Antara golongan yang sering tersepit dalam kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur ialah dalam kategori B40.
Malah kerajaan telah mengenal pasti bahawa antara cabaran paling besar dihadapi oleh golongan ini ialah kadar sewa kediaman yang tinggi berbanding pendapatan mereka yang rendah.
Awal tahun ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlam telah mengumumkan bawaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) program rumah mikro yang disasarkan khusus untuk orang bujang yang tergolong dalam kategori B40.
FASA PERTAMA
Dan semalam, Datuk Nor Hisham telah mendedahkan bahawa permohonan untuk fasa pertama boleh dilakukan bermula pada bulan Ogos 2019. Bagi program fasa pertama ini DBKL akan mengambil sebanyak 188 orang penyewa manakala untuk fasa kedua pula seramai 135 penyewa.
Ads
Fasa pertama yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dijangka boleh didiami bermula pada Oktober 2019. Foto: BFM News
“Permohonan untuk fasa pertama akan bermula pada bulan Ogos dan penyewa yang layak dan terpilih akan mula memasuki kediaman mereka bermula pada bulan Oktober dengan sewa serendah RM100 seorang.
“Kami harap program ini mampu meringankan beban terutamanya di kalangan generasi muda yang memerlukan bantuan perumahan padaperingkat awal pekerjaan,” jelasnya yang turut menyatakan penyewa boleh memilih sama ada untuk menandatangani sewaan selama 12 atau 18 bulan.
Ads
Ruang yang selesa dan sesuai untuk golongan bujang berpendapatan rendah di kawasan bandar.
KEDUDUKAN STRATEGIK
Difahamkam program perumahan ini berkongsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat mengandungi sebanyak empat atau lima unit dengan keluasan 7 meter persegi. Setiap unit mempunyai tiga hingga enam buah katil dan almari.
Projek rumah mikro ini dilaporkan terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dengan dua buah bangunan tujuh tingkat yang diubahsuai. Selain itu, pihak DBKL juga akan melakukan renovasi beberapa buah bangunan lama seperti di Chow Kit untuk projek akan datang.
Ads
Setiap kawasan perumahan mikro ini juga menyediakan kawasan letak basikal dan motosikal, surau, dobi, ruang membaca dan bilik air.
Berikut merupakan syarat kelayakan program ini:
Rakyat Malaysia
Berusia antara 18 sehingga 35 tahun
Berpendapatan kurang RM2,000 ke bawah
Bekerja di Kuala Lumpur
Tidak mempunyai rumah dan kereta
Buat anda yang berminat boleh memohon di laman sesawang DBKL e-housing selepas ia dibuka pada bulan Ogos nanti.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam gelanggang perniagaan, persaingan adalah nadi yang memacu inovasi dan kemajuan. Dalam dunia perniagaan jenama merupakan perkara paling penting.
Disebabkan itulah kisah persaingan epik jenama sentiasa menjadi rujukan oleh ramai ahli perniagaan yang mempunyai visi kejayaan sepertimereka.
Bagi ahli perniagaan sentiasa dahagakan kejayaan dan memahami dinamika dunia korporat, menelusuri sejarah persaingan sengit antara jenama-jenama besar boleh menjadi sumber inspirasi yang hebat.
Ia bukan sekadar pertarungan merebut pasaran, tetapi ujian strategi, ketahanan mental, dan ambisi untuk menjadi yang terbaik.
Berikut MASKULIN kongsikan 7 persaingan jenama korporat paling ikonik yang telah membentuk semula industri mereka!
Persaingan ini bermula sejak abad ke-19 dan kekal relevan hingga kini. Dua gergasi minuman ini bersaing sengit melalui kempen pemasaran agresif dan pertempuran jenama.
Meskipun produk mereka serupa, kejayaan mereka terletak pada pembinaan identiti jenama yang kuat – Coke dengan imej klasik, Pepsi dengan aura muda. Pelajaran di sini: penjenamaan yang mantap adalah kunci dalam pasaran yang kompetitif.
