
Manfaat serta kelebihan puasa berdasarkan sains bukan sekadar topik keagamaan, malah semakin mendapat perhatian dalam dunia perubatan moden. Puasa bukan sekadar ritual spiritual. Selain memenuhi tuntutan agama, tubuh kita sebenarnya memberi respon yang menarik apabila diberi tempoh tanpa makanan dan minuman.
Kajian saintifik moden semakin banyak membuka mata tentang manfaat fisiologi dan metabolik puasa. Dari pengurusan gula darah hingga sokongan sistem imun, sains menunjukkan bahawa puasa mempunyai kesan yang boleh diukur terhadap kesihatan manusia.
Berikut ialah lima kelebihan puasa yang disokong oleh dapatan kajian.
1. Mengurangkan Keradangan Dalam Badan
Keradangan kronik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser dan arthritis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa puasa secara berkala mampu menurunkan tahap protein C reaktif, iaitu salah satu penanda utama keradangan dalam darah.
Apabila tahap keradangan menurun, risiko terhadap penyakit kronik juga dapat dikurangkan. Ini salah satu kelebihan puasa ialah membantu menenangkan sistem dalaman badan dan menyokong kesihatan secara menyeluruh.
2. Memperbaiki Kawalan Gula Darah dan Sensitiviti Insulin
Antara kelebihan puasa yang paling banyak dikaji ialah keupayaannya menstabilkan paras gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin. Apabila tubuh tidak menerima makanan untuk satu tempoh tertentu, paras insulin akan menurun dan badan mula menggunakan simpanan tenaga dengan lebih cekap.
Keadaan ini membantu mengawal turun naik gula darah dan berpotensi mengurangkan risiko diabetes jenis dua, terutamanya apabila diamalkan bersama pemakanan yang seimbang.

3. Menyokong Kesihatan Jantung
Penyakit jantung kekal antara penyebab utama kematian di seluruh dunia. Puasa didapati memberi kesan positif terhadap beberapa penanda kesihatan jantung termasuk penurunan kolesterol keseluruhan, kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah dan tekanan darah.
Dengan penambahbaikan faktor ini, beban terhadap sistem kardiovaskular dapat dikurangkan sekali gus menyumbang kepada jantung yang lebih sihat.
4. Membantu Mengawal Berat dan Lemak Badan
Apabila seseorang berpuasa, pengambilan kalori secara keseluruhan biasanya berkurangan. Pada masa yang sama, badan beralih menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Kajian menunjukkan bahawa amalan puasa secara berkala boleh membantu mengurangkan berat badan serta lemak di bahagian abdomen, khususnya apabila digabungkan dengan corak pemakanan sihat dan gaya hidup aktif.

5. Menyokong Fungsi Otak dan Fokus Mental
Walaupun penyelidikan masih berkembang, beberapa bukti awal menunjukkan bahawa puasa boleh memberi manfaat kepada kesihatan otak. Puasa dikaitkan dengan peningkatan faktor neurotropik yang menyokong pertumbuhan dan perlindungan sel saraf.
Selain itu, sesetengah individu melaporkan tahap fokus dan kejelasan mental yang lebih baik ketika berpuasa, kemungkinan hasil daripada kestabilan gula darah dan perubahan hormon dalam badan.
BACA: Senaman Ringan Bulan Puasa, 5 Cara Bijak & Berkesan Kekal Cergas Tanpa Letih
Kesan Positif
Secara keseluruhan, kelebihan puasa berdasarkan sains menunjukkan ibadah ini mampu membawa banyak mempunyai kesan positif terhadap pelbagai sistem dalam tubuh.
Apabila ibadah ini dijalani dengan baik serta digabungkan dengan pemakanan seimbang, rehat yang mencukupi dan aktiviti fizikal yang konsisten, puasa boleh menjadi salah satu strategi semula jadi untuk menyokong kesihatan jangka panjang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




