami. Dan detik-detik terakhir itu sempat dirakamkan kamera dan terus tular di seluruh dunia.

Tiga daripada empat orang ahli Seventeen telah meninggal dunia. Hanya vokalis mereka sahaja yang dikenali sebagai Ifan terselamat daripada bencana itu. Lebih menyayat hati, Ifan juga kehilangan isterinya yang tersayang dan beberapa krew yang aktif menjaga grupnya.

Tidak dapat kita bayangkan bagaimana Ifan berdepan dengan dugaan yang luar biasa besar ini. Setiap posting Ifan di Instagram juga cukup menyentuh hati. Pengguna laman media sosial dari seluruh dunia tidak putus-putus mengucapkan kata-kata semangat buat Ifan.

BACA: Cinta 2 Benua Ini Pernah Diremehkan Orang Sebelum Mereka Berkahwin Lagi

Semalam ada perkara yang cukup menarik dikongsikan oleh menantu kepada Dato’ Seri Siti Nurhalizayang juga isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin.

Menerusi satu posting Tya berkongsi sedutan filem pendek yang dilakonkannya berjudul ‘Earthbound’. Ia mengisahkan tentang tragedi tsunami yang mengorbankan nyawa. Apa yang menarik lokasi penggambaran mereka berlaku di tempat sama iaitu di Pantau Anyer.

Empat tahun lalu Tya merupakan antara pelakon utama filem pendek ‘Earthbound’ yang menyingkap tentang mangsa-mangsa tsunami.

Jelas Tya posting itu bukan bermaksud untuk mengaitkan musibah yang berlaku tetapi merasa dirinya sungguh dekat dengan korban musibah tsunami.

“Sedih, terpukul dan hancur”. Itulah antara ungkapan Tya yang cukup sedih dengan tragedi ini.

Rata-rata komen juga merasakan perkara yang sama seperti yang dikongsikan oleh Tya. Semoga smeua mangsa-mangsa yang terkorban di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Pray for Indonesia!

IKLAN