Di era digital, tiada yang lebih panas daripada pertarungan Apple dan Samsung dalam pasaran telefon pintar. Persaingan ini memacu inovasi teknologi pantas dan sering berlanjutan ke mahkamah mengenai isu paten.
Bagi pengguna, persaingan ini menghasilkan peranti yang semakin canggih. Ia mengajar kita tentang pentingnya inovasi berterusan dan keupayaan adaptasi dalam industri teknologi.
Dalam arena telekomunikasi di Amerika Syarikat khususnya, Verizon dan AT&T adalah pesaing utama. Perebutan untuk rangkaian terbaik dan pelanggan terbanyak mendorong pelaburan besar dalam infrastruktur seperti 5G.
Iklan mereka sering menyindir satu sama lain, menunjukkan betapa pentingnya kualiti perkhidmatan dan liputan dalam industri ini.
Bermula daripada cubaan pengambilalihan yang gagal pada 1963, persaingan antara Ford dan Ferrari memuncak di litar lumba Le Mans. Keinginan Ford untuk menewaskan Ferrari melahirkan legenda Ford GT40.
Kisah ini melambangkan maruah, keazaman, dan bagaimana dorongan peribadi boleh menghasilkan pencapaian luar biasa di luar jangkaan perniagaan semata.
Dalam dunia penghantaran, UPS dan FedEx adalah seteru utama. FedEx unggul di udara, manakala UPS mendominasi darat.
Persaingan mereka telah meningkatkan kecekapan operasi dan inovasi dalam penjejakan serta kelajuan penghantaran. Ia mengingatkan kita bahawa rantaian bekalan yang cekap adalah kritikal untuk kejayaan perniagaan, terutamanya di era e-dagang.
Dua jenama sukan paling berpengaruh di dunia ini sentiasa bersaing melalui inovasi produk, penajaan atlet, dan pemasaran jenama. Nike sering mendahului jualan, tetapi Adidas sentiasa memberikan saingan.
Persaingan ini menunjukkan kuasa pemasaran jenama dan hubungan dengan ikon sukan. Pilihan antara keduanya seringkali mencerminkan identiti diri pemakai.
Walaupun lebih kepada persaingan kreatif dalam industri hiburan, pertarungan antara Marvel dan DC dalam dunia komik dan filem adalah sangat ketara.
Kedua-duanya bersaing menghasilkan kandungan superhero terbaik untuk menarik peminat. Ini menekankan kepentingan harta intelek dan keupayaan penceritaan yang kuat dalam membina jenama yang digemari ramai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Bila lagi aku nak timang cucu ini. Entah-entah sampai matilah aku tak dapat tengok kau naik pelamin,” keluh seorang ibu kepada anak lelakinya yang sudah mencecah usia 30 tahun tapi masih membujang.
Senario itu acap kali menghantui kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang dibesarkan di luar bandar. Mentaliti dan ideologi seorang ibu dan ayah sudah tentu ingin melihat anak teruna berkahwin seterusnya memiliki keluarga sendiri tanpa memikirkan kesan dan aspek lain. Bukan menuding permintaan orang tua itu salah kerana inginkan anaknya segera berkahwin apabila usia melewati 30-an, tapi hakikatnya mereka melihat hidup berkeluarga, memiliki isteri dan anak sebagai keperluan hidup yang sepatutnya diambil serius.
Realitinya, anak muda hari ini terutamanya lelaki tidak melihat berkahwin sebagai satu tuntutan kerana terlalu banyak perkara lain harus difikirkan terlebih dulu. Tapi dilema ini bagai sudah sinonim dengan mereka, menerima desakan keluarga untuk berkahwin.
Mengapa ramai lelaki belum bersedia untuk berkahwin? Persoalan itu sudah banyak kali dibincangkan baik menerusi media massa mahupun sembang kedai kopi. Mengikut statistik negara, memang terbukti masih ramai lelaki yang bekerja di bandar atau memiliki kerjaya yang baik, lewat membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Fakta diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan perangkaan lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah 3.1 juta dan 2.4 juta. Sementara pada 2004, peratusan lelaki bujang sebanyak 59.6, manakala wanita bujang sebanyak 40.4 peratus.
Jika dulu ramai mengatakan status ‘andartu’ atau anak dara tua lebih ramai berbanding ‘lelaki lanjut usia’, namun semuanya sudah berubah kerana lelaki pula yang sukar membuat keputusan berkahwin pada usia muda.
Senario membabitkan golongan wanita berkahwin lewat bersandar pada alasan dan punca mudah. Wanita sering kali mengatakan kesukaran mendapat pasangan sepadan atau masalah terlalu memilih sebagai alasan mereka lambat berkahwin. Malah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga, berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya juga masalah peribadi adalah jawapan paling selamat bagi mengelakkan diri dikatakan ‘tidak laku’. Tapi itu wanita.
Lupakan seketika si andartu kerana fokus utama kita kini adalah golongan Adam dan sedar atau tidak, bilangan lelaki berkahwin lewat usia juga makin meningkat hari demi hari.
Puncanya mudah, berdasarkan tinjauan dilakukan, pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang lelaki itu untuk terus membujang atau lewat berkahwin kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, menganggap diri tidak bersedia dari segi mental atau fizikal, takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri.
Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita, melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri, tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinggi juga antara sebab mereka mengelak untuk menggenggam tanggungjawab itu.
Lelaki lebih beremosi berbanding perempuan apabila bercerita soal putus cinta. Kebanyakan lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis adalah mereka yang kecewa kerana dipermainkan wanita sebelumnya dan itu antara sebab ramai lelaki tidak kisah soal kahwin.
Lihat secara rambang kehidupan di bandar, lelaki lebih terdedah dengan kehidupan bebas yang mana tiada komitmen atau ikatan. Kahwin bukan lagi lesen untuk seseorang lelaki melakukan seks kerana aspek itu sudah banyak ditawarkan tanpa perlu sijil nikah.
Seks bukan lagi faktor untuk seseorang itu mengambil keputusan berkahwin sebaliknya ramai anak muda hari ini sudah pun mengikut budaya Barat yang menolak konsep perkahwinan serta menghalalkan hubungan bebas, sekali gus menyebabkan akidah tergelincir sehingga meningkatkan kes masalah sosial masyarakat.
Bagaimanapun lelaki yang berkahwin lewat kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan tidak langsung bimbang soal memiliki keluarga. Ada juga berpendapat berkahwin akan lebih menambahkan masalah saja.
Dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah perjanjian antara lelaki dengan wanita sebagai satu ikatan sah dan bersih dengan tujuan mengembang dan memanjangkan zuriat. Walau apapun pandangan mengenai isu kahwin lewat, ia perlu bersandarkan nilai agama dan budaya masyarakat negara ini.
Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha untuk mencari pasangan. Setiap manusia sudah ditetapkan jodoh dan kita perlu berusaha mencarinya. Faktor kesibukan bekerja, sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi juga tidak boleh dijadikan alasan. Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga. Jadi dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman.
Jika tidak menemui jodoh, pergi berjumpa orang alim seperti tok guru, imam atau ulama untuk meminta panduan dan nasihat. Seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam.
Malah dalam satu laporan akhbar ada menyebut yang mengutamakan hal lain sehingga mengetepikan perkahwinan sangat tidak digalakkan dalam Islam.
Katanya, Nabi Muhammad pernah bersabda: “Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin”. Itu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya.
Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru.
10 sebab mengapa lelaki membujang
1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan.
2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta.
3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda.
4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak
kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga.
5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.
6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.
7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.
8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.
9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut
mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
10. Sentiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material
dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka
inginkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
10 kesalahan berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Semak perkara-perkara ini supaya anda dapat memastikan anda berpakaian dengan betul dan kelihatan hebat.
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang